header

header
hairie

Wayang time! jemputan dari pelajar Architecture FSPU

| Sunday, 1 April 2012
Assalamualaikum kawan-kawan....
Ni cerita lama zaman study final semester lepas. Kitorang attend tayangan wayang/filem oleh pelajar kursus Senibina UiTM. Kitorang dapat jemputan dari diorang la. Waktu tu tengah agak struggle dengan final project tapi penat sangat dah, tu yang keluar kejap dari kepompong studio 08. Cuci mata sambil rehatkan otak.

Filem yang diorang persembahkan ni adalah hasil kreativiti pelajar diorang sendiri dari semester 01 sampailah semester akhir. Ala-ala tayangan amal juga la kot. Lokasi kat Dewan Sri Budiman dan setiap tetamu dapat pop corn, majalah Remaja dan juga air kotak, bolehlaa buat isi perut sikit.

Filem tu okay ke? tak semua okay sebab ada yang membosankan dan movement cerita tu slow! Ni pandangan aku la.. Nasib baik ada waktu rehat, so bolehlah kitorang cabut terus sebab bosan, nak tunggu yang best tu punyalah lama sangat. Ingatkan sekejap je, mana tau setiap semester diberi 5 minit cerita pendek. Itu lagi bagus kan >_< 






EXPRESSION dari kami pelajar Landscape Architecture untuk pelajar Architecture..

Bersama Abg Long besar! ...ketua pengganas kampus Shah Alam..tapi hatinya baik >_<

Sebenarnya nak tengok yang ni tapi tak kesampaian, akibat kebosanan kitorang terus balik. Lambat nak tunggu cerita ni.

Cenderahati untuk tetamu yang datang tapi kena register dan tunjuk tiket dulu.

LAPAR! ..memang belum makan lagi time ni, dapat pop corn pun okay dah.

Syue, lama tak nampak kau kat FB. Kau macam Acab ek? Stalk orang dalam senyap.. HAHA

Gambar kurang jelas; Ada artis jemputan waktu ni iaitu aktor Hairie Othman yang jadi juri malam tu. Ni time rehat, sempat tangkap gambar dengan beliau. Tengah hisap rokok tapi berjaya disembunyikan dari gambar.

Lapar! Bosan dengan wayang tu terus pergi makan kat Sek. 7. Dah lebih pukul 11 malam kot cerita tu tak habis lagi..


2 Readers:

{ NMH } at: 1 April 2012 at 12:38 said...

besnye..rindu pulak UITM dulu banyak aktiviti..hmm

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 6 April 2012 at 23:46 said...

haha time student memg best! >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean