header

header
hairie

Wordless Wednesday | Di hadapan ALLAH, alasan tu tak sah!

| Wednesday, 25 July 2012
Sumber: Facebook Imam Muda Fattah

Alhamdulillah dah 24 tahun aku mengabdikan diri kat bumi ni~~

| Monday, 23 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Tahun 2012 ni usia aku dah masuk 24 tahun, apa yang aku dapat? Banyak benda yang aku dah lalui dan tak semuanya manis, kadangkala pahit yang teramat tapi pahit tu boleh dimaniskan dengan atas usaha kita, buat yang terbaik!

Hey! dah hampir sebulan tarikh birthday aku berlalu HAHA tapi baru hari ni sempat untuk menulisnya di sini ye sebab ada urusan yang lebih penting perlu didahulukan. 

Biasalah sekarang ni dunia aku dah tak sama macam dunia student dulu, banyak masa nak buat tu buat ni, lepak sana sini, tidur lebih masa dan banyak benda yang boleh dibuat oleh mereka yang single macam aku ni HAHA :P
Ini kad ucapan hari jadi aku yang pertama kali dapat dari rakan-rakan sepejabat, maklumlah ini pertama kali jugak birthday aku dalam alam pekerjaan yang masa sekarang dah hampir 5 bulan, alhamdulillah macam-macam benda aku dah lalui tapi still akan cuba kuatkan semangat untuk terus bekerja sebab nak timba pengalaman sebanyak mungkin sehingga ke 1 tahap suatu hari nanti.

Dan juga kenangan manis pada penghujung usia 23 tahun, aku dah habis belajar & terus masuk ke alam kerjaya yang aku cuba adaptasi sekarang >_< Tu je kot nak cakap ehehe


One more! kepada rakan-rakan FB, Twitter dan juga SMS serta free call, terima kasih banyak-banyak sebab mendoakan yang terbaik untuk aku, semoga termakbul insyaallah. Juga aku doakan untuk korang semoga kita jadi yang terbaik & buat yang terbaik untuk orang lain. Bangun pagi-pagi tengok wall, ramai yang wish, alhamdulillah! Paling best yang ni: 


Ucapan panjang dari geng Eyestudio Photography! TERIMA KASIH..cuma benda yang diidamkan tu aku tak pasti apa sebab banyak benda yang aku nak HAHA so insyaallah ,kalau benda yang kita nak tu kalau kita buat betul-betul, dapatlah nanti! >_<

Okay dah 24 ni kan, aku tak nak pasang azam sangat just nak jadi yang terbaik dan juga melengkapkan apa yang kurang pada diri sendiri dan yang paling penting aku nak tambahkan pahala & kurangkan dosa, semoga syaitan gagal menghasut aku dan semoga Allah terima segala amalan baik aku, insyaallah aminn...


Segmen : Saya nak Kad Raya dari YUYU

| Sunday, 22 July 2012
Syarat pon tak susah... Korang just buat entry, letak banner gedabak kat atas ni.. then, cakap saya nak kad raya dari yuyu!! Paste kan link anda kat komen bawah tu k.. Itu jek.. Senang kan.. Tak yah follow and like..



TAHNIAH!! Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam menang pingat emas di NRIC 2012

|
Assalamualaikum kawan-kawan...
TAHNIAH!! diucapkan kepada kontinjen dari Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam kerana telah memenangi beberapa pingat dalam Novel Research and Innovation Competition (NRIC 2012) di USM Pulau Pinang.

 
"A bronze , a silver and two golds for team landscape architecture at NRIC 2012. Complete! Alhamdulillah." (Fahteen Shafari, 2012)    
                            
Pihak Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam hantar 4 penyertaan di mana melibatkan 4 kertas kerja projek akhir daripada pelajar semester 08 dan mereka ni bertanding di bawah kategori Social Transform and Creative Art. Kalau tak silap, NRIC ni kan lebih kepada komuniti maksudnya rekabentuk yang dicipta/diwujudkan untuk manfaat komuniti.

So mereka yang terpilih untuk mewakili Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam adalah: 
Noryanti Mohd Nasir - Pingat Emas
Nur Rinie Rapian - Pingat Emas
Ameera Sazali - Pingat Perak
Siti Nur Farah Md Anuar - Pingat Gangsa

Secara tak langsung kan, nama Jabatan Senibina Landskap yang selama ni banyak diperlekehkan oleh beberapa individu yang kurang jelas tentang kepentingan senibina landskap tu dah boleh bukak mata diorang ni! Kitorang ni pun mampu cipta nama setanding dengan kursus lain yang lebih eksklusif katenyerr laaa HAHA.

Ameera Sazali a.k.a Cik Mira Idora bersama pembantunya Kak Jue, setiap orang kena cari 2 orang pembantu & secara automatik, diorang pun dapat la aura pingat tu walaupun sekadar membantu, tapi penat woooo..........

Ini geng yang menang pingat Emas! Yanti bersama Fahteen Shafari & Shifa. Rezeki kau Yanti! walaupun kau recycle balik projek sebelum ni (Kampung Solok Paya Lebar, Melaka) tapi kau membuktikan yang benda tu bukan biasa walaupun kau buat site kampung! 

 Petikan foto dari laman Facebook kawan-kawan yang join NRIC 2012 nih!

Datin! Tetap maintain hot~~~~ HAHA Tahniah menang pingat Gangsa. Lupakan kisah seram kau tu dengan Datuk, teruskan usaha, dan dah menang dah pun >_< 

Sekali lagi TAHNIAH untuk korang kerana bawak nama Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, dan Universiti Teknologi MARA! Dengar kata NRIC ni ade penyertaan dari negara-negara ASEAN wooww!! Maknanya kita dah berjaya kalahkan diorang la >_<




 


ISTIMEWA RAMADHAN SYAWAL 1433 HIJRAH: Kad Raya Untuk Anda!

|
Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat berpuasa dan selamat beramal di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. 

Okay, malas nak panjangkan cerita, terus kepada tajuk kat atas tu KAD RAYA UNTUK ANDA. Tahun ni alhamdulilah ada peluang untuk edarkan kad raya kepada peminat~~~ yeakks!!! kepada kawan-kawan laa. Korang mesti suka je kan kalau ada orang nak bagi kad raya, so inilah peluang untuk korang tambah koleksi kat dinding rumah korang HEE

 Nak tunjuk sebahagian dalam proses >_<

Okay caranya senang je, dah bace entri ni kan? lepas tu anda hanya perlu berikan NAMA PENUH dan juga ALAMAT SURAT MENYURAT anda ke:

mohdkhairikhadzir@yahoo.com

Semudah tu je kawan-kawan. Aku tak tau bila aku nak letak tarikh tutup tapi kalau dah bilangan kad raya dah mencapai maksimum 70 hingga 100 secara automatik akan ditutup. Macam kejam je, hurmmm tapi takpe la kita tengok nanti, konsepnya SAPE CEPAT DIA DAPAT LA >_<
Jangan cakap "baru 2 hari puasa dah sibuk dengan raya". Korang ingat 3 hari nak raya baru aku nak pos kad raya tu ke? HAHA *logik ye..

Puasa tetap puasa, sama-sama kurangkan dosa & sama-sama tambah pahala. Raya tetap raya jugak, meriah pun tetap meriah sebab orang kata raya ni kita sambut kemenangan, yeayyyyy!!!! >_< ok tu je, selamat berpuasa semua..


Ramadhan 1433 H: semoga amalan diterima, insyaallah

| Friday, 20 July 2012
RAMADHAN, benda paling asas bila cakap pasal Ramadhan adalah mesti kena puasa tapi jangan niat sebab terpaksa tapi niatlah dengan ikhlas sebagai memenuhi tuntutan agama Islam kita ni. Insyaallah akan diredhai allah nanti.

PUASA
Wajib ok untuk mereka yang beragama Islam. Kalau dulu kecik-kecik mak cakap kalau tak puasa tak boleh raya tapi sekarang kau puasa ke tak puasa ke dapat jugak raya kan, tambah lagi dapat duit raya :P
 
TERAWIKH
Setiap malam dalam bulan Ramadhan ni ada kelebihan masing-masing yang mana sangat besar maknanya kalau kita hayati betul-betul. Senang cakaplah kalau kita bace kelebihan-kelebihan solat terawikh  sepanjang bulan puasa, mesti kita berlumba-lumba nak dapatkan kelebihan tu kan! >_<

TAHAN LAPAR & TAHAN NAFSU
Mampu kan? tahan je la daripada korang tambah dosa di bulan Ramadhan ni. Kalau lapar, buat-buat tak lapar dan kalau tak tahan nafsu, kau kena kawal jugak! HAHA 

TIDUR DI SIANG HARI
Ini benda paling faveret dikala cuti semester dan juga hujung minggu. Tidur siang tak bermaksud tidur sepanjang hari tapi kalau aku, aku tidur lepas zohor. Kalau tahun lepas tidur bergilir dengan bapak aku sambil tunggu dodol HOHO. Tahun ni hujung minggu je aku dapat tidur siang, maklumlah dah kerja tak sama macam zaman student dulu >_<

Walaupun makruh tapi demi mengelakkan dari mengantuk sangat sewaktu solat terawikh dan juga mengurangkan aktiviti lidah, aku tetap nak tidur juga. Lagipun bukannya sepanjang hari.


Okay, itu just apa yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni mengenai bulan Ramadhan. So kalau aku silap ayat, sila bagitaw & tolong bagitaw. Aku tulis ikut apa yang hati aku rasa dan apa yang kepala aku fikir >_< TAPI aku harap Ramadhan aku sebelum ni, tahun ni dan juga seterusnya akan jadi macam dalam lagu ni, hayati liriknya:

Okay, untuk para pembaca blog ini salam Ramadhan dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai umat Islam. Nak masuk syurga kan? banyakkan amalam baik, sama-sama tambah pahala insyaallah...

AZREEN WAHID, sorang lagi dah kena IKAT!~~

| Thursday, 19 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Ni just nak share kawan aku sorang merangkap jiran aku masa sama-sama dok kat studio 08 dulu dah selamat bertunang. Alhamdulillah, dah kena ikat, dah tak boleh nak menggedik dengan aku :P

Senang je jadi pempuan, tuo2 si lelaki dah ready nak hantar rombongan, lebih-lebih lagi bila laki tu dah keje, confirm! ko goyang kaki je duit masuk HAHA yang penting ko kena pandai layan laki, kalau tak memang kau cari pasal la kan, Eh! ni bukan aku ngata pasal kau tau Azreen Wahid! ~~ peringatan untuk diri sendiri dan semua hehe..


Eh laki kau ke yang sarung cincin tu? bukan bakal mak mertua ko? hurmm HAHA Gambar ni dicuri dari wall FB Ayen, milik orang lain HAHA suke ati je kan!

Hawa sampai Ipoh dah! Gile meronda ko!! sebab hari tu Khamis kot dia kate nak turun JB then masuk Singapore. Tup2 dia dah kat Ipoh, hamboiiii tabah betul ko HAHA pssst! something pasal Hawa, dia dah pakai balik tudung bawal la..selalu tak pakai sangat hehe >_<

Ok dah, last perenggan untuk ko: semoga semuanya selamat sebab orang kata bila dah tunang ni macam-macam benda boleh berlaku tapi doalah mintak dijauhkan semua tu, yang penting terus menggedik dengan Shafiq macam masa ko kapel dulu; everytime bergayut siap selit kat tudung lagi. Semoga nanti masa kau nak AKAD, aku dapat kad jemputan. KAD ok! :P dan lagi 1 harap-harap gambar atas ni tak cetuskan kontroversi taw, atas nama kawan sahaja! >_<



Wordless Wednesday | Hitam Putih tu comel tak?

| Wednesday, 18 July 2012
Sumber: Facebook Tang Tuck Hong

LYNDA ROSLAN di Eyestudio Photography

| Monday, 16 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Lynda, Lynda dan Lynda. Tak habis-habis pasal Lynda Roslan nih! dia dah jadi makin HOT seyh! maksudnya rezeki beliau dah makin bertambah-tambah la dalam dunia peragaan terutamanya dan juga dunia lakonan.

Entri ni just nak share beda baru dan juga atas perasaan 'jelous' pasal gambar-gambar cantik Lynda kat Eyestudio Photography tu! *pengsan tengok gambar smart!~~tu beb..

Semuanya atas urusan Photoshoot Hijab with RADIUSITE! di Eyestudio Photography, Seksyen 13 Shah Alam. Macam biasalah, aku memang suka hasil tangan orang-orang dalam Eyestudio Photography tu sebab diorang ni kreatif! Gambar biasa tapi hasilnya cukup dramatik!

Ok, kat bawah ni beberapa gambar yang aku ambil dengan kebenaran rasmi daripada pemilik blog Aizul Marcello.com merangkap pemilik Eyestudio Photography tu. Korang ingat senang-senang ke nak main ambik hasil tangan orang lain? Kalau dia bagi je baru kita boleh ambik lagi-lagi dari jurufoto professional macam Aizul ni. Jom layan gambar si cantik sorang nih!:

Ahaa ini kalau tak silap dari Eyestudio jugak tapi aku ambik dari Radiusite! HEHE aku suka style gambar ni.

Tudung zaman sekarang. Macam mana tudung bawal boleh berubah sampai jadi macam ni? kalau tak silap kan fesyen tudung kita berubah dengan drastik lepas kewujudan sinetron indon tu; Ibu Arini kot la! lepas tu keluarlah jenama Ariani dan kemudian macam-macam dah! ni dari apa yang aku nampak la, tak tau betul ke tak >_< *menarik minat artis untuk bertudung a.k.a menutup aurat.

Aku tak tau apa nama tudung ni tapi ni antara yang aku minat sebab ada batu-batu kat atas tu HAHA kat Batu Pahat dah sampai la tudung ni sebab dah ada orang pakai masa aku nak beli kerepek HAHA *motif la ayat aku ni.



HAHA makin hebat budak ni aku tengok, dulu lain sekarang dah makin lain; makin hebat! >_

"Modelnyer pulak..errr...errr..err...dup dap dup dap time ko shoot..time nak ngedit lagi la..tak lalu makan..mandi tak kenyang, tdo tak basah ( har har har..tdo tak basah..) pendek kata..err speeceles..har har har..tq jugak sbb sudi bg pose yang errrr...ok fine speeceless lagi.." (Aizul Marcello, Julai 2012)

Kan..photoghrapher sendiri pun berdebar tengok model sorang nih! orang kata she's gifted & cuma perlu gunakan anugerah tu sebaiknya >_<

<-- dah banyak kali aku letak gambar ni dalam blog, HAHA biarlah sebab aku suka gamabr ni :P Untuk Lynda Roslan, good luck ye! jangan sombong-sombong dengan aku lepas ni, nanti kawin ko tak dapat hadiah! HAHA

KISAH STUDIO 08 : Presentation Board untuk Projek Akhir

| Sunday, 15 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni nak kongsi dengan korang 1 cerita lama yang dah lama aku nk post tapi belum berkesempatan. Ni kisah pasal presentation board untuk final projek aku dalam final semester yang penuh dugaan :)
Awal tahun ni, aku baru je berjaya habiskan pengajian aku di UiTM dan before tamat tu, kitorang ada final presentation untuk 1 subjek penting; INDEPENDENT LANDSCAPE ARCHITECTURE STUDIO dan TOPICAL STUDY (Thesis) 4 jam kredit ok! cukup besar.

Jadi untuk final presentation, kitorang kena sediakan final board dari peringkat Introduction to topics - inventory & analysis - synthesis - konsep & reka bentuk. Kalau banyak benda nak dicerita dalam board tu, board kena banyak la >_<

Walaupun aku tak berjaya untuk bentangkan final project aku, tapi alhamdulillah aku berjaya siapkan kerja aku dan setakat tu kan boleh dikatakan aku berpuas hati dengan hasil tangan & otak aku :) .

Ini board sewaktu mock up presentation. Baca sini nak tau lebih: http://www.mohdkhairi.com/2011/12/mockup-presentation-studio-08.html . Markah sewaktu mock up presentation ni memang besar jadi kalau boleh buat yang paling baik untuk peringkat ini walaupun banyak tak siap tapi sekurang-kurangnya pensyarah boleh dapat bayangan hasil kita nanti.

Board 1: Introduction to Topic. Tajuk aku untuk final project ni berkaitan dengan kajian pasal local character di Parit Sulong yang penting dalam membentuk identiti sesebuah tempat. Sebab tu tajuknya ENHANCING THE VERNACULAR SETTING OF PARIT SULONG TOWN THROUGH CULTURAL LANDSCAPE DESIGN.

Board 2: Reference Cases..kena cari 2 or 3 tapi aku dapat 3 so 2 dari luar negara dan 1 dalam Malaysia. Agak susah jugak la nak cari lokasi yang berkaitan dengan vernacular character ni tapi kena gigih jugak! >_<

Board 3: Introduction & background of the Site. Cerita pasal sejarah, macam mana tempat tu dapat nama dan juga peristiwa penting serta kawasan kajian kita.

Board 4: Site Inventory & Analysis | Land Use and Activities. Agak penat buat tajuk ni sebab banyak jenis guna tanah kat sini.

Board 5: Site Inventory & Analysis | Patterns of Spatial Organization and Buildings. Ini pun sama hebat jugak, kena banyak buat kajian pasal bangunan dan juga susun atur di kawasan tu. Then, analisis kenapa benda tu macam tu.

Board 6: Site Inventory & Analysis | Patterns of Spatial Organization and Buildings.

Board 7: Site Inventory & Analysis | Circulation Network. Penting untuk nak tahu dari arah mana orang masuk ke dalam kawasan kajian dan impak terhadap kawasan tapak.

Board 8: Site Inventory & Analysis | demographic Profile yang mintak dari Jabatan Perangkaan, Economic Activities yang buat sendiri dan juga Cultural Tradition yang berdasarkan aktiviti masyarakat tempatan.

Board 9: Site Synthesis..kat board ni kita just mention penyelesaian awal bagi segala isu yang timbul sepanjang kajian di tapak. Sebab itu ia dipanggil synthesis dan ini memang kerja Arkitek Landskap iaitu profesion kita ini adalah profesion untuk menyelesaikan masalah di tapak.


Board 10: Ni dah start agak memenatkan sebab dah kena develop konsep & tema untuk rekabentuk di tapak. Kalau nak senang, sediakan konsep yang sangat berkaitan dengan tapak. Maksudnya kalau boleh buat konsep yang berkaitan dengan local characteristics dan sejarah tempat tersebut, lagi mudah..


Board 11: Simple je board ni, just tunjuk apa yang korang nak buat.. Kalau tak tau nak letak apa, buat macam aku tu letak reference images sebagai bayangan awal rekabentuk kita HOHO


Board 12: Markah banyak kat sini sebab tu haa ada Master Plan dan waktu presentation, kita kena kaitkan konsep dengan apa yang kita buat kat tapak, means design kita la beb!


Board 13: Segala perspektif dan juga huraian apa yang kita buat kena cerita, sekali lagi kalau board korang nampak kosong, silalah tambah gambar asal tapak; taktik nak bagi senang pensyarah/panel nampak bayangan apa yang kita buat >_<


Board 14: Kat board ni banyak tunjuk pasal segala sketches yang kita buat dan juga huraian bagi menguatkan lagi konsep tu! Penat je buat konsep tapi tak relate, tak boleh macam tu weyh!


Board 15: Ni nak tunjuk enlargement. Macam mana nak pilih kawasan yang nak dibuat enlargement? Kalau aku, aku pilih kawasan yang sangat berkaitan dengan konsep dan antara kawasan yang paling signifikan. So pilihlah kawasan yang terbaik dan cuba tunjuk kat semua yang kawasan tu sangat signifikan >_<


Board 16: Board terakhir yang tunjuk 1 lagi pelan pembesaran, ini pun ada cerita berkaitan tapak dan juga sejarah pembukaan Parit Sulong HOHO.. 

Okay, kepada korang yang kat luar sana yang bakal menghadapi semester akhir Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian), anda kena sedia dari segi metal fizikal zahir batin semua tu. Lagi 1 kalau korang follow jadual yang lecturer bagi tu sebaik mungkin, insyaallah semuanya okay nanti >_< Aku cakap berdasarkan pengalaman tau EHEHE...sesi berjumpa/berbincang dengan pensyarah dan juga supervisor adalah penting ye, jangan tak jumpa selalu sebab nanti markah & nama korang yang tak okay..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean