header

header
hairie

Kisah Studio 08: Aktiviti secara senyap, MEMASAK!

| Saturday, 7 April 2012
Zaman belajar dulu memang best! Assalamualaikum kawan-kawan. Zaman final semester di UiTM Shah Alam sangat seronok walaupun berdepan banyak cabaran akademik. Apa yang seronok?lifestyle seorang pelajar di dalam studio 08. Studio dah macam rumah ketiga aku selepas Rumah Kampung, kedua Rumah Sewa dan yang ketiga Studio lah. Bila tengok balik muke semua orang kat studio, rasa syok je haha.


Korang pernah masak sendiri kat dalam kelas/fakulti? Mesti tak pernah kan?sebab korang bukan studio base punya course. Kitorang ni studio base punya course yang perlu buka pelan besar dan juga material drawing yang banyak so we need to stay overtime! kira sape-sape yang tak ada rumah sewa bolehlah duduk sini, semua free kecuali makan bayar sendiri.

Periuk Nasi sumbangan ikhlas dari Hawa..pesanan beliau 'guna elok-elok, nak pakai sampai kawin nanti', habis tergelak semua.. HAHA Bila lelaki memasak, jadilah perhatian semua orang. Artis pun tangkap gambar peminatnya, terbalik!

Ketika tension dengan kerja or stuck tak ada idea nak but, inilah yang kami buat. Masak sambil sembang-sembang. Dari sinilah hubungan kami antara kawan-kawan semakin rapat 'jejak kasih ek?'.

Kumpul duit antara kami yang stay kat studio berhari-hari sambil ditambah dengan sumbangan daripada mereka yang sudi. Hasilnya; sayur, beras, perencah, sardin dan macam-macam lagi. Meriah memasak di awal semester. 


Keje jalan separuh then bosan, masing-masing layan perasaan kat pantri kecik. Masing-masing dengan skill masing-masing tunjuk terror kat dapur. Aku terror tengok je haha


Wani, gambar ni sopan kan? hehe tak sanggup nak letak gambar lain #eh! Aku tengah fikir, kau goreng ape tu ek? Telur? roti telur? or fishcake?


Teringat fesyen Faizal Ismail dalam iklan Vokal Bukan Sekadar Rupa, dan terjadi pada Ude ngan Lynda. Bukan nak kutuk taw, ni just suka-suka jer.. Ude pakai kain pelekat tapi pakai sweater while Lynda Roslan pakai seluar track je tapi selendang LV haha.. Kak Zura? style mama hot! WOW!!


Periuk Nasi boleh bertukar fungsi menjadi tempat untuk masak lauk berkuah. Siap masking tape lagi benda yang automatik; 'keep' & 'cook' tu.


See, ada tepung gandum sekali. Siaplah sape-sape punya birthday nanti memang kena HAHA. Lupa nak cakap, Stove tu Syue yang bagi pinjam kat kami (termasuk Syue). Gas dah berapa kali tah tukar, tak banyak tapi boleh la. Awal sem kan, belum heavy sangat kerja, so bolehlah masak sambil relaks!

Kalau korang nak taua kan, meja Lynda ni la selalu jadi mangsa keadaan sebab paling dekat dengan tempat memasak nih a.k.a pantri. Pernah sekali beliau mengamuk sekejap tapi tak adalah sampai jerit satu studio, just tegas je disebabkan minyak yang terpercik ke atas meja beliau. Sapa buat kena bertanggungjawab la >_<

Ini sebahagian daripada pemandangan biasa/harian studio 08 Bachelor in Landscape Architecture. Penuh sarat, agak bersepah tapi still nampak kemas. Cuma disebabkan oleh panel/meja yang pihak UiTM proposed kat semua studio base FSPU, space kami agak terhad, nak buka drawing pun susah sikit tapi alhamdulillah, untung dapat study kat UiTM #janganmerungut.

Masak sama-sama, makan pun sama-sama tapi kat meja masing-masing la. Seriuously, aku rindu saat-saat indah serabut macam ni kat studio. Bila ada pak guard datang FSPU buat rondaan, terus clear meja pantri ni. Sembunyikan kuali dan barang elektrik bagai tu, nanti kena banyak soal. Gigih masak bihun sup waktu ni dan juga cendawan goreng. Sedap wey..

Gambar ni; yang sini siapkan kuah dan yang belah sane tu (baju hijau) tengah rendam spageti. Semua terlibat dalam pembikinan spageti special ni HAHA.

Haa belakang tu meja aku yang sarat! Serius sedap wey kuah spageti ni. Aku tak ingat pakai resepi sape time ni.

Itulah kenangan terindah sepanjang belajar kat UiTM Shah Alam. Dengar kata bermula semester ni dah tak boleh stay kat studio? limit sampai jam 11malam. Dengan alasan nak jimatkan bil elektrik dengan air..tak apa lah, harap korang bersabar je la, nak buat macam mana kan..terpaksa follow the rules.


2 Readers:

{ Unknown } at: 7 April 2012 at 23:05 said...

Follow la sangat rules tu.. buat jugak stay smpai lewat mlm..
tp dahsyat la korg boleh memasak dlm studio.. ni dr.noriah tau mau ribut fspu tu,,, haha
mcm sedap je tgk kuah spageti tu,, yum3..

{ Yazid Yahya } at: 8 April 2012 at 10:03 said...

Hebat masak dalam studio!! Org laen x mampooo!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean