header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Dayah dan En. Suami

| Friday, 22 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Musim cuti sekolah hari tu dipenuhi dengan musim mengawan bak kata Aslann As! >_< atau secara sopannya ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga a.k.a membina masjid yang sangat indah. Kenapa kena tunggu musim cuti sekolah? sebab dah memang tradisi orang kita kan, lagipun kalau cuti sekolah ni semua boleh bagi komitmen termasuk mereka yang bersekolah HOHO

Hari tu Ahad 11 Jun 2012 di Felda Adela, Kota Tinggi aku join family pengantin pergi ke majlis bertandang (hantar pengantin laa..) kat sana. Lama tak join aktiviti tradisi macam ni, sesekali join rasa seronok sangta sebab time ni la nak tengok muke-muke sedara yang dah lama tak nampak :P
Datin tukang bawak bunga telor~~ telor ayam biasa ye bukan telor pindang >_<

Sampai je terus kena pegi rumah pengantin, makan dulu. Aku dah pelik sebab sanding jam 2 petang dan kitorang sampai jam 12 tengahari. Rasa macam kurang seri bila tuan rumah suruh datang untuk makan, maklumlah kami ni dari jauh datang. Tapi apa salahnya kalau bagi makan kuih, or yang ringan-ringan je, tak payah datang rumah pengantin dulu. Sebab sense of surprise akan kurang nanti, serius HAHA..lepas makan turun balik ke rumah tumpangan/ rumah jiran rehat sambil tidur..weeee



Ready untuk berarak tanpa team kompang sebab diorang lambat sangat.Tak pasal-pasal abang aku jadi pengapit time ni kena pegang payung jerr :P HAHA

Sebahagian daripada rombongan pengantin dari Seri Medan, Batu Pahat termasuk aku >_<

Jalan di tengah panas sambil pakai baju tebal-tebal tanpa paluan kompang, hurmmm...tapi tetap meriah! >_<

Tiba-tiba aku pulak jadi bidan terjun sebagai pengapit time bersanding kat sini, it's my first time ok! Sangat tak suka tapi kena juga terima tugas ini sebab dah tak ada calon lain, tugas abang aku tadi sampai pintu jerr lepas tu aku pulak yang kena. So peringatan kepada para pengantin, sila siapkan pengapit anda awal-awal untuk kedua-dual belah majlis >_<

Orang kata kalau jadi pengapit ni lepas turn pengantin eh? HOHO tu orang kata la kan tapi jodoh kita bukan orang lain tentukan :P HAHA sorry derr sampai sekarang aku belum berkemampuan lagi ok >_<

Lupa nak cakap: yang kahwin ni sebenarnya anak buah aku (tapi bukan anak buah betul).. Anak kepada kakak sedara aku yang kahwin, umur baru 21..kalau dah rezeki & jodoh, apa pun boleh jadi kan, yang penting konfident dan dapat restu keluarga. Kalau ikut pemerhatian aku, perempuan ni lebih cepat kahwin daripada lelaki sebab kebanyakan lelaki yang diorang kahwini tu dah cukup mampu! HOHO

Cantik..bunga kat atas tu :P

Mencari sesuatu yang istimewa kat meja makan yang ni, bolehlaaaa ..jumpa la jugak tapi aku banyak melantak bubur kacang sebab bubur tu lagi sedap daripada nasik >_< Ada orang tu cari udang, tapi aku tak dapat join HAHA

Jajan untuk kami, tetamu yang jauh dari Seri Medan. Eh jauh tau dari Seri Medan nak ke Kota Tinggi, kira macam kitorang ni kena membelah banjaran titiwangsa yang tak berapa nak tinggi sangat dah HAHA

Statement pakcik si Dayah ni: MOMOK! hhahhaha pelik sebab mak andam tu letak eye shadow ek namenye yang warna putih berkilat ..die letak kat tepi hidung tu yang dekat mata..kalau tengok dekat-dekat memang putih giilerrr tapi dalam gambar tak nampak :P

Ni gambar last, gambar majlis sebelah pengantin perempuan. Kitorang tak sempat nak tangkap gambar dengan pengantin sebab diorang dah lari buat outdoor kat Taman Botani! HOHO

3 Readers:

{ Waalid5035 ™ } at: 22 June 2012 at 16:44 said...

meriah...^_^
datang folo sini..
salam perknalan

{ ATHRHB } at: 23 June 2012 at 12:54 said...

biasalah tu make up tebal2 sampai putih gila, nak nampak cantik dalam gambar.. wedding seumur hidup sekali .. nagi la peluang nak melaram. haha

http://sitinurathirahbahrum.blogspot.com/

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 23 June 2012 at 15:24 said...

Waalid: meriah dgn color je tp xmeriah sbb xde kompang :(

ATHRHB: haha melaram ek? ok la dibenarkn hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean