header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Zaki dan Najma

| Sunday, 17 June 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Minggu lepas, hujung minggu terakhir cuti sekolah telah berlangsung majlis perkahwinan kawan sekelas zaman sekolah menengah dulu kat SMK Penghulu Saad dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Lepas SPM terus tak jumpa sebab masing-masing ada haluan sendiri dan waktu tu Zaki sambung belajar kat Politeknik Pasir Gudang kalau tak silap. Lepas tu jumpa kat Facebook je HEHE

Tup-tup hari tu dapat jemputan kat FB walaupun tak pakai kad..yang menariknya, aku dapat jemputan lepas dia nikah wooo! Kira agak senyap jugak die buat majlis ni sebab ramai kawan sekelas yang tak tau HOHO dan before tu pun tak ada desas desus yang mengatakan Zaki nak kawin :P

Ni gambar curik kat FB Zaki sebab aku langsung tak ada tangkap gambar dengan pengantin sebab pengantin busy nak potong kek & lain-lain hal lagi hehehe..Takpe, yang penting aku dapat salam ko Zaki dan jumpa member lama yang dah lama tak jumpa >_<

Muka yang hampir sama ketika majlis Ika hari tu tapi ada pertambahan ye HAHA.. Kitorang ni kalau duduk kat meja ni setengah hari pun boleh je tapi disebabkan ada perasaan consider terhadap tetamu, kitorang terpaksa angkat punggung HAHA

Ni kira macam reunon jugak la cuma tak dapat nak tangkap gambar ramai-ramai. Apa yang dibincangkan kalau duduk lama-lama? sembang apa yang patut laa dari personal sampailah kerjaya >_< faham-faham la ye kalau dah lama tak jumpa..



Akhirnya aku jumpa pasangan pengantin baru ni yang mana hujung tahun lepas aku tak dapat datang sebab tengah final semester & sedang bertarung dengan final projek bagai tuh! :P Meh baca entri ni untuk beliau: http://www.mohdkhairi.com/2011/09/dia-dah-bergelar-isteri-orang-tahniah.html

Ecah sekarang ni dah mengandung 6 bulan, lepas raya jangkaannya. Dengan mudah ayat die suke-suke hati suruh aku kawin cepat sebab nanti anak die tak ada teman nak main :P HAHHA aku ni lelaki kenatunggu betul-betul mampu baru boleh sentuh anak dara orang. 



Nasi makan sekali je, yang bertambah bubur tu la HAHA dah penuh 1 meja ngan makanan kitorang je..kalau hari tu kat rumah Ika sampai 4.30pm tapi kali ni aku tak boleh lama, ada hal penting >_<

Untuk Zaki, selamat pengantin baru semoga kekal sampai selamanyalah..dulu budak ni kurus je tapi sekarang tinggi dah dia ni. Bini die pun comel je aku tengok HOHO

Tetiba teringat zaman sekolah dulu ngan ko, berebut dengan someone nak duduk sebelah aku.. mentang-mentang aku duduk belakang sekali kan HAHA

Sorry tak dapat bergambar dengan kau dan bini ko sebab aku tak dapat stay lama, yang penting aku dah salam ko ngan bapak ko cuma bini ko je aku tak salam lagi #eh HAHA

Hadiah tu terimalah seadanya, aku beli ikut kemampuan gaji aku je HAHA okbai!

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean