header

header
hairie

Alhamdulillah dah 24 tahun aku mengabdikan diri kat bumi ni~~

| Monday, 23 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Tahun 2012 ni usia aku dah masuk 24 tahun, apa yang aku dapat? Banyak benda yang aku dah lalui dan tak semuanya manis, kadangkala pahit yang teramat tapi pahit tu boleh dimaniskan dengan atas usaha kita, buat yang terbaik!

Hey! dah hampir sebulan tarikh birthday aku berlalu HAHA tapi baru hari ni sempat untuk menulisnya di sini ye sebab ada urusan yang lebih penting perlu didahulukan. 

Biasalah sekarang ni dunia aku dah tak sama macam dunia student dulu, banyak masa nak buat tu buat ni, lepak sana sini, tidur lebih masa dan banyak benda yang boleh dibuat oleh mereka yang single macam aku ni HAHA :P
Ini kad ucapan hari jadi aku yang pertama kali dapat dari rakan-rakan sepejabat, maklumlah ini pertama kali jugak birthday aku dalam alam pekerjaan yang masa sekarang dah hampir 5 bulan, alhamdulillah macam-macam benda aku dah lalui tapi still akan cuba kuatkan semangat untuk terus bekerja sebab nak timba pengalaman sebanyak mungkin sehingga ke 1 tahap suatu hari nanti.

Dan juga kenangan manis pada penghujung usia 23 tahun, aku dah habis belajar & terus masuk ke alam kerjaya yang aku cuba adaptasi sekarang >_< Tu je kot nak cakap ehehe


One more! kepada rakan-rakan FB, Twitter dan juga SMS serta free call, terima kasih banyak-banyak sebab mendoakan yang terbaik untuk aku, semoga termakbul insyaallah. Juga aku doakan untuk korang semoga kita jadi yang terbaik & buat yang terbaik untuk orang lain. Bangun pagi-pagi tengok wall, ramai yang wish, alhamdulillah! Paling best yang ni: 


Ucapan panjang dari geng Eyestudio Photography! TERIMA KASIH..cuma benda yang diidamkan tu aku tak pasti apa sebab banyak benda yang aku nak HAHA so insyaallah ,kalau benda yang kita nak tu kalau kita buat betul-betul, dapatlah nanti! >_<

Okay dah 24 ni kan, aku tak nak pasang azam sangat just nak jadi yang terbaik dan juga melengkapkan apa yang kurang pada diri sendiri dan yang paling penting aku nak tambahkan pahala & kurangkan dosa, semoga syaitan gagal menghasut aku dan semoga Allah terima segala amalan baik aku, insyaallah aminn...


5 Readers:

{ blog-tips-kurus } at: 23 July 2012 at 13:41 said...

May Allah bless u.
mudanya lagi... :)

{ Phat } at: 23 July 2012 at 14:14 said...

6 tahun yg lalu kalo aku la

{ :: Mrs.Eady :: } at: 23 July 2012 at 14:44 said...

selamat harijadi dik,semoga Allah SWT terus memberikan kesihatan yg baik utk kamu & semoga apa yg diimpikan akan tercapai,amin ~

{ bukankosong } at: 23 July 2012 at 22:21 said...

apy belated fren

{ tiera_at } at: 3 August 2012 at 13:03 said...

laaa ank pak cik kadir rupenyer... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean