header

header
hairie

Cuci Mata JB 2012: Johor Premium Outlet SEDIH!

| Thursday, 26 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Korang dah sampai JPO atau nama penuhnya Johor Premium Outlet? first time aku dengar dulu tempat ni aku ingat macam shopping complex biasa, ada barang murah cantik dan best!. tapi tak seindah kata-kata la bila aku dah sampai sini.




Aku suka konsep senibina JPO ni sebenarnya, ala-ala macam Sepanyol. Kenapa? sebab senibina bangunan ni hampir menyerupai dan tergambar suasana Al-Hambra di Sepanyol tu. Okay, pokok kurma tu ada la bagi effect sikit tapi kena maintain betul-betul barulah boleh jadi macam kat negara arab tu.

Orang kata JPO ni bukan  macam Sunway Pyramid & jauh panggang dari Uptown Shah Alam. Kalau kat Sunway, aku boleh cari kedai dan boleh beli banyak benda tapi kat sini langsung tak mampu nak beli. Barang terlalu branded dan sangat mahal. Mengharap PADINI? yang murah ada tapi not my taste la wey..

So yang menarik pasal JPO ni just senibina bangunan dan juga landskap since aku pun bekerja dalam bidang built environment ni. So environment mewah tu dah nampak la dari luar ni. Aku rasa kan, diorang buat JPO ni sebenarnya nak tarik orang Singapore supaya melabur kat negara kita walaupun jauh dari tambak tapi ape kesah orang Singapore, keja je sampai. KL pun diorang dah tawan.

Konsep JPO ni best sebab dia macam dereta kedai yang kat negara arab tu. Tengah-tengah ada laluan pejalan kaki; outdoor ye tanpa ekon. Aku rasa ni shopping complex yaang pertama pakai konsep macam ni, nampak unik dan menarik. I'm proud to be Johorian! >_<





Satu-satunya tempat makan yang ada kat sini. Okay salah satu kelemahan yang JPO ni ade ialah tak ada KFC mahupun Pizza Hut yang mana kedai-kedai ni mampu dimakan oleh orang macam aku kalau datang tempat macam ni sebab selalunya food court tu lebih mahal dari Starbuck. Akhirnya tak jejak pun kat Food Court tu sebab tak nampak sedap pun dari luar HAHA

Dalam kepala aku ni, fungsi JPO ni adalah sebagai lokasi untuk sesi fotografi wedding HAHA. Itulah yang bermain dalam kepala aku tatkala jalan-jalan kat sini. Sebab, outdoor area tu cukup cantik dan sesuai untuk sesi photoshoot. Kalau tak nak ramai orang , datang la sebelah pagi dan hari biasa. Jangan hujung minggu atau cuti umum sebab ramai orang.

Bak kata Man, memang JPO bosan sebab tak banyak aktiviti yang interesting. Nasib baik tol RM0.80 je dari Skudai. So kalau korang tak ada duit banyak, jangan berangan nak shopping kat sini. Jakel, Nagoya semua tu tak ada kat sini pun. Burberry, Adidas, Nike, Padini, dan kaum yang seangkatan dengannya cukup lengkap kat sini. Okay malas nak cita sangat dah sebab bosan, bye!

Okay last, thanks Man Yusoef teman aku cuci mata kat JPO walaupun tak best! kan man >_< tapi kalau korang nk info lebih boleh klik sini: http://www.iskandarproject.com/visitjohorpremiumoutlet.html


18 Readers:

{ ATHRHB } at: 26 April 2012 at 13:42 said...

ni dia macam style outlet store kat america. macam albertville kat minnesota u.s hihi

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 26 April 2012 at 20:49 said...

hurmm tu la.. patutnye architecture buat style malaysia hehe

{ Mohd Faziel } at: 17 July 2012 at 16:12 said...

JPO...aku suke g sini...murah laa brg kat sini..compare klcc pavilion n starhill....

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 July 2012 at 11:41 said...

MF: ouh yeke.. hehe saya xprnh masul pavilion & starhill hehehe

{ zulkiflee } at: 30 July 2012 at 15:40 said...

Salam..firstly nak minta maaf kalo ape yg sy nk tulis ni akan membuatkan ada pihak yg akan xpuas hati..sy pun org johor tpi bekerja di kL..pd sy,mgkin org paham konsep di jpo.memang la jpo tu tmpt barangan berjenama mewah yg harganya mgkin xmampu kita miliki kalo dijual di butik2 mereka di kL..tetapi di jpo,barangan ini telah dijual pada harga yg jauh lbih murah..disini hanya menjual barangan berjenma yg asli,so xperlu nak compare dgn barangan yg dijual di uptown sbb itu adalah brg tiruan..tpi bgi mereka yg sememangnya tau tentang harga barangan berjenama mewah ini,sudah tentu membeli di jpo adalah sangat berbaloi..sbgai contoh,lbih kurang setahun lpas sy beli beg tgn jenama fossil pd harga hampir rm800.tpi bila sy pergi ke jpo,beg tgn yg serupa dijual hanya rm350!!!so bayangkan betapa jauh beza harganya..sudah tentu mereka yg sukakan barangan berjenama dan original ini akan teruja membeli belah di jpo..sbb mereka masih bole berjimat..jgnla bandingkan barang di uptown dgn jpo..seperti kata encik,jauh panggang dari api...:)sekian.

{ zulkiflee } at: 30 July 2012 at 15:45 said...

Salam..firstly nak minta maaf kalo ape yg sy nk tulis ni akan membuatkan ada pihak yg akan xpuas hati..sy pun org johor tpi bekerja di kL..pd sy,mgkin org paham konsep di jpo.memang la jpo tu tmpt barangan berjenama mewah yg harganya mgkin xmampu kita miliki kalo dijual di butik2 mereka di kL..tetapi di jpo,barangan ini telah dijual pada harga yg jauh lbih murah..disini hanya menjual barangan berjenma yg asli,so xperlu nak compare dgn barangan yg dijual di uptown sbb itu adalah brg tiruan..tpi bgi mereka yg sememangnya tau tentang harga barangan berjenama mewah ini,sudah tentu membeli di jpo adalah sangat berbaloi..sbgai contoh,lbih kurang setahun lpas sy beli beg tgn jenama fossil pd harga hampir rm800.tpi bila sy pergi ke jpo,beg tgn yg serupa dijual hanya rm350!!!so bayangkan betapa jauh beza harganya..sudah tentu mereka yg sukakan barangan berjenama dan original ini akan teruja membeli belah di jpo..sbb mereka masih bole berjimat..jgnla bandingkan barang di uptown dgn jpo..seperti kata encik,jauh panggang dari api...:)sekian.

Anonymous at: 10 September 2012 at 17:02 said...

JPO sememangnya target utk high-end customers :). Sebab tu JPO diklasifikasi sebagai high-end retailers. Konsep outlet ni datang dari US, where designer items from previous seasons are sold 50-70% their in-store prices. Jadi, walaupun discount tu mmg besar, tp dah disebab kan designer items, orang kebanyakan mcm saya jugak pun tak mampu. :P

Anonymous at: 22 September 2012 at 11:53 said...

salam, saya guru siswazah dari kelantan dan sayang tak sempat nak singgah JPO semasa ke JB hari tu. Saya sudah faham konsep JPO ni, yakni shopping outlet brgn berjenama mewah tapi harganya lebih rendah dari harga di butiknya. Konsep yg sudah digunapakai di negara barat. Saya dah pernah pergi outlet yg seumpama ini di England , mmg murah dari hg pasaran , ada discount pulak lepas tu dapat refund di airport pulak. saya mmg teringin utk pergi JPO utk beli bukan banyak, satu pun cukupler..utk sukakan hati sendiri setelah bertungkus lumus kerja . Hampir semua rakan guru saya mmg akan beli satu handbag mewah sebagai hadiah diri sendiri - sekali dalam seumur hidup jadilah.

{ Gmeen } at: 12 October 2012 at 00:44 said...

Tunggu sales...baru dapat beli brand yg kita nak.contoh kt adidas..kalau sales sampai 40% baru baru ni... Macm2 dapat beli dan alhamdulillah brg2 lebih baru n berkualiti jika nk dibandingkan dgn brg al ikhsan maaf..sy pun suka beli brg kt al ikhsan. Tp when it come to SAles...mmg berbaloi..maaf..cuma bg pendapt shj...yg lemah itu saya...

Anonymous at: 25 October 2012 at 23:00 said...

klu x best dah la! aku org jb yg slalu g jpo ok je ngn brg2 kt ctu,rse nye lg murh gpon slalu ade less.

{ nur ashikin } at: 4 November 2012 at 21:16 said...

Much agree!! Semua barang branded je. Baru pergi minggu lepas. Ingatkan style FOS / Reject Shop ke. huhu. Last2 pulang dengan tangan kosong. Sebelum balik ada juga intai2 food court dia, buah2an potong campur RM3.50. Then terus balik tanpa menoleh lagi. haha.

Anonymous at: 7 November 2012 at 15:57 said...

Bro,

Kerana JPO lah saya dapat merasa pakai kasut Timberland , kasut jogging Nike dan nanti kalau dapt gaji nak beli Sovil Titus watch.

Kalau u , tak mampu beli branded item kenapalah nak gi sana. Kat Jusco pun dah boleh dapat barang murah. (kalau nak murah lagi gi Mydin atau Bundle aje)

Pasal u kata tak ada orang di JPO, U datang hari apa? Kalau weekend , cuti am (terutama di Singapore ) penuh orang weh. JPO memang untuk those yang highclass dan ada taste, jadi kenapa pula nak bina kfc kat situ. High taste people memang dine kat restauran top clas Thai , Western or Japanese

zuljb

{ Zariqaziz } at: 12 November 2012 at 00:58 said...

yuhuu... sy bru blik dr JPO. in my opinion, JPO is the best shopping center. hrga dy mmg less gler (klu time less la) ksut Bonia laki & pmpuan tggl RM 100 lenih je than kt luar. jam tgn dy pun same RM 169 je. Levi's pun ade less smpai 60%, Coach, Versace (mcm xde less je) dan byk lg yg hrganye mostly mrah2. mybe sbb less kot. kdg2 tu pk, government ade bg subsisi ke..? hehe... ^.^

{ Siti Farhanna Suharman } at: 12 November 2012 at 17:38 said...

Kepada yang kata harga kat jpo mahal,maybe tatau harga kat butik..kalau ribu2 boleh dpt ratus ratus mmg dikira murah..cmpare jpo dgn uptown mcm compare merc/audi/bmw dgn perodua/proton..

{ salwa } at: 12 December 2012 at 15:25 said...

Best shopping kat JPO. Selain byk pilihan dan berjenama, yg pastinya barangannya ORI. Kta x perlu risau.
Walaupun saya naik bas ke sana tapi saya rasa enjoy dgn membawa pulang barangan yg dibeli dari sana.
RM500 ~dapat beli 2 pasang kasut dan sebuah beg jenama Charles n Keith, satu set mandian badan Body Shop, sepasang kasut sukan Nike dan 2 helai t-shirt Padini.

{ salwa } at: 12 December 2012 at 15:26 said...

Best shopping kat JPO. Selain byk pilihan dan berjenama, yg pastinya barangannya ORI. Kta x perlu risau.
Walaupun saya naik bas ke sana tapi saya rasa enjoy dgn membawa pulang barangan yg dibeli dari sana.
RM500 ~dapat beli 2 pasang kasut dan sebuah beg jenama Charles n Keith, satu set mandian badan Body Shop, sepasang kasut sukan Nike dan 2 helai t-shirt Padini.

Anonymous at: 11 February 2013 at 09:05 said...

Mohon share pendpt saya - bagi yg berkemampuan utk membeli di jpo bersyukurlah dgn rezeki yg dikurniakn Allah swt tapi jgn sesekali menghina mrk yg tidak mampu atau tidak gemar berbelanja melampaui batas yg perlu. Cuma seharusnya apapun jenis pembangunan yg dibuat perlu ambilkira keperluan semua lapisan rakyat, sepatutnya rakyat tempatan yg perlu dpt nikmat premium tu bukannya utk org luar... tahniah utk pemilik blog atas perkongsian dan kenyataan yg ikhlas.. saya percaya sedikit saja peratus rakyat johor yg suka atau mampu membeli-belah di jpo ni, majoritinya spt saya juga hanya window shopping saja.. wallahualam

Anonymous at: 11 February 2013 at 15:31 said...

baru pegi semalam tapi indah khabar dari rupa je. tak ada apa yang menarik. food court pon sikit & makanan tak menarik. sudah tu harga mahal..barangan pon barangan lama. kakak saya cakap, better shopping di KL saja..sebab sales yang ada pon lebih kurang je. mungkin JPO ni hanya untuk org johor & singaporean je kot.. ~kecewa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean