header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 4: Cuci Mata di Jalan TAR, Kuala Lumpur

| Tuesday, 22 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Cerita konvo masih lagi masih berlegar dalam kepala aku ni, masih segar masih ingat & masih lekat segala kenangan dengan kawan-kawan dan keluarga. Ini ada lagi 1 cerita yang aku nak kongsi dengan korang sewaktu kitorang ambik jubah konvo 5 Mei 2012 lalu.

Ini kisahnya, 6 Mei 2012 sehari selepas ambik jubah konvo ; aku, Wani, Ika, Nor dengan Anis jalan-jalan cuci mata kat Jln TAR yang popular dengan panggilan "Textile Street' (ni statement yang budak-budak Landscape bagi la kan). Segalanga berpunca dar Wani yang telah memaksa Ika (pemilik & pemandu Viva putih) untuk bawa kami yang datang jauh dari JB ni jalan-jalan.

Aku ni memang jenis yang suka berjalan, so aku follow je asalkan ada orang bawak dan tau tempat yang nak dituju. ORang macam aku yang jarang turun KL ni memang jakun kalau datang KL ni. Ye la, lama tak singgah dan banyak benda baru yang menghasilkan pemandangan baru bagi aku HOHO.


View KL yang belah ni masih sama dengan Maju Junction, Tune hotel dan juga laluan Monorel nih. susah nak lupa tempat ni sebab zaman Diploma dulu kitorang pernah jalan kaki dari sini sampailah Dataran Merdeka. Biasalah budak landscape, kerjanya jalan je! >_<

Sampai je Jln TAR terus lapar, teris terfikir KFC sebab paling senang nak makan kat KL ni sama ada KFC atau McD sebab dah tau harga dan boleh bajet. Tapi KFC tutup pulak time nih! Terpaksa masuk SOGO nak makan kat McD. Shopping tak lagi tapi dah penat berjalan. Dari arah SOGO sampailah ke Semua House then balik lagi ke SOGO, laparrrr...



Muka sebelum, semasa dan selepas makan di McD!

Dah kenyang, teruskan cuci mata! >_< Kali ni best sebab kitorang jalan dengan Kak Su Jln TAR a.k.a kak long kat sini. Tu haa si tudung hijau orangnya..



Sekarang ni musim tudung bawal, tudung yang dulu popular tapi kemudiannya dah diatasi oleh tudung fesyen baru (kalau tak silap tudung Ariani  kot yang first datang) then macam-macam jenislah yang aku pun tak pasti apa namanya tapi sekarang bawal ni dah kembali naik! Macam artis lama menyepi dulu tapi sekarang nama dah naik balik!.

Tudung 2 tone? tudung 3 tone? Lagi cantik 3 tone sebab color nampak mewah kot bagi aku tapi harga mahal sikit >_< Gambar atas ni, Nor tengan tunjuk tutorial kat Ika dengan Wani, nampaknya lepas ni diorang pun pakai macam ni jugak la HEHE.

Ada persamaan or memang tak nampak sama? meh sama-sama kita hayati..

Dalam keserabutan kedai pun kitorang sempat cari port nak bergambar. Agak pantang kalau nampak cermin sebesar manusia nih! >_<


Pilih punya pilih, tak ada yang sesuai. Inilah masalahnya kalau banyak sangat benda dalam kedai yang sama..makan masa nak pilih lepas tu dah tak tau nak beli yang mana, terus tinggal..tak beli apa-apa pun.

Mek Ika tengah cuba kasut/heels/wedges (macam salah eja je!) untuk konvo!

Suasana KL seperti biasa, sibuk dengan orang ramai yang datang membeli-belah kat sini. Aku turun sini seminggu selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang mana dah tak ada bekas pun! Dah cantik macam biasa dah. TAHNIAH untuk DBKL!

Ni realiti or hipokrit? Aku tengok senyum Kak Su tu lain macam je!

Misi mencari tudung yang boleh match dengan baju kurung! Penat jugak nak cari sebenarnya. Kena gigih mencari.

Misi memadankan baju dan tudung! Semoga berjaya.

Ini pun tengah try & error dan akhirnya inilah yang dipakai sewaktu istiadat!


Perrghhh! Kerongsang yang selalu kita nampak kat Tudung Fareeda 3 layer tu! Tapi kat sini murah sikit #eh, murah banyaklah! Penat tawar menawar..

Nak tau kat mana? Ni kat dalam butik Wanita Pertama atau nama komersilnya Butik First Lady. Pertama kali aku masuk weyh HAHA. Ni disebabkan nak tolong Nor cari baju yang paling sesuai la untuk istiadat + baju raya. Setelah dibincangkan akhirnya dapat yang ni. Batu-batu kat lengan tu buat baju ni nampak WOWWWW!!!! 

Tengah otw balik ke paking kereta, ternampak bangunan ni. Lokasi aku tak ingat kat belah mana tapi nampaklah dari sini. Strukturnya agak senget dan sampai skearang aku tak dapat bayangkan bangunan apa ni ek. Lagi 1 adakaha bangunan ni sedang dirobohkan ataupun sedang dibuat? Kalau tengok tingkap kat bawah tu macam tengah dirobohkan je. Apa paun kami selamat sampai ke Shah Alam dengan jayanya >_<

2 Readers:

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 25 May 2012 at 09:47 said...

seronok nye laaa hai jalan2 ngn mmber2..

*pic ko sume best laaa khairi..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 25 May 2012 at 22:40 said...

AFA: haha memg seronok smbil mengumpat! #eh hahaha ...pic aku best ke? mungkin sbb pic tu ade muke cntik2/hensem kot :P haha THANKS AFA! ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean