header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 2: Pre-Convocation Shooting

| Saturday, 12 May 2012

Assalamualaikum kawan-kawan...
Lama dah tak menulis kat sini disebabkan oleh tanggungjawab yang lebih penting di luar dunia blog ni. Okay sekarang ni aku dan kawan-kawan aku dari Jabatan Senibina Landskap tengah dalam mood konvokesyen. Yes! akhirnya kami dah hampir ke penghujung pengajian walaupun dah lama habis tapi konvokesyen adalah penamatnya kerana lepas ni tak berurusan lagi dengan UiTM tapi UiTM tetap dihatiku.

5 Mei 2012 hari tu kitorang kena ambik jubah kat kampus induk UiTM Shah Alam. Jadi aku gerak dari JB terus ke Shah Alam dengan Anis, Md dan Wani. agak lewat sangat kitorang sampai Shah Alam sebab banyak kereta kat highway dan asyik jem sikit-sikit je, jalan tak lancar tapi alhamdulillah sampai jugak dengan selamatnya. 

Entri ni nak kongsi dengan korang tentang sesi fotografi kami a.k.a gathering yang pertama selepas masing-masing tamat belajar tapi tak semua kitorang jumpa sebab kebanyakannya tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Lepas je mabik jubah kat DATC (Dewan Agong Tuanku Canselor) tu kitorang kumpul kat Pak Li Seksyen 7 seperti yang dijanjikan walaupun lewat dah tapi setia menanti sebab memang dah rancang nak shoot lepas ambik jubah. Lokasi di Taman Hutan Bukit SUK, Shah Alam di belakang bangunan SUK Selangor. So kat bawah ni lah hasilnya, jom tengok:


Shoot sambil bercakap, tapi lagi banyak shoot.. Afiqah Roslee si pink gegurl dan juga Leia Ar si purple women >_<..


 Ini antara mereka yang dapat join termasuk aku >_<


 Muka diorang ni tetap sama, tak berubah pun.. 

Kenapa jubah UiTM cantik? sebab UiTM Dihatiku dan juga aku suka segala sulaman yang ada kat  jubah tu. Kalau tengok betul-netul, ada logo UiTM kat situ.


Saya suka tangkap gambar orang, so sebab tu gambar orang lain lebih banyak dari saya, akhirnya saya menyesal sebab tak ada gambar saya dalam ni >_< .. 


My housemate, classmate dan juga soulmate. Dulu pemalu tapi sejak masuk pertandingan Nexstec (tak tau betul ke tak ejaan aku ni) tahun 201o kalau tak silap, tahap konfident Zul/Mamu ni makin meningkat dan hasilnya final project beliau adalah Excellent! Aku tumpang suka hehe..


Dari kiri Hawa (BLG Group), Leia Ar (firm kat Putra Height), Kak Zura (keje kat Subang) ngan Afiqah (firm kat Kota Damansara)..sorry ye tak ingat nama firm tempat korang keje ..


Pantang nampak kamera, mesti pose over dan konfident! Tapi ko tetap memeriahkan gambar la Hawa >_<


Bila tangkap gambar macam ni, muka masing-masing tak nampak. Tapi tak apa, aku try & error. Yang penting ekspresi muke orang depan tu dan juga mortar yang terbang tu >_<


Baru perasan, tak ada gambar yang cantik ngan Acab nih! >_< abg besar Studio 08, otai wooo..sape dekat, memang kena pukul..phuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! 


Okay jubah konvo budak Diploma ngan Degree berbeza ye sebab jubah Degree ada 1 line kuning yang cantik ni kat lengan. Memang dah mengidam nak pakai jubah ni dan akhirnya tercapai juga >_<


Kebetulan ada pasangan pengantin ngan photographernya sedang shoot kat sini, tak pasal-pasal kitorang masuk sekali dalam album diorang.


Penat jadi tukang tangkap gambar diorang, tengok muka tu dah teruk dah color tu! >_<



Lokasi sebelah tasik kot. Tapi kalau sebelah tasik kalau korang campak tinggi-tinggi mortar ni memang kesianlah korang >_< TAHNIAH Md Azrin, dah konvo *dalam gambar ni.


Kelebihan ada lereng-lereng bukit yang agak tinggi, so semua muka boleh masuk dalam kamera >_<


Gambar ini didominasi oleh Siti Mahirah ye sebab gambar die banyak! Tahniah zai, anda berjaya menempatkan diri dalam gambar ini >_< HAHA


Sapa nak tumbuk sapa ni? sapa nak lompat? Apesal Kori tu rilek je? HAHA

Kami, bekas pelajar UiTM Shah Alam dan penghuni FSPU dan bila dah habis, kami buat hal masing-masing dengan cara tersendiri demi meneruskan hidup yang masih jauh kat sana tu *kenapa dengan ayat aku ni?





Campak benda mortar ni best tapi kena angel yang betul baru cantik, ni pun try & eror jer..


Hari tu aku dapat habiskan masa dengan budak ni. Bukan senang nak dekat dengan dia nih >_<


See, logo uitm yang telah disulam kemas cantik dan berkualiti *kot hehe 

Orang kata, inilah muka-muka gembira sebab dah lepas segala bebanan sebagai seorang pelajar tapi beban tu kembali lagi alam dunia pekerjaan, sabar je laa..

Khas buat Nik Nur Azwani a.k.a Wani, staf Tropics Design yang sentiasa buat muka ketat tapi bila kat luar hamik ko! tu segala lesung pipit keluar.. >_<


Apa yang korang discuss ni? HAHA Bila tengok Mahirah kan, terbayang Datin Rosmah Mansor. Gaya macam lebih kurang jer >_<

Belah sini okay tapi belah sana macam pelik. Kau kenapa Zulhasnan? >_<

Mafia dari Johor yang diimport khas dari Singapura yang didatangkan khas untuk menyerang bangunan SUK tu! Mampu?

Dikala mereka tengah memperbetulkan posisi, saya main tangkap je apa yang mampu HAHA ..
Nasib baik tak ramai orang a.k.a tak ada orang kecuali sepasang pengantin dengan ahli kumpulannya . So kami boleh bergerak bebas nak buat apa kat sini >_<


aku tak pasti samada waktu ni tengah setting punggung or tengah pose! tapi tetap cantik >_<
Soalan: zul, nape jubah kau pendek? Saiz ape ni? Jawapannya jubah tu saiz M tapi orang yang pakai sebelum ni die jahit yang bawah tu.

Okay settle dah untuk sesi photoshoot nih! Kepada mereka yang tak dapat join tu tak apa nantik time konvo boleh ambik gambar sama-sama lagi tapi mungkin masa terhad kot kan; masa ngan family lagi dan kalau hujan petang tu mungkin agak mengganggu kelancaran pergerakan kitorang semua nanti >_<

JOM TENGOK BAHAGIAN LAIN KISAH KONVO 76:



4 Readers:

{ ZWAN SABRI } at: 12 May 2012 at 17:01 said...

Aiseyh, bestnye bila tengok gambaq tu suma.. tetiba rindu pulak masa konvo sem lepas utk diploma.. nanti x sabaq nk konvo untuk degree plak.. :)

{ Shafiq Hashim } at: 12 May 2012 at 17:58 said...

Wahhhhhhhhh Tahniahh..
Sy Degree Bru OTW..Sobs..

Convo UITM Memang Best Last Year Bru Ja Pegi Sister sy Grad Master Di UITM..

{ Khairul Rahman } at: 13 May 2012 at 22:57 said...

Tahniah encik Hairie~

{ Kaki Wayang } at: 14 May 2012 at 11:19 said...

Rindu kat zaman-zaman ni.....nak sambung Master pulaaaa...gituhhhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean