header

header
hairie

Kisah Janda Baik BAHAGIAN 1: Konvoi Jom ke Janda Baik, Pahang

| Monday, 16 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ni nak cerita kisah kami pelajar Studio 08 Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah  Alam *hambik kau full aku bagi! yang mana lepas habis final, kami pergi bercuti ke Janda Baik, Pahang. Sebenarnya dah lama dah cerita ni tapi aku peram dalam PC lama-lama sebab belum ada masa yang sesuai nak release benda ni kat blog. Minta maaf ye kawan-kawan. 

Kisah percutian kami yang paling BEST & MEMORABLE ni akan aku bahagi kepada beberapa part sebab banyak sangat foto yang nak dikongsi, sorry ye sebab aku memang suka letak foto banyak-banyak sebagai alternatif nanti kalau PC buat hal dan tak boleh buat back up gambar lama.

My task time berhenti sekejap tunggu kereta lain belum sampai..seronok pegang kamera orang lain dari pakai kamera sendiri HAHA.
Kisahnya 27 dan 28 Januari 2012 lalu kitorang buat keputusan nak bercuti ke sebuah tempat dan pilihan kami adalah Janda Baik, Pahang. Apa yang ada kat sini? Just a typical kampung yang macam kampung lain cuma uniknya dikelilingi kawasan gunung yang cantik dan masih suci dari penceroboh. Kitorang gerak Jam 9 pagi *janji Melayu dan tiba kat Teratak Malaya agak lewat dalam jam 2 petang disebabkan beberapa perkara kecil.

Aku naik kereta Cik Noona Anes dan juga geng-geng die yang mana semuanay perempuan, tapi takpe dah biasa dengan diorang..kena buli pun hati kering jerr.. Tengok tu artis drive untuk kitorang okay! 

Van Ude ada masalah sikit time ni so kitorang berhenti tepi highway kejap dan kebetulan time tu aku tengah buat notes untuk sukan seblah petang..ni bukan berlakon ye, kalau idea dah ada dalam kepala tu terus tulis sebab takut tak ingat nanti..

 Rehat makan kejap kat R&R Genting Sempah yang sentiasa ramai orang kan..

Awek tahan teksi, kereta rosak. Sayangnya, tak ada satu pun kereta yang berhenti untuk korang..

We all berhenti sini sebab menunggu van Ude sampai..maklumlah before ni jarang sekali mendaki gunung, selalu jalan biasa jer so kena bawak slow-slow yang penting semua selamat sampai.

Ini sahaja yang join vacation kali ni tapi dah cukup meriah, ye la student landscape ni di ajar kaedah-kaedah terbaik untuk bercakap; banyak sangat presentation kot! 

Sampai je terus kumpul depan pintu masuk Teratak Malaya, lokasi penginapan kami di sini.

Lokasi kat kaki bukit dan agak tersembunyi so kena betul-betul survey dulu kawasan ni. Sangat menenangkan kawasan ni sebenarnya, dan kalau kena cuaca hujan or ada embun sejuk mesti lagi best!

Muka penat..kalau korang perasan la kan dala msemua gambar kat atas ni kebanyakan warna baju kitorang ni semua hampir sama; ungu kelabu nak pink sikit campur biru dan hitam. Kebetulan je..okay tu je untuk entri ni, jumpa kat entri lain. Jom tengok ni:

RANGKUMAN KISAH JANDA BAIK:


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean