header

header
hairie

Fotografi : Try & Error main dengan MACRO

| Monday, 28 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ni nak kongsi dengan korang pasal salah satu benda yang aku suka buat dengan DSLR (Digital Single-lens Reflex) aku ni. Pernah dengar Macro? atau kalau dalam bahasa aku gambar close up blur belakang, ni bahasa aku la..

Sebenarnya dah lama gambar ni terperap dalam PC aku ni cuma tak publish je lagi. Kenapa? haha entah kenapa sebab mula-mula rasa tak perlu kot sebab gambar tak cantik. 

Itu bukan ayat merendah diri sebenarnya tapi ayat putus harapan! Dah kalau bendat u hobi kan, gambar tak cantik tu jadikan pengajaran je la. Lepas ni jangan buat lagi. Eh lupe! Nak tau pasal macro? jom klik link kat bawah ni:


Dulu masa nganggur sempat jugak aku merajinkan diri baca blog beliau ni. Banyak info pasal dunia fotografi dan bahasa yang dipakai senang kita nak faham.
Semua gambar ni aku ambik masa jalan-jalan ke kebun bapak aku, alang-alang bawak kamera apa kata kita try shoot serangga yang biasa ada kat kebun yang dok selit-selit kat celah daun tu.

Try kat pokok lada mak aku, kira berjaya juga aku dapatkan bokeh kat belakang tu..HAHA walaupun tak sehebat photoG sebenar. Lagi satu kan, aku rasa gambar ni overexposed la kan, cerah sangat.





Sebenarnya kan, seranggan ni (gambar sebelah) yang buat aku rasa teruja nak tangkap gambar serangga waktu ni di kala ahli keluarga lain sedang sibuk dengan aktiviti kebun mereka. 

Nama komersial serangga ni orang panggil pepatung tapi orang jawa panggil 'kinjeng'  haha dan mesti korang pernah dengar pepatah 'sembahyang koyo kinjeng!' maksudnya solat macam pepatung. Kenapa? sebab pepatung ni korag pernah tengok tak kalau kat air? die mesti akan 'sentuh' permukaan air tu sekejap-sekejap beberapa kali. Dari situlah peribahasa ni dapat HEHE..

Okay itu je nak share, kalau rasa gambar-gambar ni cantik, komenlah dan kalau tak cantik pun  komen jugak >_<


4 Readers:

{ Syakir Rahman } at: 28 May 2012 at 13:35 said...

wah nice....boleh keep up lagi ni mcm UAI... terbaek ^__^

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 28 May 2012 at 15:02 said...

Wah..cntik gmbar...

*wong jowo ropa ehhh...

{ MawardiYunus } at: 29 May 2012 at 04:55 said...

good bro, nice pic

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 2 June 2012 at 07:26 said...

SR: hehe thanks! >_< UAI tu otai, blom ley lawan lg heehe

AFA: hehe thank! memg org jawa pun hoho

MY: thanks! >_< huu tgh belajar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean