header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 3: Gathering di Ole-ole Sek. 18 Shah Alam

| Monday, 21 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Terus ke bahagian ketiga KISAH KONVO 76 aku ni dan kali ni nak cerita pasal kitorang punya gathering di Ole-ole Seksyen 18 Shah Alam. Lepas ambik jubah, pre-convocation shooting dan solat kitorang terus ke Seksyen 2 Shah Alam makan ABC then baru gerak terus ke Ole-ole Seksyen 18 tu.Agenda utama kat sini; Boling dan karok! >_<

Tapi sementara menunggu yang lain-lain tu sampai, aku, Senan ngan Zul layan 5 lagu dulu kat K-Box hehehe ... lama dah tak nyanyi, cukuplah aku 2 lagu; Pada Syurga Di Wajahmu dengan Sejarah Tak Mungkin Berulang..

For the first time, si Zulhasnan a.k.a Zulsenan mi nyanyi dengan penuh perasaan. Suara die WOWWWWWWWWWW!!!! .. lagi sedap dari aku beb! Lagi-lagi bila nyanyi lagu Anuar Zain, aku terkesima sampai patah tulang jari kelingking aku ni. Bila dia nyanyi, aku trbayang Adira sebab diorang ni orang Sabah, ada slang sendiri tapi bila nyanyi jadi macam orang biasa nyanyi..

Kalau nak main kat sini kena follow the rules, tak boleh lawan sebab nanti lampu kat lane korang akan off so tak boleh main.

Lama dah tak main boling, last sekali main kat PAS kot tapi rasanya dah lama dulu, semester 04 degree..huyooo lama weyh!


ehehehhehe >_____< dari pagi tadi sampailah dah malam still dengan baju kurung, maintain cantik je!

3 Anak dara yang cantik-cantik tapi rasanya mereka ni dah dimiliki kot..sorry tapi takpe jejaka kat belakang tu ada, kalau berani la..


Kak Siti sedang sopan membaling bola, tapi strike dowhhhhh!!!


Lama dah tak membaling, game pertama okay la tapi masuk game kedua dah pancit, hilang fokus!


Bergambar bersama artis, Lynda Roslan >_<

Datin-datin yang hot~~! Rasanya kau Farah makin slim la. >_<

Zulhasnan bersama En Prof. yang pendiam >_<

Kawan baru >_<

Aku pun nak jugak tangkap gambar dengan artis, tukang support!

Aksi sempoi Zul a.k.a Mamu bila dapata jatuhkan pin/ tak dapat jatuhkan..haha

Gambar khas buat awek Mamu! sebab die yang suruh ambik gambar ni & selamat sampai ke tangan beliau. Awek Mamu tumpang bangga sebab ada kawan yang jadi artis >_< termasuk aku jugak beb, rezeki masing-masing kan.

Bola paling pantas hasil hayunan mantap dari Abg Long Acab! Tengok body beb! *_*

Keputusan akhir, aku kalah tapi bukan tercorot (nasib baik)! HAHA So sebelum beredar, kitorang rakamkan kenangan bersama ketika ini. Maklumlah memang susah nak jumpa lagi lepas ni sebab masing-masing ada komitmen masing-masing.

Gathering kitorang tak habis kat situ je ye, kitorang pegi bilik sebelah; It's karaoke time! Lama dah aku tak karok beb sebenarnya so ini peluang nak lepas geram & try lagu yang tinggi tapi jangan yang susah! Aku pernah try lagu Beribu Sesalan tapi sungguh! Sangat susah lagu ni nak bawak. Kena pandai main suara. *berangan lebih!

<---- Tangan ko tu kenapa?!
Seat kosong tu untuk aku.. Aku tak pernah karok dengan majoriti orang-orang dalam ni terutamanya si Wani, Acab, Mahira, Zulhasnan dan Fiq (separuh gambar) dan lagi 1 dengan orang baru mesra dengan panggilan Apek, kawan si Anis tu..kawan ek?

Inilah aku punya ex-classmate, ex-roomate, ex-housemate, ex-sembangmate dan segalanyalah sepanjang kami study! Lagu yang paling sedap dia ni bawak dan kitorang suka iaitu Sedetik Lebih dan Awan Nano. Selalu dia memang pilih lagu ni, korang nak tau memang sedap kalau dia bawak lagu nih! Boleh tahan weyh, kalah suara aku >_<

Selalu aku berduet dengan beliau nih lagu Senja Nan Merah tapi malam tu tak dapat sebab banyak persaingan. Lagipun pakwe kesayangan beliau ada sebelah, kena jaga tatasusila HAHA

Masing-masing dengan muka penat yang berjaya di'cover' dengan lagu-lagu yang best! HAHA

Gambar terakhir di 'gathering' ini. Masing-masing dah penat, mengantuk dan esok aku ade rancangan lain dengan Wani & Ika. Nak tau cerita? tunggu entri seterusnya nanti.


2 Readers:

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 21 May 2012 at 20:42 said...

waahh dh laa de kawan retis...

pas tu gathering hebat sokmo!!!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 25 May 2012 at 22:42 said...

haha abnrnye smpai skrg aku tgh feel cmane brkwn ngan artis weyh hehe .. lepas gathering ni pun jmpe time konvo je then masing2 dh busy ngan hal msing2 >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean