header

header
hairie

Kisah Janda Baik Bahagian 2: Sukan Suka-suka BEST!

| Tuesday, 17 April 2012
Bahagian kedua edisi percutian kami ni mengenai Sukaneka Suka-suka jerr yang kitorang buat kat sungai dalam kawasan penginapan kami je. Tiba-tiba aku jadi macam pengarah/orang yang paling bertanggungjawab anjurkan aktiviti sukan ni. So sebagai sokongan, aku pun okay je dan aku try la provide sukan yang biasa-biasa tapi menarik.

Style baru bangun tido! Sampai je terus solat dan tukar baju sambil kemas-kemas then buat persiapan untuk sukan petang tu jugak.

Sehari sebelum tu dah shopping sikit kat Giant Seksyen 7 beli belon, tali, sudu, bola ping pong, epal reject dan keperluan lain untuk bercuti! Berhabis jugak tapi tak banyak mana pun. Sebab tu sukan ni biasa-biasa jer, tak sehebat Sukan Olimpik 2012 London pun.

<-- baju ALAM 2008 UTM Skudai, best weyh!
 
Yang lain, buat preparation untuk BBQ sebelah malam pulak. Potong bawang, serai, basuh ayam, dan siapkan apa yang patut.

Aku; nilah keje aku ngan kawan-kawan yang sudi tolong. Agak jauh nak mengangkat beloh berisi air tu ke sungai berhampiran. Pakai kereta sorong gagal, banyak pecah. Last sekali angkat pakai baldi jer. Lepas tu kan baru teringat; kenapa aku tak isi je air tu kat sungai ni? kan lagi senang hurmmm @_@

Bertambah meriah percutian kami dengan kehadiran budak comel yang disukai ramai ni >_< 

Belum start lagi dah basah!


Maaf, tak ada seorang pun yang ambik gambar masa aktiviti sukan baling belon sebab semua terlibat so kita ke aktiviti seterusnya; makan epal, siapa habis dulu die menang. Ramai yang kata tu epal reject tapi aku rasa ye kot sebab tengok tekstur dan warna yang dah tak berapa cantik tapi sedap kot, laju je aku tengok diorang makan sampai habis. 

Pemenang dikira bila dalam mulut tu dah habis semua dah tak ada cebisan epal lagi. Nilah pemenangnya,Zahrin, awat muke ko macam tu? HAHA

Korang tengok, aku buat apa tu? aku tak main sukan ni sebab aku tawar diri jadi MC penat menjerit HAHA. Ni  sesi bawak bola dalam sudu, teringat sukan zaman budak sekolah dulu.. best wooooo!!!


Aksi Ude ngan Wani penuh konfident! Walaupun sekejap tapi best la! Rasa macam nak bercuti lagi je ngan korang lepas ni. Jom la, cari mana-mana resort yang pedalaman sikit then buat aktiviti macam ni.

Ni pengalaman pertama aku sepanjang hidup, main bola dalam air or dengan istilahnya Futsal Air. Die ala-ala main bola dalam bendang tapi kampung tak ada bendang, tak pernah rasa bendang wey! Penat sebab kena lawan dengan tanah yang lembut dan juga kuasa air yang melengahkan pergerakan kita. Nasib baik main bola baling jer, kalau main bola sepak mesti lagi penat.

Mula-mula ramai yang geli dengan tekstur padang buatan tu. Macam kubang dah tapi memang kubang pun sebab sebelum air ni masuk, ada tapak kaki kerbau okey! >_< organik..organik..organik..






Okay tu je nak cerita pasal aktiviti sukan kitorang, memang gila-gila semua. Aku tak berani nak letak gambar banyak sangat sebab ada beberapa scene /aksi yang tak boleh dikongsikan untuk umum, bahaya nanti peribadi rosak. 

Sebenarnya sukan ni sebagai balasan kitorang dah penat selalu tidur lewat malam, berhempas pulas siapkan kerja sepanjang study kami especially yang final semester. Nak tak nak kena habiskan juga dan bila dah sampai penghujungnya, kita dah merdeka sikit, kenapa? sebab result belum keluar lagi dan biasanya still ada lagi tekanan dan nervous tu kan! 

Tapi bila dah keluar result, senyum tak ingat dunia, semua benda nampak manis HAHA. Sambung di entri lain >_< 

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean