header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 1: Ambil Jubah di DATC

| Saturday, 12 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Memang lama tak tulis dah walaupun baru seminggu disebabkan ada benda lagi penting kena dahulukan. Okay hari ni nak cerita pasal aktiviti hujung minggu kitorang 5 Mei hari tu. Kitorang ni dah habis belajar tapi belum konvo lagi dan majlis konvo kitorang akan diadakan pada 13 Mei 2012 hari Ahad, alhamdulillah dapat konvo hujung minggu so 1 family boleh datang tapi ade kekurangan sikit sebab sidang petang, its okay still boleh jalan lagi.

Aku, Md, Anis ngan Wani gerak dari JB Jumaat malam Sabtu dan kitorang lewat sampai disebabkan kesesakan yg pelik sikit kat highway Johor tu. 

Jubah kena ambik di DATC yang baru tu di mana untuk pengetahuan korang, aku tak pernah masuk lagi dewan tu sejak ia dibuka sebab tak ada urusan yang memerlukan aku masuk ke dewan tu. Ini kali pertama okay!

Sampai je dewan dah kena dengar taklimat pulak sebab kitorang sampai jam 11 pagi so kena dengar taklimat & kaunter ditutup kejap time tu so dengan penuh sabar dan ikhlas kitorang pun dengarlah.



Dalam TV & gambar, DATC ni nampak sangat besar dan luas tapi bila masuk besar ni je? Tapi yang nyata boleh memuatkan beribu-ribu orang dalam ni. Paling best, ibu bapa semua boleh masuk dalam 1 dewan ni.

Diorang ni dah ambik jubah, kitorang je belum so tunggu jap sementara kaunter tu bukak balik! hurmm..

Dari kiri; Surveyor, Landscape Architect & Engineer..wow!!!!!

Lagi sekali dari kiri (Tudung ungu): Landscape Architect, Junior Landscape Architect, Surveyor, Landscape Architect, Landscape Architect, Engineer dan Landscape Architect..ini adalah jawatan kitorang dalam pejabat ye.hehe

Orang kata, Wani dah makin kurus. Bila ditanya apa rahsianya, die cakap macam ni; Keja la kat Tropics Design hahahaha....Ini adalah kawan-kawan yang sempat masuk dan dapat masuk dalam lensa aku. Yang lain tak dapat dikesan.

Geng dari Johor Bahru yang masih kepenatan sebab malam tadi sampai lewat. Ni pun tengah gigih dengar taklimat yang akag bosan tapi boleh pakai jugaklah info yang diorang sampaikan tu. >_< *jadi positif

Suasana dalam bilik ambik jubah, bau wangi je sebab jubah ni bau wangi; letak softener kot. Saiz jubah aku saiz M dan alhamdulillah, masuk dengan badan aku.

Tumpang toilet lelaki, rasanya tak pernah pakai kot toilet ni sebab kering jer HAHA..


Atas arahan diorang suruh ambik gambar kat sini jugak! So korang suka yang mana 1? semua cantik tapi minta maaf ye, mereka bertiga ni dah berpunya & yang tengah tu paling hot!!~~

Lepak-lepak kat Pak Li Seksyen 7 Shah Alam; memenuhi janji yang telah ditetapkan sebelum ni so menanti kawan-kawan dengan penuh sabar sambil sembang-sembang. Okay nak tahu cerita Bahagian kedua? Klik link kat bawah ni:



1 Readers:

{ nazeerah adelia } at: 13 May 2012 at 20:45 said...

Yeayyy !! Tahniah, dah grad, my turn will come soon 2013. UiTM Shah Alam di hati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean