header

header
hairie

Aktiviti Hujung Minggu: Almari buku baru!

| Friday, 25 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hujung minggu kat kampung adalah sangat awesome walaupun dibayangi projek-projek yang perlu diselesaikan, lantaklah! asalkan aku pandai jaga diri.. >_<

Okay nak dijadikan cerita, setelah berminggu-minggu barang aku ni ada terkumpul kat ruang tamu rumah aku ni (dari bulan Mac) minggu lepas baru ada semangat nak kemaskan dan cari lamari buku baru sebab dah tak ada ruang nak letak kat rumah ni so aku perlukan rak yang boleh memuatkan buku-buku akademik + leisure supaya nampak cantik dan kemas bila dipandang. Boleh jadi latar belakang untuk shooting potret agaknya..

Benda yang ada kat atas meja ni semua bakal masuk dalam tong sampah paling senang ataupun kalau nak duit, pegi la kitar semula. Kalau sayang sangat macam aku ni, masuklah dalam almari buku korang ke. Nanti boleh tengok kalau diperlukan >_<

Setelah dipilih dengan teliti, ada beberapa (banyak) benda yang boleh dijual, majoritinya kertas. Walaupun sikit (dalam 10kg aku timbang) tapi bolehla kalau nak beli ais krim koneto!

Kebayakannya adalah kertas nota yang bagi aku dah tak boleh pakai, tak ada tempat nak simpan dan kalau nak bagi kat junior pun susah sebab aku sorang je yang faham nota aku ni. Maklumlah tulisan macam cakar harimau melahar kan.

Maaf ye, saya bukan tak sayang UiTM dah tapi benda ni dah tak pakai dah! Ni masa zaman duduk kolej tahun 2006 kat UiTM Perak dulu. Kerna terpaksa, aku rela kau pergi #eh!

Tadaaa.....inilah almari buku yang baru, harga RM190 diperbuat dari Plywood yang dikatakan tahan lama tu kot! Tapi bapak aku lebih prefer almari yang diperbuat dari kayu, betul-betul kayu barulah tahan lebih lama. Tapi ni pun dah cukup mahal dah. Bolehlaa muat koleksi buku yang aku tak nak buang dan boleh dijenguk tiap-tiap hari, sejuk mata memandang >_<

Koleksi LIBUR sejak 2008 sampailah sekarang tapi bukan every month aku beli ye, tapi kebanyakannya every month la hahaha... Kenapa LIBUR? sebab aku suka tengok tempat menarik kat MAlaysia ni dan juga luar negara, ada contest, boleh share gambar kenangan percutian dan juga paling best, artikel dalam bahasa Melayu yang mudah difahami >_<

Haaa nasib baik buat 1 hardcopy Thesis yang original, bolehlah buat kenangan sambil memenuhkan almari buku yang cantik nih! >_< Kenapa ada buku istiadat konvo ke 68 & 71? Yang 68 tu aku pun tak tau macam mana boleh ada kat aku dan yang 71 tu masa konvo Diploma aku dulu.Itu je setakat ni, esok-esok sambung lagi ..




4 Readers:

{ :: Mrs.Eady :: } at: 25 May 2012 at 14:58 said...

waahhhh....

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 25 May 2012 at 15:01 said...

waahhh memule nmpk hazabbenner..tp lepas kemas tadaaaaaa dh kemas..yihaaa..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 25 May 2012 at 22:38 said...

Mrs Eady: hehe bru nmpk cntik kn >_<

AFA: haha haaggaakkk haazzabbenerrr jgk la tp pastu dh okay >_<..

{ Dylla Abas } at: 26 May 2012 at 12:21 said...

bila dah kemas baru la rasa "lapang" sikit pandangan mata tu kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean