header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Afiqah Mahat dan Fareez

| Sunday, 3 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hujung minggu yang agak sibuk ni aku nak kongsi dengan korang tentang majlis perkahwinan bekas rakan sekelas aku sewaktu Tingkatan 4 dan 5 di SMK Penghulu Saad. Alhamdulillah semalam (2 Jun 2012) majlis tu selamat berlangsung. Lama dah tak hadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan-kawan. Dah la hujung tahun lepas banyak invitation yang aku terpaksa tak dapat hadir atas sebab: masa tu tengah final semester kat UiTM dan waktu tu tengah cuti sekolah, memanglah musim makan nasi minyak.
Ni geng terawal yang sampai sambil menunggu kawan-kawan yang lain. Dari kiri Aliff Jumiran (Guru), Hastinaton (Assistant Researcher, bakal sambung Master), Maisarah (Pegawai Farmasi), Lann (Blogger#retis & staf QC Lab Analyst), Zabir (Staf TM) dan aku sendiri (Arkitek Landskap). Alhamdulillah, sekarang ni kami selesa dengan dunia masing-masing.

Aku tak bawak hadiah pun untuk wedding Ika sebab tak sempat nak prepare hadiah untuk wedding dia laa..tapi wedding sedara sendiri nasib baik sempat carik. Tak apa, yang penting aku dapat datang majlis beliau setelah banyak majlis yang aku terlepas dengan secara sengaja sebelum ni ye >_< Bungkusan Merah tu dari Tina, yang hijau tu dari Lann dan yang bawah tu Mai punya. Besaq sampai tak mampu nak bawak!

Agak-agak apa jadi ek aku post gambar ni? HAHA sementara menunggu geng, ambik aura dari blogger femes nih; nama pendeknya kitorang panggil Lann atau kalau ikut bahasa Alif, kita panggil Lann NYEPO! Maksudnya hanya Alif je yang tahu :P Semua dah kenal Lann kan? Kalau belum meh singgah sini: http://www.aslannas.com/

Sampai je terus pegi depan pintu sebab Lann nak bagi hadiah, alang-alang tu kitorang join sekali lepas tu baru pegi makan. Lapar seyh! Tengahari tak makan..


Makan sampai kenyang sambil sembang/mengata/mengumpat/kenakan orang/berkenalan/cerita pasal kerjaya masing-masing. Tiba-tiba Sally (kakitangan Bank) muncul dan kebetulan tema warna baju sama dengan Lann..haaa, korang janji dalam senyap ye >_<

Ni lagi seorang Cikgu yang ngajar dekat ngan office aku! Cikgu Shahril..kalau si Aizat (Guru) tak cakap yang dia kat sana, aku takkan jumpa kot >_<

HAHA sejak body dah cantik ni kan, Jemik (staf MPOB) makin ramai peminat termasuk kawan kitorang sendiri, laki ngan pempuan HAHA ..yang perempuan siap suruh tanya mak lagi HAHA


Atas jemputan pengantin yang ajak kami (lelaki) naik rumah untuk bergambar, kami pun dengan hati kering sambil tersipu-sipu naik jela rumah tu asalkan dapat bergambar. Sebenarnya Nora sepatutnya ada dalam gambar ni tapi tak join pun sesi bergambar ni. Tapi wakil Nora ada, tu yang duduk pakai kemeja krim tu HEHE (lepas ni turn korang pulak :P)

Hantaran serba hijau dari pihak lelaki termasuk sebijik kereta Lexus (tak ingat apa nama kereta tu) yang siap ikat reben kat padang sekolah tu.

Dah macam rupa reunion kelas pulak waktu ni, maklumlah masing-masing ada yang dah lama tak jumpa kan termasuk aku. Inilah masalah kitorang sebenarnya, kalau datang wedding kawan-kawan, mesti lewat balik sebab sembang bukan main lama HAHA


Sempat bersembang kejap dengan geng yang tak masuk dalam gambar pengantin tadi >_<

Intan dah bertunang & lepas ni pun die jugak kot >_<

Tangkap gambar & sambung sembang sampai banyak kali >_<

Cikgu Ejat ni serius sungguh! Eh kau dapat gelaran Cikgu hensem ek kat sane? WOW!!

Tengah jalan ni pun masih bercakap, bercakap dan bercakap selagi mampu.


HAHA sepatutnya dah sampai parking kereta ni terus balik tapi apakan daya masing-masing baru angkut VIOS! so sambung menyembang sampai puas ok! Eh kalau korang perasan kat belakang tu, kereta silver yang ade riben merah hitam tu, itulah kereta pengantin! HOHO


Khas buat peminat Lann! Inilah wajah terbaru beliau setelah dia kata lama tak ada profile picture baru :P


 Geng lama!

Lann dan Mai, masing-masing bertemu setelah beberapa tahun terpisah akibat pihak ketiga #eh! HAHA kenapa Lann terlebih tinggi nih, dan kalau korang nak tau tinggi die sekarang lebih kurang 185cm kalau tak silap, hampir-hampir tinggi Wan kot!

Sembang lagi...sampai 4.30pm, korang, baju awek Faizal tu cantik >_<


HOI!Beriye sungguh, tu la..sape suruh lama sangat bersembang, kan dah dahaga! nasib baik Ika bagi air kotak dalam beg tu >_<

Sepatutnya ni jadi gambar terkahir untuk hari tu tapi disebabkan masih bertenaga untuk bercakap, kitorang pun cakap, cakap dan cakap! :P Lepas penat, singgah Pt Sulong jap, ngeteh; sambung sembang kat sana HAHA

Okay sampai sini saja nuklas panjang aku weyh! Penat nak share semua gambar dalam ni. Untuk pasangan pengantin; Ika & Fareez semoga korang berdua bahagia menikmati malam..eh salah! menikmati bahtera rumahtangga yang baru dibina ni, semoga korang kekal selamanya dan murah rezeki insyaallah! lagi..semoga dikurniakan zuriat yang baik-baik macam korang!

Lagi...lepas ni dah tak boleh berperangai macam kitorang yang masih bujang lagi ni >_< HAHA. Jaga suami baik-baik, bagi layanan First Class antara satu sama lain, barulah romantik @_@

Okay itu je la aku nak cakap, semoga korang menikmati tulisan aku yang panjang ni. Lain kali aku tulis lagi.



4 Readers:

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 3 June 2012 at 10:00 said...

kenal gak laaa si aslan tu..amboiihhh kemain lame gile bersawang kot blog beliau tu..

{ emma } at: 3 June 2012 at 10:27 said...

hahhaahaahaaaa....

{ pandan } at: 6 June 2012 at 15:14 said...

ouhh...org pt sulong rupenya :D

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 16 June 2012 at 00:25 said...

AFA: bersawang tp skali update hamik ko! best kot ayat2 die hahah ..

Emma: hahahahha apesal gelak? :P

Pandan: yup! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean