header

header
hairie

KISAH KONVO 76 Bahagian 7 : PHOTOSHOOT di Eyestudio Photography

| Saturday, 9 June 2012

Assalamualaikum kawan-kawan...
Kembali menulis di hujung minggu yang sejuk ni sebab malam tadi hujan sejak aku dalam bas lagi. Okay, hari ni nak cerita pasal konvo lagi walaupun konvo dah sebulan berlalu tapi masih terasa auranya sebab gambar konvo dari Eyestudio Photography tu baru sampai hari Khamis semalam 7 Jun 2012, tak tau kenapa lewat sangat tapi mungkin ada kelewatan yang disebabkan oleh Pos Malaysia, tapi tak apa yang penting selamat sampai rumah >_<

GAMBAR sebelah, dalam pakej cakap dapat 2 je borderless frame ni tapi Aizul bagi 1 FREE kat aku, maknanya ada 3, alhamdulillah TERIMA KASIH Eyestudio! *suka tahap gaban nih!

Hasil gambar? Aku tabik spring toink! toink! la kat diorang sebab berjaya 'menyegarkan' muka aku yang agak penat sewaktu photoshoot tu weyh! Malam sebelum konvo tu tidur lewat sikit sebab baru sampai dari JB ngan abang aku ambik kereta/MPV sewa then pagi-pagi jam 6am lepas subuh gerak pegi Shah Alam. Sampai jam 9.45am kat Seksyen 13 terus shoot! Penat tapi puas hati dengan hasil gambar diorang nih! 


Mula-mula agak kekok nak pose sorang-sorang depan kamera. Aku jenis yang kena diberi arahan baru boleh buat, kalau nk pose sendiri tunggu beberapa minit, lambat panas :P


Aku nak share dengan korang beberapa foto terbaik hasil air tangan geng Eyestudio Photography dan juga foto sekitar aku berada di studio tersebut hari tu. Korang boleh klik link bawah ni kalau nak tengok gambar sepanjang istiadat konvo aku dan juga beberapa gambar semasa di studio:


Gambar yang ada wording siap logo UiTM tu telah di'edit' dengan secara profesionalnya oleh Aizul dan yang tak edit cantik tu dari gambar original yang segar dari kamera.
 
Paling suka gambar ni sebab semua orang ada termasuk yang dalam perut tu >_< 

Gambar sebelum edit! Belakang tu nampak segala ekon bagai tu tapi bila dah touch up, jadilah putih suci cantik bersih smart! Itulah kuasa teknologi dan juga kreativiti otak manusia, GREAT JOB GENG!!

Susah nak buang puting kat mulut Zikri tu! Tak kisahlah yang penting dia tengok kamera >_<

3 beradik, semua lelaki..cucu sorang tu pun lelaki >_< Gambar ni kalau aku masuk dalam borderless frame pun okay jugak kan, nantilah aku nak request kat diorang.

Di sebalik tabir; Tengah susun kaki nak masuk kamera >_<

Menggila tak kira usia yang penting konfident! Bayangkan betapa susahnya nak ambik mood macam ni sebab bergabung dengan banyak umur dari yang baby sampailah dah tua-tua. Aku tak de hal, tak kisah sampai nganga sebesar mulut buaya yang penting gambar ada.


Mata semua lebih kurang ek? HAHA ni mata penat sebenarnya walaupun belum masuk dewan lagi >_< Penat dalam kereta & penat pose!

































 
Barisan lelaki dalam keluarga >_< Gambar tetap cantik walaupun budak kecik tu hisap poteng :P

Kerusi pink tu nampak smart! Sebab tu kitorang sanggup angkat kerusi tu dari ruang tamu studio ni HAHA..

HAHA Gambar ni kan, belum panas lagi sebab tu nampak tegak je, muka pun 
macam nak tak nak je. 

Mana tangan sebelah aku pegi weyh?!




The smart pink! lagi smart bila kitorang bertiga duduk kat kerusi tu..kan...kan...kan...


Orang semua tunjuk 'peace' cuma Zikri je yang tak buat HAHA tak pela, budak kecik kan.

Kenapa GOOD? sebab aku dah habis study & lagi satu sebab semua orang ada time aku konvo >_< soooooo gooooooodddddddd ....

Lepas ni Zikri pulak naik pentas! >_< tapi tak boleh pakai poteng tau..

Yang ni eyestudio yang edit, aku just tambah tulisan tu je >_< Nampak tak, sinaran matahari tu? itulah identiti Eyestudio..hoho

Okay ni perenggan terakhir (memang aku suka buat entri panjang), aku nak buat penghargaan kepada Eyestudio Photography sebab beri layanan yang baik di email & telefon walaupun aku banyak tanya tapi diorang coll je jawab. Lagi satu kepada kakak-kakak (kakak ek?) yang shoot aku dan keluarga hari tu (yang sorang kalau tak silap adik En Dzarul Hardy Azwar kan?) sebab korbankan hujung minggu diorang, takpe kan? HEHE. Pasal gambar, segalanya aku sangat berpuas hati especially yang borderless frame tu, WOW! bila tengok gambar family tu rasa sangat excited sambil nak lompat-lompat! SMART SANGAT!!!!! jujurnya, aku gembira dengan hasil kerja Eyestudio Photography sebab dah berjaya merakamkan kenangan indah aku dengan keluarga! Lepas ni insyaallah kalau ada rezeki aku nak berurusan lagi dengan Eyestudio hehe..ade laaaa >_<

4 Readers:

{ ~emi~ } at: 10 June 2012 at 03:27 said...

Macam best je photoshoot dgn Eyestudio..Hihi. Selalu jugak bukak blog si Aizul Marcello tuh. mmg cantek2 gambar

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 12 June 2012 at 12:54 said...

as aspected...cntik gilooss..

{ hafiz hafizol } at: 15 June 2012 at 11:03 said...

hamboi.. sakan nampak posing. Haha. ngan bapak n mak ang sekali sporting noo !!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 16 June 2012 at 00:14 said...

Emi: yup! memg best...wlaupun bukn Aizul yg tngkpkn gmbo, tp hasil tetp MANTAP! ..disebabkn blog tu la aku merancang nak shooot kt sini hr tu huhu

AFA: YUP!! klaulah aku dpt buat outdoor, lagi mantop hewhewhew

HH: haha bukn slalu dpt moment mcm ni, so smua kne bg komitmen hahahaha..WAJIB!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean