header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 5: Hari Istiadat Konvokesyen UiTM

| Tuesday, 15 May 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah semuanya dah selamat selesai dengan indahnya; Majlis Konvokesyen UiTM ke 76 Sidang 3 di Dewan Agong Tuanku Canselor. Bukan selalu kita dapat saat-saat indah macam ni dengan keluarga dan kawan-kawan beb! Jadi, aku nak share kenangan indah ni dengan korang semua yang baca entri ni. 

Konvo kali ni agak special daripada konvo Diploma dulu sebab 1 keluarga datang; tinggalkan semua tanggungjawab dan lari ke Shah Alam! Tengok link kat bawah ni:

http://www.mohdkhairi.com/2009/11/konvokesyen-uitm-ke-71.html

Dan banyak benda menarik yang berlaku sepanjang istiadat berbanding konvo zaman diploma dulu dari segi protokol dan juga lokasi serta suasana & perasaan. Bagi aku, kalau ada majlis konvo ni jangan tak hadir, rugi beb! Bukan selalu dapat konvo naik pentas ambik scroll tu.

Ini kali kedua aku masuk dalam DATC ni (kali pertama, ambik jubah hari tu) dan korang nak tau, bila aku melangkah masuk je ke dalam DATC ni, rasa macam nak nangis, terharu dan bangga; tak tahu kenapa tapi mungkin sebab ini adalah majlis konvokesyen dan mak bapak ada sekali dalam dewan yang hebat nih! Tapi tahan air mata dan depan kamera tunjuk muka bangga, mak aku nampak okay! HAHA

Rombongan Cik Kiah weyh! ..jam 6.30pagi dah gerak sebab ada appoinment dengan studio jam 10am. So orang paling lambat yang mandi adalah si Zikri budak kecik ni; mandi kat R&R Ayer Keroh sebab bangun paling lambat >_<

Untuk kali pertama & mungkin terakhir, impian tercapai nak shoot kat sini: Eyestudio Photography milik blogger yang terkenal dengan tagline 'tulis pakai hati' Aizul Marcello & the geng! Habis je Degree UTM (budak planning wooo) rezeki beliau inilah, bukak studio partner dengan Abg Azad. Sesi kat sini kitorang buat 1 jam photoshoot dan telah 'ditembak' oleh akak yang aku lupa nak tanya namanya tapi akak tu okay la, sempoi, suke senyum dan kitorang gembira ada kat sini; tak ada rezeki nak jumpa Aizul sebab dia ada job kat JB. Sekarang ni gambar belum dapat, kena tunggu 3 minggu lagi tpai tak apalah boleh je tunggu. Hasilnya sabar ye..

Jam 12.30 tengahari dah kena berkumpul kat dewan untuk beratur dan juga mak bapak pun sama. Zohor macam mana? Islam dah bagi kelonggaran pada musafir, so gunakan dengan sebaiknya >_<. Nama kitorang adalah dalam kategori yang dah nak last jugak, 600 lebih tu. Tapi tak apa, demi konvo aku sanggup tunggu dan cuba hilangkan rasa bosan dan lapar tapi tak boleh jugak ..
Untuk pengetahuan korang, sidang 3 ni dikuasai oleh pelajar dari Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU) iaitu hampir 95% daripada 1000 orang graduan. Selebihnya adalah pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia. Aku rasa agak istimewa sidang 3 ini sebab majoritinya kami dari FSPU konvo dalam 1 sidang sebab ramai. >_<


Kami dari Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) alhamdulillah, 42 orang berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan kami berbangga dengan kursus kami walaupun bilangan kami ini sedikit tapi rasa istimewa sebab bila Tan Sri Pro Canselor bagi ucapan die asyik sebut landskap je, haha kitorang dah bertepuk tangan dah kat bawah nih. >_<
 
Mereka datang semua, waktu Diploma dulu nak tau sape yang datang? klik SINI, tapi kali ni alhamdulillah semuanya sempat luangkan masa cuci mata kat sini >_<


Minah Azreen yang sentiasa sibuk dengan HP Nokia (kot); Shafiq datang dari jauh lepas tu tak sampai-sampai DATC lagi, tertinggal bas. Tapi sampai jugak kahirnya kan >_<


Sedikit kelam kabut berlaku di sini ye apabila masing-masing tak ingat nombor giliran dan juga sah siah rupa diri yang tak ikut protokol. Warna seluar tak hitam, kasut tak hitam, rambut panjang dan lain-lainlah. Ude ngan Tuanku! Mane tali leher? 

Sabar menanti pintu DATC dibukan untuk para graduan masuk. Time ni lah semua nak bermesra, mengumpat dan sembang-sembang maklumlah lama tak jumpa kan >_<


See..mesra tak diorang nih. Selalu kat studio bukat takat ni je, malah lebih lagi kot! Lynda Roslan, artis MiG pun konvo ngan kitorang weyg cuma aku tak dapat nak tangkap gambar berdua dengan dia. Tak sempat dah.


GAMBAR SEBELAH: Dalam banyak-banyak lelaki sejak Diploma di UiTM Perak sampailah Degree di UiTM Shah Alam ni hanya kami berdua; Aku dan Zulfadhli a.k.a Mamu yang habis belajar ikut jadual. Bukan nak merendahkan kawan-kawan lain tapi just nak share tentang kenngan yang berlaku sepanjang aku jadi mahasiswa UiTM. 

Dulu masa semester 1 Diploma, ada lebih kurang 20 orang lelaki dan bila dah semester akhir tinggal 10 kalau tak silap. Kemudian yang sambung Degree hanya 4 orang dan akhirnya yang tinggal 2 orang ini sahaja dari batch Diploma Julai 2006. So kepada kawan-kawan, jagan putus asa, habiskan selagi mampu & kuatkan semangat!


Diorang ni nampak cantiklah! >_< semua baju baru..ada yang jahit sendiri, ada yang beli kat butik dan ada yang siap pegi tembak harimau bintang sebab nak dapatkan kulitnya yang cantik tu! WOOWWWW!!!

I'm happy with my style! Kenapa aku pakai baju Melayu? sebab bila aku pakai tali leher &  kemeja ia agak merimaskan sebenarnya sebab aku ni jenis yang cepat berpeluh. Jadi aku pakai baju melayu dengan harapan kurang sikit panas dan ternyata memang berkesan. Yang bestnya kan, kena pakai 5 biji butang yang besar so boleha la jalan sambil angkat leher nak tunjuk butangku yang agak lip lap lip lap! Batu dari Korea ok HAHA


Kitorang dapat SMS dari Dr. Nik Hanita, studio master kitorang sewaktu final semester dulu. Thanks Dr ingat jugak kat kitorang nih walaupun tak dapat datang tapi sekurang-kuragnya ada wakil pensyarah dari jabatan kita iaitu En Abu, Pn Nik Mastura, En Ikhwan Nasir dan juga En. Rafiuddin..diorang je yang aku nampak..


Kesian korang berempat tak dapat duduk sekali dengan kitorang. Tapi tak apa, yang penting naik pentas.


Muka-muka sebelum dan selepas naik pentas! ada yang menggigil takut terpelecok time jalan nak ambil scroll tu tapi alhamdulillah semuanya okay tak ada pun yang buat hal.


Ude dapat tali leher & seluar percuma! >_< 

Mengumpat, mengata & bersembang bersama Ude, kawan lelaki yang paling
 dekat dengan aku sewaktu istiadat. Yang lain semua perempuan. 

Nur Eyda! Khas buat mu sebab aku tau kau bosan, mengantuk dan lapar waktu ni kan >_< aku pun sama cuma aku tak mampu nak study buku program tu macam ko buat haha..

Istiadat sidang 3 dah habis, tengah tunggu orang penting keluar dewan, tu yang kena bangun ni. 


Sedang mengalami kesesakan yang agak melampau tapi jangan salah faham ye, saya tak bersentuhan secara haram dengan diorang pun..

Dengan Abg besar! hoho .. Adakah kejutan terbesar berlaku hujung tahun ni? kita tunggu ye >_<

Takde diorang, takde la aku kat dunia ni dan tak diorang jugak takde la aku sampai sini >_<

Untunglah awek datang bawa coklat besar untuk orang tersayang >_< Tahniah Md Azrin! nanti kalau sudi bagilah aku sebijik, nak jugak rasa air tangan Yana buat coklat yang katanya sebijik macam Ferrero Rocher tu..

Bersama pakwe kesayangan Yana, yang sekarang dah jadi Surveyor kat sempadan! katanya pantau mafia Singapura yang menceroboh ke Johor. 

Aku rasa macam gambar ni pakai reflector la pulak tapi sebenarnya tak, itulah kuasa teknologi beb! bersama Alia yang kreatif dan Anis yang baru saha mendapat gelaran Kak Sue Jln TAR. Korang memang maintain cantik hari ni!

Kawan yang terakhir aku jumpa di hari istiadat sebelum masuk dalam kereta. Joe FZR, sekarang beliau jadi Environmental Engineer kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nasib baik jumpa tu pun masing-masing dah nak masuk kereta kan. Sempat jugak tangkap 2 keping >_<

Dengan Iqa! Gambar atas dah elok tapi 2 gambar kat bawah ni kan kenapa kau tidoq? mentang-mentang angin kuat time ni, ko sempat menikmatinya kan HAHA

Jam 6 petang dah gerak balik, tak banyak tangkap gambar kat luar time ni sebab penat sangat dan kitorang terus pegi Pusat Islam tunaikan tanggungjawab.


Layan perasaan kejap kat I-City yang mana sekali masuk kena bayar RM10. Makin meriah aku tengok i-city nih. Nak naik benda besar tu tapi malas dah, penat. Cukuplah jalan-jalan tengok kawasan sekeliling, main lampu & cuci mata.

Then, makan besar kat Pak Su Corner seksyen 18 Shah Alam berdekatan dengan roundabout Toyota tu dekat dengan kilang rokok. Sedap jugak tapi lagi menang Restoran Dayangku kat Taman Perling JB.

Akhirnya dapat jugak benda ni, boleh simpan buat kenangan dan sebagai rujukan untuk apply kerja nanti >_<. Dengan rasminya aku dan kawan-kawan aku dah pun bergelar Alumni UiTM. Tahniah untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan.

Jam 10.30 malam baru gerak balik dari Shah Alam dan sampai rumah jam 2 pagi. Aku sepanjang jalan balik tido je sebab penat sangat dibantuk dengan ekon depan mata yang sejuk je hehe.

<--- budak kecik ni pun lagi best! siap bentang tilam je, nasib baiklah kau kecik bolehlah tido terlentang macam tu. 


Okay setakat ini sahaja kenangan terindah aku sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung. Tapi lepas ni mungkin ada lagi entri pasal konvo ini sebab nak share dengan korang tentang family portrait oleh eyestudio photography tu nanti. Ada video khas untuk pembaca:




6 Readers:

{ NIZAM } at: 15 May 2012 at 18:20 said...

Hai Khairi, sy jumpe blog ni masa baca InTrend this month. :)

sy pun konvo 13th may. same fac.rupenye kite ni. mmg tak aci punye ucapan, fspu tu ada 10 departments kot. asal 2 3 je die sebut. terasa dianaktirikan je sy rasa. tetiba plak kan.

btw, CONGRATULATIONS :)

{ hawiz } at: 15 May 2012 at 19:53 said...

salam...tahniah khairi...=)...goodjob!

{ ain dzaya } at: 16 May 2012 at 01:50 said...

congtrazz1
yeeayy da grade ^^

{ Anwar Suran } at: 16 May 2012 at 14:27 said...

Kongrat tu la tion !!!

Anonymous at: 16 May 2012 at 17:34 said...

keryyyy!! nape la ko x jmpa aku... eh silap! nape la aku x jmpa ngn ko ari tu...aishhhh,,hehehehe -wani-

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 19 May 2012 at 08:56 said...

Nizam: ok done! thanks singghh heehe ..tahniah jgk sbb konvo dh! ..

hawiz: hehe thanks! >_<

AD: hehe yeahh alhmdulillah thanks!

AS: thanks! lepas ni ko plak!

Wani: entah ! haha ..xpe la .cukuplah tgk kt fb je bju ko yg cntik tu hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean