header

header
hairie

FAREED ZAIN: a very talented Photographer~~

| Thursday, 28 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Entri kali ni just nak share tentang seorang jejaka/lelaki yang aku kenal melalui alam maya & tak pernah jumpa lagi sampai entri ini ditulis. Beliau adalah saudara Fareed Zain, mahasiswa UTHM Johor student Engineering. Sape budak ni? sape die nak masuk blog aku? Hello...

Gambar kat sebelah ni adalah profile picture yang aku mula-mula jumpa, masa tu kalau tak silap dari Friendster then kitorang banyk sembang kat YM..lepas tu senyap, then jumpa kat FB hoho..masa tu dah maju sikit dah, talent photography Fareed ni makin hebat! Banyak dia upload gambar cantik dan dari situlah aku mula suke dengan hasil tangan dia sampai sekarang beb! 

Sekarang ni tengah hebat dengan wedding photoshoot! Hasilnya? kadang-kadang ade yang kurang tapi seriously, semuanya OK & sedap dipandang, membangkitkan rasa aku nak nikah sekarang pun ada HAHA tapi lambat lagi daaa...

Kenapa aku suka gambar dia? sudut yang menarik, color, kualiti dan juga ekspresi serta aksi pengantin dalam tu HOHO. Lagi 1 pemilihan lokasi untuk photoshoot! Entah mana, banyak jugak tempat cantik-cantik kat Johor ni sebenarnya yang aku belum check in lagi :P Gambar kat atas ni kat masjid UTHM, masjid baru tuuu...



FFirst time tengok gambar ni, WOWW!! sebab warna dinding tu nampak SMART! maklumlah aku ni suka warna biru 'Cerulean' katanya.Seriously smart gambar ni. Good job Fareed sebab berjaya menjeleskn aku dengan gambar ko yang cantik ni :P

Kualiti gambar yang ni kan hampir macam Aizul buat selalu HOHO masing-masing ade kekreatifan sendiri kan, yang penting kita suka dengan hasil kita sendiri >_<

Ahaaa ini gambar ar, membuatkan 5juta persoalan dalam kepala aku. Sampai sekarang aku tak tau kat mana lokasi untuk sesi photoshoot ni. Kalau korang tengoklah gambar ni kan, macam berada di sebuah kawasan yang tak mungkin ada kat Johor, kat UPM ada la macam ni kan. Sampai sekarang dia tak bagitaw aku kat mana tempat ni, katanya nak bawak aku nanti HOHO >_<

Pic ni try & error untuk style vintage..bagi aku menjadi jugak! sebab ada la sikit maam gambar lama >_< Habis smua pic ko aku review Fareed..ngeeee



Ni lagi 1 lokasi photoshoot yang cantik! Batu Pahat ada sawah wooo HAHA tapi ntah2 ni kat Muar, ye dak Fareed? :P

See..walaupun subjek lebih kecik dari logo UTHM tu, bagi aku gambar ni tetap cantik! Color tu rasa nampak relaks & menarik. Kalau korang nak saja-saja shoot pun boleh jugak, contact je Fareed Zain.

Semua orang kena sporting, barulah hasilnya macam ni, kan Fareed Zain! >_< HAHA tugas photoG pulak, kena bagi arahan yang sporting, barulah happening!

Aku punya kualiti gambar belum mencapai tahap ni lagi, aku jenis yang lambat nak belajar dan sedikit malas nk belajar tapi suka tangkap gambar HEHE *sila ubah perangai ye! :P




Banyak sangat sebenarnya aku nak share gambar dengan korang tapi tak mampu sebab kalau entri ni panjang sangat, mesti korang tak nak baca sangat kan.. apa kata korang singgah sini je, kat bawah ni:


Like Fan Page beliau, kat bawah ni:

Juga, singgah ke laman web rasmi:

Semua yang terbaik ada kat dalam tu, dan kalau ada apa-apa nak tanya, just contact segala apa link yang ada >_<

So untuk Fareed Zain teruskan & tingkatkan lagi kualiti & kehebatan gambar kau. Lagi hebat, lagi best & lagi laa banyak kali aku tengok! (tengok dengan mood cemburu sebab diorang dah kawin :( HAHA). Tu je nak cakap, ada benda best lagi, nanti aku update lagi.

P/s: semua gambar ni diambil dengan kebenaran di laman Facebook Fareed Zain.


LYNDA ROSLAN Dalam Video Klip Promo Karnival Hijabista

| Monday, 25 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Just nak kongsi perkembangan kawan aku yang sorang ni, walaupun aku rasa ramai yang dah tau kan pasal benda ni aku tetap nak share kat blog aku jugak >_<.

LYNDA ROSLAN? siapa yang tak kenal kan, wanita yang tengah mencipta nama  dalam dunia modelling dan juga dunia lakonan. Menyanyi? belum lagi kot HAHA

Perkembangan dia sekarang? Entahlah aku tak berapa pasti tapi kalau tak silap tengah sibuk dengan shooting filem ngan drama kot. Bulan lepas turun Singapore dengan geng MiG Production then kat Melaka ada shoot Adnan Sempit 3, sekarang ni pun tengah shoot lagi kot. Tak sempat tanya details sangat kat dia sekarang ni. Kena faham situasi ye.

Hujung bulan Mei hari tu jugak (kalau tak silap), dah berlangsung separuh akhir pencarial CoverGirl Dara.com dan alhamdulillah Lynda dah layak masuk peringkat akhir..dengar kata hari tu dia sampaikan sajak untuk ayah, huyooooo!! tak sangka ko pandai bersajak :P Bukan yang ni aku nak cerita tapi nak cerita pasal video kat bawah ni jom!


PERRGGHHH video ni buat kitorang semua ni yang dah lama kenal dia makan hati beb! HAHA .. untunglaaa ko Lynda dah dapat 'drive' kereta mewah tu HAHA. Ni video apa ek? okay baca kat bawah ni yang aku copy dari description pasal video ni:

"Kami percaya mesti ramai yang teringin mempunyai brand fashion sendiri yang mantap. Kami pun masih lagi belajar dan mengambil pengalaman daripada Usahawanita yang sangat berjaya dalam dunia fashion tanahair. Mari meramaikan KARNIVAL HIJABISTA pada 1 JULY 2012 di Grand Dorsett, Subang. Kita ada line up yang hebat untuk berkongsi dengan anda seperti Hajaba, Pearl Haya, Saraya Zahret, Rina Salleh, Radiusite , Allya Mysara, Farah Diana Anuar (Farah AF2), Najjah Muslimah dan ramai lagi!!! Datanglah dan timba ilmu dari pemilik busana muslimah ini. Tiket dijual pada kadar RM200 sahaja untuk Talk sepanjang satu hari. Fashion show dari jenama hebat ini juga tidak ketinggalan dan Soft Launch Majalah HIJABISTA! CEPAT!!! TIKET MASIH ADA LAGI DAN SUDAH BANYAK DIJUAL!!! Karnival Hijabista ini dibawakan kepada anda oleh AMAED."

Ni ada lagi satu video promo untuk Drama Takdir Kismah yang akan disiarkan di TV3 bulan Julai 2012 ni dalam slot Azalea. 


Klik link ni kalau nak tengok gambar sekitar majlis doa selamat pelancaran drama tersebut:  

Okay tu je aku nak cakap setakat ni. Aku ucapkan GOOD LUCK!~~ untuk ko Lynda..aku tumpang suka kehkehkehkeh, sapa yang tak bangga bila kawan sendiri mencipta nama kat dunia glamour kan, sebab dulu die selekeh-selekeh dengan kita tup tup dalam tv namkap cantik *cair seyh! HAHA okbai! 



Majlis Perkahwinan Dayah dan En. Suami

| Friday, 22 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Musim cuti sekolah hari tu dipenuhi dengan musim mengawan bak kata Aslann As! >_< atau secara sopannya ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga a.k.a membina masjid yang sangat indah. Kenapa kena tunggu musim cuti sekolah? sebab dah memang tradisi orang kita kan, lagipun kalau cuti sekolah ni semua boleh bagi komitmen termasuk mereka yang bersekolah HOHO

Hari tu Ahad 11 Jun 2012 di Felda Adela, Kota Tinggi aku join family pengantin pergi ke majlis bertandang (hantar pengantin laa..) kat sana. Lama tak join aktiviti tradisi macam ni, sesekali join rasa seronok sangta sebab time ni la nak tengok muke-muke sedara yang dah lama tak nampak :P
Datin tukang bawak bunga telor~~ telor ayam biasa ye bukan telor pindang >_<

Sampai je terus kena pegi rumah pengantin, makan dulu. Aku dah pelik sebab sanding jam 2 petang dan kitorang sampai jam 12 tengahari. Rasa macam kurang seri bila tuan rumah suruh datang untuk makan, maklumlah kami ni dari jauh datang. Tapi apa salahnya kalau bagi makan kuih, or yang ringan-ringan je, tak payah datang rumah pengantin dulu. Sebab sense of surprise akan kurang nanti, serius HAHA..lepas makan turun balik ke rumah tumpangan/ rumah jiran rehat sambil tidur..weeee



Ready untuk berarak tanpa team kompang sebab diorang lambat sangat.Tak pasal-pasal abang aku jadi pengapit time ni kena pegang payung jerr :P HAHA

Sebahagian daripada rombongan pengantin dari Seri Medan, Batu Pahat termasuk aku >_<

Jalan di tengah panas sambil pakai baju tebal-tebal tanpa paluan kompang, hurmmm...tapi tetap meriah! >_<

Tiba-tiba aku pulak jadi bidan terjun sebagai pengapit time bersanding kat sini, it's my first time ok! Sangat tak suka tapi kena juga terima tugas ini sebab dah tak ada calon lain, tugas abang aku tadi sampai pintu jerr lepas tu aku pulak yang kena. So peringatan kepada para pengantin, sila siapkan pengapit anda awal-awal untuk kedua-dual belah majlis >_<

Orang kata kalau jadi pengapit ni lepas turn pengantin eh? HOHO tu orang kata la kan tapi jodoh kita bukan orang lain tentukan :P HAHA sorry derr sampai sekarang aku belum berkemampuan lagi ok >_<

Lupa nak cakap: yang kahwin ni sebenarnya anak buah aku (tapi bukan anak buah betul).. Anak kepada kakak sedara aku yang kahwin, umur baru 21..kalau dah rezeki & jodoh, apa pun boleh jadi kan, yang penting konfident dan dapat restu keluarga. Kalau ikut pemerhatian aku, perempuan ni lebih cepat kahwin daripada lelaki sebab kebanyakan lelaki yang diorang kahwini tu dah cukup mampu! HOHO

Cantik..bunga kat atas tu :P

Mencari sesuatu yang istimewa kat meja makan yang ni, bolehlaaaa ..jumpa la jugak tapi aku banyak melantak bubur kacang sebab bubur tu lagi sedap daripada nasik >_< Ada orang tu cari udang, tapi aku tak dapat join HAHA

Jajan untuk kami, tetamu yang jauh dari Seri Medan. Eh jauh tau dari Seri Medan nak ke Kota Tinggi, kira macam kitorang ni kena membelah banjaran titiwangsa yang tak berapa nak tinggi sangat dah HAHA

Statement pakcik si Dayah ni: MOMOK! hhahhaha pelik sebab mak andam tu letak eye shadow ek namenye yang warna putih berkilat ..die letak kat tepi hidung tu yang dekat mata..kalau tengok dekat-dekat memang putih giilerrr tapi dalam gambar tak nampak :P

Ni gambar last, gambar majlis sebelah pengantin perempuan. Kitorang tak sempat nak tangkap gambar dengan pengantin sebab diorang dah lari buat outdoor kat Taman Botani! HOHO

VIDEO KLIP Untuk Dia SMART!! lirik yang senang faham..

| Thursday, 21 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Mesti korang dah tengok dan dengar lagu Untuk Dia nyanyian Sleeq & Najwa Latif ni kan? Aku bukan nak review sangat tapi just nak share je video yang best nih! 


Kenapa Najwa Latif comel? sebab dia pakai tudung yang cantik tu dan memang dah die comel pun sebenarnya HAHA tapi kan bila die gerakkan jari-jari dia yang comel-comel jugak tu kan, teringat kat anak buah aku yang umurnya baru 2 tahun..haha comel seyh! >_<


Sebenarnya aku suka susunan muzik lagu ni sebab sedap disengar walaupun aku tak hafal liriknya lagi tapi sesuailah kalau untuk buat joget/menari! Walaupun banyak part yang 'cakap-cakap' (rap ek?) tapi sebutannya jelas dan faham apa yang disampaikan dalam lagu tu >_< Itu je aku nak cakap, yang penting lagu ni best!


SELAMAT 'ENJOY' DENGAN VIDEO KLIP TU..anda bagaimana? okay ke tak video klip lagu ni? kalau sudi nak kongsi pendapat, sila tinggalkan nukilan ada dala mruang komen.



MASALAH! antara Neelofa dengan Anzalna, korang suka mane satu?

| Tuesday, 19 June 2012
Neelofa dengan Anzalna tengah ada masalah yang mana hampir 1 Malaysia tau benda ni, mana taknya muka depan paper kebanyakannya siarkan cerita pasal diorang ni...Eh lupa! Assalamualaikum kawan-kawan...dot..dot..dot..

Kenapa aku suka Neelofa? 
Ada pakej seorang wanita yang lengkap tapi tak tutup aurat lagi, calon nombor 13 kot ni, KIV dulu..Ramai yang suka Neelofa antaranya si Aslann As ngan En Ben a.k.a Helmy Nur Firdaus tu..tapi cakap je lebih diorang ni, habuk pun aku tak nampak lagi.. XOXO

Kenapa aku sula Anzalna?
Sebab nama dia unik dan menarik, rambut dia aku suka tapi yang bahagian tepi je la..XOXO lagi..

Kenapa aku tak sua dua-dua? Sebab diorang ni seksi sangat, berani betul aku keluarkan statement ni HAHA kang kena gam dengan peminat diorang ni nanti! Aku tak suka sebab diorang ni gaduh a.k.a 'bercekerama' sampai 1 Malaysia tau, Najib sangat kan!

*mengarut je entri nih! Abaikan la weyh..tengah cari mood nak tulis entri baru..


Kisah DUA orang BLOGGER dalam akhbar Kosmo! Ahad

| Monday, 18 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Semalam (AHAD); pagi-pagi dah bukak twitter dan terjumpa twit pasal Eyestudio Photography; studio milik Aizul Marcello tu masuk Kosmo! Ahad. Sempat jugak pagi tu pegi beli dan belek-belek sambil baca benda yang menarik. Untuk pengetahuan korang, bukan seorang blogger je yang masuk tapi ada lagi sorang yang dah lama femes! Ben Ashaari >_<

Interior Design Eyestudio macam butik fesyen dan pameran barangan antik? hurmm.. ye la kot sebab tiap bulan diorang ni akan tukar rekabentuk dalaman diorang. Time aku datang bulan 5 hari tu takde la pulak patung pakai gaun cantik tu..sekarang dah lain beb! Tapi eksklusif tetap eksklusif. Klik sini kalau korang nak tengok sesi fotografi kau kat eyestudio: Hari Istiadat Konvokesyen UiTM ke 76 dan Photoshoot di Eyestudio Photography.

Tuu..tengok tu! 'ujar PENGARAH KREATIF Eyestudio, Aizul Marcello (KOSMO ni tertinggal huruf L! nak kena saman nih :P) apa pun yang best sebenarnya bila dengar perkataan PENGARAH KREATIF tu, dalam usia 25 tahun dah ada studio sendiri HOHO HEBAT!!!!

Phewww makin banyak barangan antik kat studio ni, bulan 5 hari tu aku datang just ada beberapa beg warna coklat kat tepi kerusi pink yang smart tu >_< Rasa macam nostalgia sangat aku tengok dalam gambar ni :)

Ok now, korang boleh serbu studio tu based pada alamat yang diberi tu.tak susah pun cari, kalau korang dah sampai Laman Seri Business Park tu just cari Ambank je then ada tangga di antara Ambank ngan restoran tu korang naik tingkat 2 kot, tengok kat directory tu ada HEHE *tukang promote :P

Sebenarnya ada kekurangan sikit la artikel kat Kosmo ni sebab tak ada gambar warga/staf Eyestudio Photography..kalau ada kan lebih meriah dan lagi 'hidup' gambar dalam paper ni dan kalau nak tambah lagi cantik artikel tu kan, letak gambar aku yang shoot hari tu! okbai! :P
___________________________________________________________________________________

Okay ni lagi seorang blogger otai, Ben Ashaari cerita pasal suri rumah lelaki. Minggu lepas dah keluar kat Nona TV3 dan waktu mengundang banyak persoalan di kalangan saudara mara aku (time tu tengah lepak kat rumah sebelum mengarak pengantin). Antara pernyataan diorang: Laki ni tak keje ke? eeeiii kan haram tu! .. lain kali kalau tak tau cerita, jangan keluarkan kenyataan bukan-bukan ye. Kalau TV tu tengah bercakap, korang jangan bercakap jugak :P

Sape-sape yang dah baca dan dah tengok NONA minggu lepas mesti tau apa yang dibincangkan dalam artikel ini. Sebenarnya kan, lebih seronok duduk rumah, buat kerja sendiri dan syok sendiri. Tau-tau je duit masyuukkkkk!! Kalau korang memang otak business dan excited dalam business online bolehlah jadi macam Ben Ashaari tu. Cuti raya bukan takat seminggu je, sebulan full korang boleh cuti HAHA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean