header

header
hairie

Kenduri Arwah & Aqiqah Muhammad Ammar Bin Mohd Hafiz

| Monday, 2 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak share tentang peristiwa manis yang berlaku hari Sabtu malam Ahad semalam, 30 Jun 2012 kat kampung. 21 Jun hari tu, kami menerima kehadiran ahli baru keluarga kitorang, Muhammad Ammar adik kepada Muhammad Zikri bin Mohd Hafiz! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Dan, hari Sabtu semalam setelah lebih kurang 10 hari lahir, kitorang buat majlis aqiqah untuk budak kecik ni! Macam biasa, 2 ekor kambing tumbang sama versi dengan majlis Muhammad Zikri lalu.

Hari ni nak share beberapa gambar (banyak kot!) sekitar majlis tu, ala-ala kampung sebab memang duduk kat kampung >_< 

2 ekor kambing tumbang, entah berapa ekor ayam yang tumbang, aku tak kira :P. Fakta ringkas pasal Aqiqah, kalau bayi lelaki mesti kena pakai 2 ekor dan daging tu mesti dimasak manis, tak kisahlah ko nak remdam dengan air gula ke haha..Kitorang buat masak rendang tapi aku tak makan sebab kenyang mengunyah benda lain dari pagi sampailah ke malam.

 Basuh ayam sambil basuh otak! MAMPU??:P

Scene kat dapur ni paling meriah sebab semuanya perempuan, yang lelaki masak kat luar diorang ni masak kat dalam HOHO korang tengok je la suasana dama gambar ni..





Malam dah menjelma, ready untuk majlis kenduri tahlil plus dengan majlis kesyukuran baby baru >_< Ok guys, aku buat pertama kalinya diberikan peluang untuk pakai lens 50mm, best tapi kekok la nak pakai sebab lens ni takley zoom..so hasilnya gambar yang first pakai lens ni, gambar atas ni la hehe..

Baju dah cantik, songkok dh ok cume kerongsang yang aku beli kat Jln TAR tu dah patah tinggal die punya kepala je ..puting tu tetap ye!

Gambar sebelum kerongsang tu patah :( HAHA

Kuasa lens 50mm, boleh bagi blurr baekk punyaa kat belakang tu HAHA tapi kurang menjadi!Family kitorang ni nama je majlis potong jambul tapi tak potong pun, just kena 'sebol' dalam bahasa jawa, maksudnya lebih kurang macam ni kita bacakan doa dan tiup kat kepala baby tu, tu jer. Jom layan lagi gambar sesi 'menyebol'..

Lepas habis baca tahlil, terus berzanji dan bangun untuk selawat sambil baby dibawa kepada beberapa 'insan terpilih' untuk disebol, itu style kami. Sambil tu, ada beberapa orang lain yang tolong agihkan 'goodie bag' yang ada bunga telor, bunga rampai dan jajan yang kitorang sediakan. Family aku sediakan bunga telur je ok, yang lain-lain tu mertua abang aku yang bagi; orang tak mengantuk disorong bantal..











OK terus tukar lens 200mm aku punya sendiri HAHA baru boleh zoom..zoom :P Makan! Makanlah apa yang ada..disebabkan ramai yang bawak bahan mentah berbentuk sayuran (ayat poyo!) maka terpaksa kitorang mencampur adukkan apa yang patut. 7 lauk tak termasuk kuih, dan juga pencuci mulut >_<








Kali ni macam tak ramai yang datang, selalu bukan main melimpah sampai dapur HAHA


Keluarga mertua abang aku >_<

Ini pakai lens 50mm tadi, tak dapat fokus 
kat subjek! lari tempat lain..grr..grrr

Kemas-kemas sambil telan apa yang patut HAHA

Orang kuat masjid! :P 

Tarik sampai pengsan! HAHA

Slumberrr!! pose kejap ye..nanti aku kemas :P

A complete set of gambar konvo! HAHA sorry aku fokus kat atas ye HAHA

Kisah Zikri, Iman & kelkatu HAHA.. si zikri taku nak pegang, Iman memang konfident je main ngan serangga tu. Tapi naluri hati seorang budak, Zikri memang nak pegang tapi takut-takut berani HAHA


HAHA kitorang yang dah besar ni just tengok & gelak je >_< itulah budak-budak kan, banyak benda diorang nak tau dan belajar HAHA

Okay tu je nak cerita, malam before kenduri tido jam 2.30am then lepas kenduri tu pun tido lewat jugak.. Jam 3.00am pergi belakang rumah bakar sampah apa yang patut! menarik kan HAHA

Untuk Zikri, untunglaa ada adik baru. Jangan nanges je taw & cabut puting tu, malu laaaaa HAHA  *aku belum sentuh lagi baby nih sebenarnya :P





4 Readers:

{ lurun namzar } at: 2 July 2012 at 20:31 said...

binatang tue mmg slalu dijadikan bahan mainan kami adik beradik. :D

{ Nurul Parhana } at: 4 July 2012 at 14:00 said...

mkn kenduri mmg mcm tu ek tmpt abg? tmpt sy masi letak kat dulang lauk kat atasnya,, mmg stail nasi ambeng la. kelkatu a.k.a laron,,amat menyampah dgn serangga tu. nak menyapu syp dia pagi esok tu yg 1 hal yg wt org bengang,,

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 July 2012 at 12:07 said...

LN: haha btul tu!

NP: style msing, kitorg xpakai nasi ambeng, dh selalu pakai pinggn

{ Nurul Parhana } at: 28 July 2012 at 14:55 said...

owhh.. lain tempat lain style.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean