header

header
hairie

Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Alumni Senibina Landskap UiTM

| Saturday, 3 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Aku nak kongsi cerita mengenai peristiwa bersejarah yang berlaku beberapa bulan lalu kat Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 12 November 2011. Kenapa? Tengah busy dengan final project pun sempat lagi kitorang join event besar ini. Best la wey!

Sebelum tu, sorry baru sempat nak tulis pasal benda ni, sebab tak ada waktu yang sangat sesuai nak tulis ngan edit gambar. Last2 tak edit pun gambo ni HAHA

Malam tu alumni dari Jabatan Seni Bina Landskap UiTM Malaysia datang berkumpul menyambut ulangtahun ke 25 (1985-2011) Jubli Perak. Kalau tak silap, ni yang pertama kitorang buat sambutan sehebat ni. Okay nak cerita serba sedikit mengenai program Seni Bina Landskap ni. Mula diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Pn Kamariah Khamsah, pengasas program Seni Bina Landskap di Malaysia okay! Dulu dikenali sebagai Seni Rupa Bumi dan kemudian ditukar kepada Seni Bina Landskap, nampak lebih trendy sikit kan HAHA.



Rasanya ada 2 meja je kot yang mewakili mereka yang masih belajar, kitorang la tu kot haha.. Ni je la muka-muka yang sudi lapangkan masa untuk malam tu.

Persembahan LADS daripada UiTM Perak. Vokal hebat tapi terlupa lirik sikit, its okay still boleh improve kan (^__^)

Bos besar Morphosis Design merangkap penganjur & pengurus majlis ni.

Sponsor dari lecturer paling otai: Prof. Wan (^___^)

Cube cari lecturer kat sini hehe

HAHA gambar kenangan batch aku zaman diploma dulu, ni gambar dinner finam sem 06..

Our pengasas Landscape Architecture kat Malaysia..Pn Kamariah (^__^)

Bersama En Dzarul yang maintain macho, lama tak jumpa die kat fakulti..tak pasti sekarang ni (2012) dah abes study ke belum..

Okay gigi semua cantik, terima kasih penaja kami Colgate HAHA .. bersama En Azrul pensyarah yang perangainya lebih kurang kami time diploma dulu..but still kene ade rase respect ok!
Gambo kurang okay tapi nak cakap yang Prof Wan tengah berduet ngan Dr Atiah 
kalau tak silap namanye, pensyarah UPM kot sekarang ni..

Hadiah dari bos ILAM merangkap penganjur malam tu.. nak tau? tungu hujung entri ni haha

auuuuuwwwwwww.... (^__^) 

Terus dapat gelaran Mat Topi sampai hujung sem.. haha


Cinta 3 Segi ..ahahha (^___________^) 

Aku tak pasti la kenapa gambo sebelah ni tak landscape ... penat aku rotate! malas nak layan .. ni yang aku nak bagitaw ni pasal gambo yang atas tadi.. malam tu dengan tak semena-mena terpilih jadi Best Dress ..wohooo! simple je kot kalau korang tengok apa yang aku pakai tu..

Dapatlah bawak hamper besaq yang dah habis dimakan kat studio haha ngan bunga daisy yang aku cuba jaga sedaya upaya tapi akhirnya jodoh kami tiada sebab dah mati.. tapi cantik woo bunga nih! mak aku bela kat umah pun tak secantik ni.. kena betul-betul jaga baru idop betul (^__^) 

Rahsia? ikut tema ye hahaha...



6 Readers:

leyana_farra at: 3 March 2012 at 14:01 said...

ehemm gmbo y tu.gmbo y tuuu.kne ade ekk??haha

{ Encik Senyum } at: 3 March 2012 at 20:52 said...

mcm den konal je gmbr yg pnjng tu..hehehe..ni kena minta royalti ni ;p

-encik senyum-

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 4 March 2012 at 16:19 said...

Yana: ala..boleh laa heheheh .. sekali jer huhuhuuh

Encik Senyum: hehe memg pun .tapi saya xde duit nk bayar kt encik senyum ...tolong jgn bwk ke mahkamah ye, saya takut.. :p

{ sea_lavender } at: 5 March 2012 at 02:52 said...

student seni bina~
owh2.. gud luck~~

{ Mr iZzo (^^,) } at: 5 March 2012 at 10:25 said...

hensem bro hairie kita...hehehe

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 6 March 2012 at 09:05 said...

SL: seni bina landskap .. tqvm

MI: hehe alhmdulilllah hehehe ... *blushing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean