header

header
hairie

KISAH STUDIO 08 : Panjat Bukit Broga

| Monday, 30 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kisah lama baru nak kongsi hari ni; Alkisahnya selepas trip kitorang ke Janda Baik tu tiba-tiba keluar idea nak pergi panjat bukit pulak dan destinasi yang dituju adalah Bukit Broga yang memang jadi tarikan pengunjung tempatan. Inilah lokasi shoot untuk pre wedding Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Harlina tapi aku terlepas buaian tu, tak jumpa pun hurmm..

So ini kali pertama aku jejak kaki ke Bukit Broga yang jauhnya mengambil masa hampir 1 jam perjalanan. Kitorang gerak dalam jam 4 pagi hari Khamis dan mula panjat jam 5.30pagi. Agak menakutkan sikit kawasan kaki bukit tu sebab gelap, sunyi dan dikelilingi ladang sawit dan getah. Takut tiba-tiba ada binatang buas muncul depan kitorang.

Pagi-pagi dan tengah gelap lagi dah panjat bukit, ni pengalaman pertama aku beb! Dengan bantuan lampu picit je kami mampu jalan. Nasib baik bawak. Dah la waktu tu angkin kuat bertiup sejuk, agak menakutkan sebab takut angin nak hujan tapi aku positif, tu angin bukit jer >_<

Rehat amat penting ye ketika memanjat, dah la tak buat regangan sangat HAHA so kalau penat sangat baik berhenti sambil tunggu geng yang tertinggal.

Okay selamat sampai di puncak yang pertama; lokasi terbaik untuk berhenti solat Subuh. Ini kali pertama aku solat di puncak gunung sambil ditemani angin yang bertiup sejuk. Agak sukar sikit nak solat sebab tak pasti kiblat arah mana so selepas membuat andaian dan berbincang sesama kami, akhirnya kata putus dcapai dan kiblat pun insyaallah tepat, yang penting yakin!

Cube tengok awal kat belakang kitorang tu, subhanallah sangat unik. Kalau kat bawah susah nak nampak.

Di puncak kedua, agak ramai di sini dan makin meriah apabila kami sampai HAHA buat bising, jakun >_<

Siang sikit dah, dah nampak muka masing-masing. So makin rancak la bergambar sebelum turun balik ke bawah. Aku panjat tak sampai puncak pun sebab  aku dah rasa puas berada di puncak kedua ni. Sekurang-kurangnya aku dah sampai sini..korang dah? mesti dah kan?

 Kalau boleh semua nak naik kat ats batu ni, tapi tak muat..

Bila artis pun panjat bukit, tetap bergaya & cantik >_< Pagi-apgi dah exercise kena senam kaki panjat Broga nih.

Aksi sesaje di tengah ramai pengunjung! HAHA

Mek Salmah dari Scotland, eh salah! Mek Ika dari Kelate siap bawak geng lagi.

LOVE dari kami untuk korang yang tak dapat join! >_<

Kadang-kadang kan kalau dok kat atas bukit ni sambil disapa oleh tiupan angin, terasa macam bebas dari segala benda. Kepala ni rasa kosong je rasa hilang semua masalah yang dicipta sendiri dan disebabkan oleh orang lain  HAHA . Korang nanti try jugak la ye cuci mata kat atas bukit ni sambil tengok bandaraya KL dari sini. Tak jelas sangat tapi nampak la segala pencakar langit yang ada.

Korang memang best! Meriah kamera aku dengan gambar korang semua.

Aku suka view background gambar ni.  Gigih turun ke lereng yang agak berbahaya tapi penuh hati-hati cari sudut terbaik nak masuk album.

Masa pegi Janda Baik, Zul takde tapi kali ni dia join >_< lama tak outing ngan die.

Aksi turun nak balik ke kaki bukit oleh Zul yang berasal dari Sandakan, Sabah which is terkenal dengan Gunung Kinabalu beb! mungkin beliau tak pernah naik Gunung Kinabalu tu lagi kot. Beliau seorang yang gayat apatah lagi laluan nak ke puncak pertama sangat curam. Nasib baik pagi tadi naik belum siang, kalau tak memang 5 jam la kau stuck kat situ HAHA.

Inilah laluan yang mana pagi tadi kami tak nampak sangat landform sebenar, bila siang ni haaaaa...nampak tahap mana curamnya. So kena hati-hati, pelan-pelan jangan panik.

Muka dah puas! penat dan tak cukup tidur. Sampai rumah semua terbongkang kepenatan.

Batu besar yang dah tercalar imej semulajadinya.

Kemeriahan suasana raya #eh! Kemeriahan kawan-kawan di puncak Broga.

Entah apa yang diorang nampak tu. Terasa macam di puncak dunia pulak gambar ni.

Antara yang paling awal sampai ke kaki bukit setelah puas berada kat atas.

Tahniah! anda berjaya sampai ke puncak walaupun penat sangat >_< 

Okay itu je nak kongsi pasal kitorang punya aktiviti riadah di Bukit Broga. Kalau korang nak tahu lepas kitorang turun ni, kitorang terus pegi cuci mata kat air terjun Sg Tekala, meh klik sini kalau nak tengok gambar kitorang: MANDI MANDA DI SUNGAI TEKALA . Dan kalau nak tengok lagi foto landscape yang aku tangkap sendiri kat Bukit Broga, boleh tengok sini: BUKIT BROGA, SEMENYIH . Tamat sudah sesi percutian kami, so masing-masing dah bawak haluan sendiri.Aku doakan semoga korang semua berjaya, makin sihat dan jangan lupa datang konvo nanti ye. >_<


Kisah PTPTN: Dah pinjam bayar je la, tak payah buat demo haram tu!

| Friday, 27 April 2012
Diploma Senibina Landskap UiTM Seri Iskandar, Perak
Tempoh: Julai 2006 - Jun 2009
Jumlah Pinjaman bagi 1 semester: RM2 500
Jumlah Pinjaman Keseluruhan: RM15 000 (6 semester)

Sarjana Muda Senibina Landskap UiTM Shah Alam, Selangor
Tempoh: Julai 2009 - Januari 2012
Jumlah Pinjaman bagi 1 semester: RM3 500
Jumlah Pinjaman Keseluruhan: RM17 500 (5 semester)

Jumlah perlu dibayar tak termasuk kos perkhidmatan a.k.a bunga : RM32 500

Jumlah kat atas itu adalah jumlah yang aku kena bayar balik kat PTPTN setelah aku habiskan sepanjang pengajian aku kat UiTM. Memang banyak tapi nak buat macam mana kan, kerajaan dah bagi peluang untuk pinjam duit nak tampung kos pengajian aku. Nak mengharap bapak aku? hurmmm agak kesian sebab course aku ni guna duit yang banyak jugak untuk plot, print full color saiz A3 yang mencecah RM3.00-5.00 sehelai dan juga beberapa alat tulis lain yang mahal. Siapa kenal budak landscape, memang itu lah kehidupan kami.

PENGAJIAN PERCUMA? TAKUT NANTI MACAM TANDAS AWAM JADINYA NANTI
Kenapa tandas awam? cuba bayangkan kalau tandas tu tak berbayar, mesti busuk, dan kotor kan. Tandas awam ye bukan tandas kat rumah sendiri. Tapi tandas kat R&R tu bersih kan? memang la sebab tu korang kena bayar tol. Ada juga tandas yang berbayar tapi macam tandas tak berbayar contohnya tandas kat stesen Puduraya dulu.

Now tengah kecoh pasal PTPTN ni kan tapi aku tak ikuti sangat perkembangan pasal benda ni. Apa yang aku nak kongsi adalah tentang kita punya tangungjawab sebagai peminjam. Okay kau dah pinjam duit kan, so senang je bayarlah balik. Tak mampu nak bayar? kena kerja baru dapat duit dan boleh bayar balik pinjaman tu. Tak mampu jugak? pegi buat demonstrasi, tapi confirm ke boleh dapat free? makin kena keluar duit ade la..

Nak pendidikan percuma ni susah sikit la. Apa maksud pendidikan percuma ek? Tak payah bayar yuran ke? ke tak payah buat pinjaman? eh pinjaman tu wajib ambik ke? bukan boleh tolak ke sama ada nak ambik PTPTN or tak nak? ni salah faham ke ape ek? Kenapa tetiba ada rusuhan ni wey? kenapa baru tahun ni nak buat?

Yang buat isu sekarang ni kan pasal bunga yang PTPTN kenakan pada peminjam. Bagi kau memang besar bunga tu dan berharap sangat dapat dikurangkan & hari tu dah keluar kan suruh buat Ujrah tapi aku tak buat. So redha, kena bayar juga..Tapi kan PTPTN tak nak mansuhkan bunga tu sebab itu adalah kos perkhidmatan diorang..hurmm okay alasan diterima. Pinjam bank pun ada bunga jugak kan? nape tak ada orang buat rusuhan ek?

"Dah Pinjamkena bayar, Tak Nak Bayartak payah pinjam, Nak Free?jadi anak felda then belajar kat Limkokwing Universiti, Nak Masuk IPTA tapi tak nak bayar PTPTN?tak payahlah pinjam PTPTN, mak bapak korang mampu kan..

sila baca dan fahamkan >_<. Sumber: Facebook

Cuci Mata JB 2012: Johor Premium Outlet SEDIH!

| Thursday, 26 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Korang dah sampai JPO atau nama penuhnya Johor Premium Outlet? first time aku dengar dulu tempat ni aku ingat macam shopping complex biasa, ada barang murah cantik dan best!. tapi tak seindah kata-kata la bila aku dah sampai sini.




Aku suka konsep senibina JPO ni sebenarnya, ala-ala macam Sepanyol. Kenapa? sebab senibina bangunan ni hampir menyerupai dan tergambar suasana Al-Hambra di Sepanyol tu. Okay, pokok kurma tu ada la bagi effect sikit tapi kena maintain betul-betul barulah boleh jadi macam kat negara arab tu.

Orang kata JPO ni bukan  macam Sunway Pyramid & jauh panggang dari Uptown Shah Alam. Kalau kat Sunway, aku boleh cari kedai dan boleh beli banyak benda tapi kat sini langsung tak mampu nak beli. Barang terlalu branded dan sangat mahal. Mengharap PADINI? yang murah ada tapi not my taste la wey..

So yang menarik pasal JPO ni just senibina bangunan dan juga landskap since aku pun bekerja dalam bidang built environment ni. So environment mewah tu dah nampak la dari luar ni. Aku rasa kan, diorang buat JPO ni sebenarnya nak tarik orang Singapore supaya melabur kat negara kita walaupun jauh dari tambak tapi ape kesah orang Singapore, keja je sampai. KL pun diorang dah tawan.

Konsep JPO ni best sebab dia macam dereta kedai yang kat negara arab tu. Tengah-tengah ada laluan pejalan kaki; outdoor ye tanpa ekon. Aku rasa ni shopping complex yaang pertama pakai konsep macam ni, nampak unik dan menarik. I'm proud to be Johorian! >_<





Satu-satunya tempat makan yang ada kat sini. Okay salah satu kelemahan yang JPO ni ade ialah tak ada KFC mahupun Pizza Hut yang mana kedai-kedai ni mampu dimakan oleh orang macam aku kalau datang tempat macam ni sebab selalunya food court tu lebih mahal dari Starbuck. Akhirnya tak jejak pun kat Food Court tu sebab tak nampak sedap pun dari luar HAHA

Dalam kepala aku ni, fungsi JPO ni adalah sebagai lokasi untuk sesi fotografi wedding HAHA. Itulah yang bermain dalam kepala aku tatkala jalan-jalan kat sini. Sebab, outdoor area tu cukup cantik dan sesuai untuk sesi photoshoot. Kalau tak nak ramai orang , datang la sebelah pagi dan hari biasa. Jangan hujung minggu atau cuti umum sebab ramai orang.

Bak kata Man, memang JPO bosan sebab tak banyak aktiviti yang interesting. Nasib baik tol RM0.80 je dari Skudai. So kalau korang tak ada duit banyak, jangan berangan nak shopping kat sini. Jakel, Nagoya semua tu tak ada kat sini pun. Burberry, Adidas, Nike, Padini, dan kaum yang seangkatan dengannya cukup lengkap kat sini. Okay malas nak cita sangat dah sebab bosan, bye!

Okay last, thanks Man Yusoef teman aku cuci mata kat JPO walaupun tak best! kan man >_< tapi kalau korang nk info lebih boleh klik sini: http://www.iskandarproject.com/visitjohorpremiumoutlet.html


Wordless Wednesday #112 Kisah Politik Malaysia

| Wednesday, 25 April 2012
Sumber: Google

Kisah Janda Baik BAHAGIAN 5: Balik dah... :(

| Tuesday, 24 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kita sambung bahagian terakhir kitorang punya vacation ke Janda Baik awal tahun ini. Aku akui memang sangat singkat masa percutian kitorang tapi yang singkat itulah yang paling best! Kalau buat 3 hari mesti lagi syok kan?

Lepas je blik dari trekking, terus makan dan kemas barang. Jam 3.30pm dah gerak balik. Banyak kenangan manis yang berlaku kat sini sepanjang 2 hari kami bersama. Penat tapi best! Ini adalah gathering terakhir kitorang sebelum semuanya balik kampung cari haluan masing-masing. Insyaallah akan jumpa balik muka-muka ni waktu ambik jubah konvokesyen nanti dan juga hari istiadat konvokesyen sidang 3 nanti.

Itulah matlamat percutian kami sebenarnya; nak kumpul ramai-ramai sebelum masing-masing dah sibuk bekerja, nganggur, kawin, nikah, tunang dan semualah. So lepas ni klau nak hilangkan rindu, aku belek-belek balik koleksi gambar korang yang ada dalam muzium aku ni. Boleh buat senyum sorang-sorang okay bila tengok muka korang nih.


Akan meninggalkan keseronokan di Teratak Malaya dengan penuh rela sebab masing-masing nak balik kampung dah; macam-macam planning dibuat dah dengan family.

Peserta ekspedisi termuda, langsukng tak tunjuk muka penat sewaktu jungle trekking. Dan untuk rekod, dialah yang paling banyak kena gigit pacat dari kaki sampailah ke pinggang. Balik bilik je tengok banyak darah kat badan. Tak rasa sakit pun kena gigit tu tapi tiba-tiba dah banyak darah, entah bila pacat tu singah kat badan dia. Aku kena sekor je tu pun kat kaki. Maklumlah kalau jalan lepas main air pacat memang suka. Lembap kan..

Sebelum melangkah ke kereta masing-masing, meh kita tinggalkan kenangan manis kat sini. 

Okay dah nak gerak balik Shah Alam; ada sesi sedih sikit kat sini sebab masing-masing peluk salam cium minta maaf sedih sayu dan ketawa akhirnya..sebab dah confirm lepas ni tak jumpa semua dah.

Semua kenangan akan disimpan dalam PC dan juga Facebook masing-masing. Ini yang pertama ami ke Janda Baik dan mungkin yang terakhir kan.
Yang laki simple je nak balik Shah Alam tapi yang perempuan tu; penuh dengan warna warni. Syue, shaw baru ek? nampak sedap la warna tudung ko tu >_< Ni semua ada yes!! boleh simpan buat kenangan dan khas buat mereka yang tak join! Rugi beb sape tak join ni tapi bagi yang ada alasan tertentu tu tak apa, dimaafkan >_<


RANGKUMAN KISAH JANDA BAIK:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean