header

header
hairie

Johor Bahru 2012: Cuci Mata kat Bangunan Sultan Iskandar, CIQ

| Tuesday, 3 April 2012

Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ini nak share dengan korang pasal mercu tanda  bandaraya JB.  First time aku masuk dalam bangunan ni, sangat besar beb dan ramai orang. Maklumlah pinti sempadan kan. Bukan kenderaan je yang keluar masuk tapi orang a.k.a pejalan kaki pun ada tau! Aku pernah balik dari Singapore jalan kaki merentasi Selat Johor melalui Tambak Johor. Sambil tu cuci matalah tengok air  laut yang ;jernih, suci dan biru' ..ok tipu!

Nak masuk dalam ni bukan suka-suka hati je, kena ambik pas masuk kat kaunter. Tinggalkan IC lepas tu baru boleh masuk. Kalau kakitangan takpe boleh redah je. Tapi kan kalau sape-sape yang tak tahu memang tak tau pun nak masuk kena ambik pas sebab kurang nampak. kalau ikutkan memag aku redah je haha..




Pakai kamera handphone je sebab DSLR kat kampung. Waktu ni dalam jam 9malam kalau tak silap. BSI tengah busy sebab ramai orang masuk dari Singapore, baru balik kerja.

Aku rasa tak akan sunyi kawasan ni. 24 jam sentiasa ada kenderaan keluar masuk. Itulah JB, pintu masuk Semenanjung dari Selatan. Aku memang bangga jadi warga Johor dan juga penduduk Johor Bahru sebab bandarayan ni kan, fokus bukan sahaja pada pembangunan infrastruktur tapi juga pada landscape design diorang. Sangat hijau walaupun tak berapa nak hijau tapi bolehla bagi sejuk sikit! Tapi Singapore lagi hebat, so kena belajar dari Singapore macam mana nak tanam pokok kat kawasan bandaraya.

Okay nak tengok lagi gambar menarik BSI ni? jom klik sini: 


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean