header

header
hairie

ABPBH 2011: Lynda Roslan di Karpet Merah Kayangan...

| Monday, 9 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Malam tadi dah selamat berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di lokasi keramat, Arena of Stars Genting Highlands..syurga dunia bagi penggemar aktiviti ..aktiviti ape? fikir sendiri!

Semua dah tau kan siapa yang menang, siapa yang kalah dan siapa yang tiba-tiba menang kan? Aku tak nak cerita mengenai keputusan, persembahan dan juga apa yang berlaku malam tu tapi aku nak share pasal kawan aku seorang ni yang dah sampai ke Karpet Merah ABPBH 2011! LYNDA ROSLAN dah sebaris dengan selebriti lain ..boleh kan aku bagi statement macam tu?


Kenapa dia dapat pergi panjat Genting? mesti korang tau kan yang beliau ni dah ikat kontrak dengan MiG Production milik Mejar David Teo tu so sejak dilamar tu rezeki untuk photoshoot semakin banyak tapi berlakon belum lagi. 

So now just nak share beberapa foto beliau sepanjang berada pada malam anugerah tersebut dan sumber foto adalah dari Facebook MiG Online dan juga Beautifulnara.com.

OMG cantik betul dress kau malam tu Lynda, untunglah si Radiusite tu bagi kepercayaan kat ko sambil promosikan tudung ek kan? Warna dress dah nak sama dengan Datuk Siti dah *nampak berisi la Tok Ti.

Sejak bertudung ni semakin bertambah rezeki beliau alhamdulillah dan yang terbaru dikatakan wajah beliau ada dalam Majalah Keluarga dan kalau tak silap jadi model untuk website Radiusite sekarang ni. 

Aku tumpang gembira dengan pencapaian kau Lynda, sejak diploma aku kenal kau hehe sampailah nak konvo dah ni..jumpa kat DATC nanti ye, nak tangkap gambar dengan artis! WOW!!







Tudung tu cantik, so sape-sape yang nak cari tudung yang eksklusif cantik hebat meletop!, bolehlah singgah kat http://www.radiusite.com/ 

Mungkin ramai yang tak suka aku asyik buat entri pasal Lynda je; Aku kenal dan aku dah jadi kawan dia sejak Diploma beb! So aku tumpang bangga la ada kawan aku yang mencipta nama dalam dunia hiburan ni. Apa salahnya menyokong kawan sendiri kan, tak ada masalah bagi aku..hehe..

Semoga lepas ni rezeki kau makin mencurah-curah dan curah macam coklat mencurah ke ladang gandum..#eh!. Kami sokong anda dari belakang >_< dan nanti kalau dah dapat award tu jangan lupa sebut nama aku time ucapan tu nanti HAHA *gurau manja je lah! Okay tu je nak cerita, kang panjang-panjang meluat pulak.



5 Readers:

{ cik najihah } at: 9 April 2012 at 20:07 said...

beliau sgt cantik..lagi cntik dr artis huhu

{ Ini Kisah Tia } at: 10 April 2012 at 21:01 said...

memang cun! hehe ..

{ saya gemuk saya comel..^^ } at: 15 April 2012 at 23:04 said...

cantiknya dia..jeles..huhu (=

{ Nieyya Tullah } at: 7 May 2012 at 21:19 said...

Blog Lynda Roslan dah tak aktif aek??

{ Faizul Osman } at: 4 August 2012 at 09:03 said...

hebat lah... tak sangka sampai mcm ni sekali penangan blogger...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean