header

header
hairie

Kisah Janda Baik BAHAGIAN 4: Jungle Trekking ke Bukit Cheringin

| Monday, 23 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kembali lagi kali ni untuk edisi percutian kami ke Janda Baik bahagian 4 mengenai aktiviti jalan-jalan dalam hutan; lokasi di Hutan Simpan Bukit Cheringin yang sangat menenangkan sambil ditemani bunyi kongkang yang dari jauh sana dah boleh dengar. Ekspedisi cuci mata kami ini diadakan pada hari kedua iaitu hari terakhir kami berada di sini. So awal pagi dah kena siap-siap sarapan dan juga sediakan diri nak panjat bukit nih!
Bangun pagi sembahyang subuh, tidur balik then mandi, pakai kasut dan poco-poco! eh bukan; Chicken Dance la sambil senamrobik yang diketuai oleh Kak Lela yang maintain slim je aku tengok :p sambil ditemani oleh Zahrin. Tang sarapan, Ya Allah sedapnya bihun goreng tu, serius sedap tapi memandangkan nak panjat gunung a.k.a bukit, makan sikit (2 kali tambah kot) takut cepat penat nanti.

Siap semua & dah sedia nak mulakan langkah kitorang pun gerak ramai-ramai. Mula-mula ada seorang abang ni yang guide kami dari resort ke kaki bukit then kat sana tukar orang pulak. Mula-mula kitorang akan lalu kawasan kediaman penduduk dan juga kawasan pertanian dan ladang getah yang sejuk je mata tengok. Sunyi sangat kecuali bunyi kenderaan sikit-sikit la sambil bunyi kami bising. Tak ada kat Shah alam tau environment nih.

Okay, ni pun jadilah..orang kata tiap saat tu semuanya kenangan so inilah hasilnya! Sapa dapat masuk dalam lens aku ni tahniahlah yang tak tu kita cuba lain gambar ya >_< waktu ni baru je start jalan dari resort nak ke kaki bukit.

Seronok aku tengok muka korang dalam nih! Serius rindu & tak sabar nak jumpa time ambik jubah konvo nanti. Bekalan makanan yang kami bawak tu semuanya hasil semalam yang kami dapat dari hadiah untuk sukan sampailah menu BBQ yang tak habis..

Aku tak ingat nama pakcik ni tapi die sangat syok! Beliau yang guide kami dari kaki bukit sampailah ke air terjun yang ada kat atas Bukit Cheringin nih! Segala cerita die tau dan membuatkan kami rasa seronok sangat! >_<

Okay dah sedia untuk panjat setelah diberi taklimat ringkas apa yang kami kena buat dan jangan buat, biasalah hutan kan macam-macam ada. Korang nampak pagar konkrit belakang kitorang tu? sebenarnya ni tanah persendirian dan dimiliki oleh seorang ahli korporat dan jalan yang kitorang tengah berdiri ni adalah laluan utama untuk ke kediaman rasmi a.k.a villa datuk tu, nanti aku cerita lanjut.

Dah sampai dah kompleks villa Datuk yang terdiri daripada Club House, Guest House dan juga Villa. Mula-mula aku ingat ada penghuni dan agak terkejut bila sampai sini, kawasannya sangat terbiar dan menyebabkan dalam kepala aku ni fikir macam-macam. Banyak benda nak tanya. Gambar atas ni, kitorang berdiri di hadapan rumah tamu yang sangat cantik tapi sayang tak ada oang duduk.

Inilah villa Datuk tu yang juga ditinggalkan. Banyak harta/perhiasan dalam rumah ni tapi kata pakcik tu dah banyak hilang, mat gian yang datang curik. Korang tengoklah rumah ni, cantik kan? penuh dengan elemen tradisional Melayu.

Inilah rumah kelab yang cantik tu siap ada kolam renang lagi dan mengadap kawasan bukit bukau. Kalau ikut suasananya, berkonsepkan Bali sebab ada banyak penggunaan pasu yang cantik tu. Sebelum ni kawasan ni ada penghuninya iaitu pemilik tanah ni la. So dia gunakan kawasan ni sebagai rumah rehat diorang. Ye la orang kaya ni biasanya pilih lokasi yang kat tengah-tengah hutan untuk bina villa diorang sebagai tempat untuk lari jauh dari kesibukan kerja dan kota #eh. 

 Suka sambil berfikir tentang kewujudan lokasi ini.

Aku tak ingat sebab apa villa ni dah tak diduduki lagi & kalau korang nak tahu aku asyik tefikir something je kalau pasal rumah yang dah lama ditinggalkan kosong kat tengah hutan ni. Serius kalau aku sorang memang sangat takut walaupun siang hari.


Puas dah cuci mata sambil tambah info baru pasal villa yang cantik kat atas bukit tu, kami teruskan perjalanan memalui denai yang dibina oleh pakcik & the geng untuk sampai ke lokasi mandi Datuk Siti di sini. Agak jaug jugak tapi bila dah sampai, terus tak ingat dunia.

Seronok, penat, sakit, jakun, meriah dan cantik; semuanya ada sepanjang jungle trekking kami ni. Maklumlah pertama kali meredah hutan belantara Bukit Cheringin ni banyak benda yang kami jumpa. 
Akhirnya kami tiba di lokasi yang dituju. Air terjun pertama yang kami sampai. Walaupun tak seindah biasa sebab ada batang paip tu haaa.. tapi sesuai untuk mandi & waktu ni belum kecoh sangat pasal air kencing tikus tu dan alhamdulillah sehingga hari ni tak ada  pun antara kami yang sakit.

Yang seronoknya, tak ada orang selain kami pun waktu ni, mungkin tak famous sangat kot tempat ni tapi baguslah, kurang sikit pencemaran dari manusia. Biar kekal semulajadi je kawasan ni. Aku rasa disebabkan air terjun ni jauh dan kena panjat bukit baru boleh sampai, itulah yang menyebabkan ramai yang malas nak pergi sini kot. 

Sampai je, duduk kejap ambik angin & aura Janda Baik then terus basahkan badan. Inilah saat yang ditunggu. Walaupun sejuk, semua orang kena basah jugak.

Ni baru masuk kejap dah sejuk semua, time to eat! Makan ikan bakar malam tai yang tak habis tapi aku tak makan, entah kenapa tapi tak lapar. Aku lebih suka tangkap gambar orang makan.

Yeahhh!! kitorang gembia kat sini so pada sape-sape yang tak dapat join kitorang ni, lain kali kita pegi lagi tapi tempat lain la..kang bosan pulak tempat sama je nanti, betul tak Kak Zura?

Seronok kat sini dengan kawan-kawan! Setelah beberapa kali percubaan memberanikan diri, akhirnya aku berjaya jugak naik atas ni. First time kot dan first time jugak aku lompat dalam air. Meh tengok:

HAHA gile tak smart langsung aku lompat! lama betul aku nak timbul balik. Inilah masalah aku, dah la tak pandai berenang, sekali bila masuk dalam air tu terkapai-kapai cari permukaan air. Need oksigen! HAHA tapi sekali je aku buat seumur hidup, inilah yang pertama. Aku takut sebab paras air tu dah lebih dari aku, takut tak timbul HAHA. Tapi takpe, Acab ada jadi penyelamat aku tolong tarik naik atas permukaan HAHA.

Kesian dia dah banyak kali terjun tapi tak ada sorang pun yang tangkap gambar die, nak buat macam mana semua tengah sama-sama dalam air kan. sorry ye Md >_<

Mandi dah, terjun pun dah, makan pun dah & now time untuk gambar reramai. Nasib baik Hawa ada sediakan perkhidmatan tripod FREE.

Khas dari kami buat semua yang baca/tengok gambar entri nih! Kenangan di air terjun pertama sebelum meneruskan perjalanan ke atas lagi nak pergi ke air terjun kedua yang katanya boleh buat terapi kaki percuma, tak payah bayar macam kat Central Market tu.

Aku rasa air terjun ni tak ada nama tapi tu tak penting pun, cukuplah untuk menikmati deruan air yang sejuk dan nyaman sambil ditemani ikan-ikan sungai yang singgah kat kaki.

Kawasan air terjun ni agak sempit dan bahaya sebab agak dalam sambil air yang jatuh tu kuat okay, sakit dan bahaya so kena hati-hati. Serius makin atas makin seronok rasanya dan makin sejuk.

Rasanya jarang ada orang yang datang sini disebabkan macam aku cakap tadi, jauh dan kena naik turun bukit baru sampai sini, serius penat tapi berbaloi sebab dapat mandi dan menikmati alam yang aku rasa sangat cantik dan indah, kat kampung sendiri pun tak ada macam ni taw!





It's fun ok! Walaupun sejuk sangat, aku gagahkan diri nak masuk jugak. Nak merasa air semulajadi Janda Baik mana tau ada aura nanti HAHA.

Haa..inilah tujuan utama pakcik tu bawak kitorang pegi sini. Main-main dengan anak ikan sungai, mak ikan pun ada kot! Kalau nak bagi ikan tu datang kat korang, sila selitkan makanan; roti biasanya kat celah jari. So bila ikan datang kat kaki, korang akan rasa geli. Ini pertama kali aku buat jugak, memang geli dan buat aku gelak besar tapi seronok beb! sambil tu die makan sel mati kaki kita kot. Pakcik ni tipu, bukan aka ikan je ade, semua family ikan  dari mak bapak semua ada, besar-besar pulak tu.


Memaksa orang lain tangkap gambar aku, jahat kan? sebenarnya malas nak keluarkan kamera dalam beg tu dan lagipun sayang kamera sendiri takut jatuh masuk air dan kena tempias air. Bukan senang nak dapatkan DSLR tapi kalau nak dapatkan kamera digital senang sikit.

Okay it's me sepanjang jungle trekking tu. Sebenarnya susah nak dapatkan gambar sendiri memandangakn diri sendiri suka tangkap gamabr orang lain. Bila balik menyesal tak sudah gambar sendiri tak ada, padan muka! HAHA


Okay sebelum sampai kaki bukit, lewat tenghahari jugak kitorang sampai bawah; kitorang singgah kejap kat villa tadi tangkap gambar kenangan depan rumah tu sendiri yang penuh dengan cerita yang kitorang tak tahu sebelum ni. Dan time tu jugak sebelum kitorang sampai villa ni, kitorang jumpa ikon negara yang sorang nih:

Tu diaaa.. Datuk Siti Nurhaliza beb! tengok sini kalau nak cerita lebih: http://www.mohdkhairi.com/2012/01/kejutan-kami-bercuti-dengan-datuk-siti.html

Tunggu next entri, entri terakhir pasal kitorang punya vacation ni okay, insyaallah will be update soon hehe..



0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean