header

header
hairie

AJL 26 punya pasal: Separuh Akhir Muzik-muzik 26, meriah dengan kawan-kawan

| Tuesday, 10 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni just nak share cerita lama zaman study dulu. Aku rasa agak haven juga la jadi student dulu, macam-macam boleh buat cuma kena ada duit je, ye la ko nak isi minyak, makan lagi tapi bukan duit tu penentu segalanya okay, naluri hati tu yang penting! #eh.

Nah untuk korang! Kali ni ramai yang nak join, tahun sebelumnya aku bertiga je yang pergi. Yang lain dah balik kampung. Kali ni raami yang nak join sebab tengah dalam duration study lagi belum habis final. Maka, terkumpullah kami kat Separuh Akhir ke 3 Muzik-muzik 26 kat Sri Pentas Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Alia bawak geng & family dia; dapat tiket dari Sixth Sense wey! Lama tak jumpa Jaja, hai Jaja >_< .. Hawa last minute punya peserta, nasib baik ada tiket lebih time ni, bolehla kau tengok Yuna puas-puas.

Kesan kamera menyebabkan pentas nampak luas & lagi besar kat TV. Kalau tengok depan-depan memang kecik jer. ruang tu pun tak besar mana sangat. Tahun ni semua penonton duduk, tahun sebelumnya berdiri. Mungkin susah nak manage, so kembali ke asal la kot, duduk tapi agak terhad la jumlah penonton.





Persembahan Sixth Sense, ada 2 lagu yang dipertandingkan kalau tak silap. Mikrofon yang diorang guna ni cantik pulak aku tengok. Macam zaman Saloma dulu.

Persembahan daripada peserta favourite TV3, Faizal Tahir. Orang kata beliau ni anak emas Media Prima ek? tu orang kata laa...

Kebetulan kitorang ni duduk belakang fan Faizal Tahir, so meriahlah seat kitorang tu..akhirnya terjebak juga dengan menyokong FT! haha

Vokal hebat dari Salma Mentor. I like blue color >_< macam-macam gaya Salma merealisasikan lagu tu kepada umum. Style la ko Salma!


Tapi sayangnya lagu ni tak dapat pegi Final AJL26..tak apa, cuba lagi tahun depan dengan lagu baru.

Geng Salma, Shiha kalau tak silap..

Yuna dengan lagu PENAKUT. Artis favourite Afiq Abd Rashid & juga aku haha. Suke style die sebenarnya..

Sedetik Lebih oleh Jac! Sebelum persembahan beliau (tengah iklan), mulut Jac terkumat kamit mungkin nak dapatkan semangat Sedetik Lebih tu kot. Nasib baik kau tak buat silap masa nyanyi tu. Ada beberapa persembahan yang sebelum ni beliau buat silap; terlupa lirik, lupa nak masuk dan lerlewat. Waktu AJL26 tu pun beliau ada buat silap tapi tak nampak sangat.

Kalau boleh kurangkan silap ye lepas ni takut nanti makan diri. Tapi Sedetik Lebih malam tu wow! Versi Jac..


Semua ada plus wakil artis. Menanti keputusan diumumkan. Dalam gambar ni, agak-agaklah sape korang rasa korang paling suka? paling cantik? paling sopan? paling stylo? paling comel? >_<

Style rockers zaman moden! HAHA ..

Yuna peluk Ana Rafali..korang nak?

Alyah, lagu Kisah Hati tu masih menghantui aku sampai sekarang. Pergi kerja ride moto pun sempat melalak 2 round Kisah Hati.. #bestwooo!

Penyanyi yang makin jadi kegilaan ramai. Siap ada fan club lagi SHILALAS. Sejak dah join 3 Suara ni ,makin berkembang aku tengok ko ni Shila..keep it up ok!

Dan malam tu jugak aku dapat tangkap hero drama Juvana. aku dapat yang ni dulu, kalau tak silap ni geng si Zahiril Adzim dalam cite tu. Bukan senang nak tangkap gambar sorang dengan die waktu ni..ada je perempuan yang tarik.

Ini last! BOTAK..watak paling jahat dalam cite tu tapi baik sebenarnya haha..ni pun lagi ramai yang tarik. Pak Guard pun nak tarik jugak sebab suruh kitorang semua ni keluar..pintu dah nak tutup >_< Itulah namanya kenangan, lepas ni dah tak dapat lagi kenangan tu..


4 Readers:

{ Phat } at: 10 April 2012 at 13:35 said...

untung la study kat s alam

{ mista panda } at: 10 April 2012 at 16:49 said...

Bukan Ahad aritu ABP ker kenapa tetibe AJL ni, adakah ku sesat hehehe.

{ tyka } at: 10 April 2012 at 22:34 said...

bestnya..
next time ajaklah DT eh..
he he.

btw DT sudah masukkan awk dalam bloglist DT.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 15 April 2012 at 00:22 said...

Phat: cite lame dh ..huhu

MP: haha sila bace ayat tu ye..saya ade mention tarikh kt situ...

Tyka: haha thun dpn ley haa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean