header

header
hairie

Kisah Studio 08: My Workspace, Blue Color is My Spirit..

| Monday, 2 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak kongsi pengalaman lama dulu *macam dah berzaman je sewaktu hidup bergelar seorang pelajar. Kenangan kat Studio adalah yang paling best. Studio? kau rakam lagu ke? eh, bukanlah, studio kitorang ni maksudnya macam bilik kuliah/kelas tapi equipment dalam tu lain sikit, tiap pelajar ada meja sendiri, ala-ala pejabat. Macam gambar kat sebelah ni. Meja paling sarat adalah meja aku tapi aku suka suasana sarat ni.


Sebenarnya nak kongsi dengan korang revolusi workspace aku time study dulu ni..syok woo tengok meja sendiri cantik dan tersusun walaupun tak nampak kemas. Well, itu terpulang pada diri masing-masing macam mana nak corakkan meja masing-masing asalkan selesa.

Ini ketika awal-awal semester lagi bila studio tu masih lagi suci, sunyi dan agak menakutkan sebab Fakulti ni pun still sunyi lagi. Budak course lain belum start stay kat studio lagi. Ini tengah dalam proses men'transfer' benda penting daripada Laptop ke PC baru >_<. So lepas tu laptop tu boleh tinggal kat rumah sewa tapi tak pun sebab aku letak jugak kat dalam surau studio ni, senang kalau ada apa-apa benda nak ambik nanti. Workspace masih nampak kosong lagi, belum sempat decorate sebab banyak benda yang lebih penting kena settle dulu.

Then upgrade sikit, Letak gambar sediri sebab ni meja sendiri, kipas RM20 beli kat PAS, bawak bekalan kerepek untuk senaman mulut ketika mengantuk dan bosan. Langsir tu sebagai elemen keselamatan, so orang luar tak nampaklah barang berharga kitorang kat dalam nih. Okay dah nampak sarat sikit dah.

Ada la sehari tu aku cuci mata dengan kawan baik aku ke The Store PAS then terjumpa rak bertingkat tu, so angkut la. Maklumlah space kecik so kena ada something yang bertingkat barulah boleh letak barang banyak. Nampak Domo Kun tu dengan bantal kecik warna biru tu? Tu hadiah dari Eqbal Zack dan juga Cik Cundaa, jadi hiasan meja aku sebagai elemen ketenangan cehhhh.. Alas meja baru warna biru dan juga figure orang & kucing comel. Tu ada chopstick beli kat China. Aku taruk dalam gelas seramik yang beli kat Jusco Bukit Raja time ada karnival kraftangan. Macam-macam benda ada kat meja aku ni. Alhamdulillah, tak ada yang dengki pun hehe.

Okay dah makin sarat. Vaseline, Dinding panel dah tukar warna biru. Kenapa biru? warna kegemaran aku la. Banyak koleksi aku warna biru especially koleksi baju tshirt tapi motosikal warna gold, hurmm boleh la ..Setting untuk workspace aku ni kekal sampai penghujung semester dan makin berserabut atas meja ni dengan thesis, design dan juga benda-benda lain. Kat sinilah aku makan, online, update blog, crit session dan juga sembang-sembang dengan kawan. Memang agak serabut dan oleh itu bila serabut sangat aku tak gemar orang ajak sembang sebab makin serabut, sorry kawan-kawan..

Kenangan sepanjang zaman; waktu study dulu memang aku tak dapat lupakan. Kenangan hidup, makan buat keje dan tidur kat studio memang akan lekat kat kepala ni. Walaupun semester 8 ni makin banyak jenis dan rupa kawan-kawan aku, aku tetap sabar; lantaklah, yang penting aku selesa. Akhirnya aku berjaya mengadaptasi dengan keadaan. 

Benar orang kata, zaman pelajar lagi best dari bekerja sebab kalau belajar dulu kelas bukan hari-hari dan boleh tidur, datang lambat pun tak apa..kadang-kadang lecture setengah jam je then boleh buat kerja masing-masing, pandai-pandailah hidup >_< Kalau dah kerja, korang kena msuk opis dari Isnin sampai Jumaat dari pagi sampai petang. Sabtu kena datang jugak kadang-kadang. So agak terikat dengan jadual tapi balik terus tidur, tak fikir kerja pun hehe..




3 Readers:

{ Cahaya Kekal Abadi } at: 2 April 2012 at 22:07 said...

bestnya workplace boleh buat camni ! kalau kat perak, jgn harap. huhu. salam perkenalan dari student Town Planning UiTM Perak :)

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 2 April 2012 at 23:22 said...

omakau....tanjat gue dibuat nye...awat laaa cm byk nye brg????hahaha

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 6 April 2012 at 23:45 said...

CKA: haha kt perak tu blom secure sgt..ni kitorg siap lock lg pintu studio hehe

AFA: hamboii tanjat la sgt! haha biaselah aku, paling sarat hehe .yg lain biase2 je ..hehe ni la lifestyle dak2 FSPU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean