header

header
hairie

Kisah Janda Baik BAHAGIAN 3: Malam BBQ Studio 08

| Thursday, 19 April 2012
Sekarang kita ke bahagian ketiga edisi percutian kami ke Janda Baik, lokasi bulan madu pilihan untuk sape-sape yang berminat. Okay, bahagian ketiga ni nak cerita mengenai Malam BBQ kami yang agak meriah jugak la walaupun masing-masing nampak letih/penat siang tadi puas main air kan.

Tema pink merah or kalau tak ada pakai je apa yang ada, tak kisah pun yang penting korang join; tu dah cukup meriah dah. Aku pinjam baju Jemi je sebab tak ada tshirt merah, semuanya hitam dan biru.

Petang tu lepas semua dah mandi, terus start panggang ayam, ikan, kerang dan lauk pauk lain. Semuanya dah sedia, tinggal nak buat jer.

Inilah menu kami untuk malam tersebut, semuanya seriously sedap! Alhamdulillah rezeki kan..Makanan yang paling last or yang tak habis malam tu adalah ikan dan nak elakkan pembaziran yang banyak, kitorang bawak buat bekalan untuk jungle trekking esoknya. 

Dah boleh makan, penuh sabar korang ni tunggu giliran, good job! Banyak pilihan nak makan boleh makan dengan nasi ataupun ala western.


Terima kasih sebab tolong panggang untuk kami >_< patut la sedap, yang tukang masak cantik-cantik semuanya..

Korang suke yang mane antara 4 orang ni? HAHA wajah-wajah yang sekarang ni susah nak jumpa sebab masing-masing dah ada komitmen lain.

Aku tak pasti apa yang diorang ni tengah persembahkan; mungkin ekspresi diri yang tiba-tiba terkeluar ketika sedang menikmati perbualan yang menarik HAHA .. Ika, aku tak tau kenapa tiba-tiba ada gambar kau yang macam ni dalam koleksi aku.


Part paling melucukan apabila kami ramai-ramai buat aktiviti kerusi beracun; ala, yang ada muzik tu dan bila lagu mati terus kena duduk. Siapa cepat dia dapat dulu. Gelak tak ingat dunia time ni.

Makan, gelak ketawa, sembang, tangkap gambar dan tido..haha

Saat yang dinantikan, penyampaian hadiah untuk Sukan Suka-suka yang agak meipu keputusannya akibat salah peserta sendiri HAHA semua main tipu laa...tapi takpe, yang penting masing-masing bagi komitmen dan juga gembira >_<

Zahrin bagi ucapan; awal-awal lagi dah kena bagi amaran jangan bagi kitorang 
sedih especially Hawa. Sejarah tak mungkin berulang HAHA.

Dah lepas makan, kenyang hati pun senang perut pun macam tulah >_<

Kembali ke zaman sekolah dulu; tangkap gambar skema. Seronok jugak sesekali buat macam ni. Tapi ni dah berkurangan sebab ada beberapa orang dah balik bilik, tidur kepenatan >_<





Agenda terakhir sebelum masing-masing balik tidur. Self-timer then pose la macam mana pun! >_< Lepas ni aktiviti yang paling mencabar menanti. Jom tengok entri seterusnya:
RANGKUMAN KISAH JANDA BAIK:


4 Readers:

{ ain dzaya } at: 22 April 2012 at 00:19 said...

seronoknyer ^^

"Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik..".

{ Bro Framestone } at: 22 April 2012 at 12:37 said...

macam best je....

bro xpernah g sane... eh comey2 la pulak yang join.. tapi cam dah berempunya je

{ Pisyek Kumar } at: 22 April 2012 at 12:47 said...

Pisyek: aku pun tak pernah sampai janda baik ni.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 26 April 2012 at 20:51 said...

AD: hehe memg pun !

BF: haha nnt bile2 pg la cri resort yg best! memg semua pmpuan tu dh brpunya hehe sorr ybro..

PK: nnt bile2 pg la..best wooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean