header

header
hairie

KISAH STUDIO 08 : Presentation Board untuk Projek Akhir

| Sunday, 15 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni nak kongsi dengan korang 1 cerita lama yang dah lama aku nk post tapi belum berkesempatan. Ni kisah pasal presentation board untuk final projek aku dalam final semester yang penuh dugaan :)
Awal tahun ni, aku baru je berjaya habiskan pengajian aku di UiTM dan before tamat tu, kitorang ada final presentation untuk 1 subjek penting; INDEPENDENT LANDSCAPE ARCHITECTURE STUDIO dan TOPICAL STUDY (Thesis) 4 jam kredit ok! cukup besar.

Jadi untuk final presentation, kitorang kena sediakan final board dari peringkat Introduction to topics - inventory & analysis - synthesis - konsep & reka bentuk. Kalau banyak benda nak dicerita dalam board tu, board kena banyak la >_<

Walaupun aku tak berjaya untuk bentangkan final project aku, tapi alhamdulillah aku berjaya siapkan kerja aku dan setakat tu kan boleh dikatakan aku berpuas hati dengan hasil tangan & otak aku :) .

Ini board sewaktu mock up presentation. Baca sini nak tau lebih: http://www.mohdkhairi.com/2011/12/mockup-presentation-studio-08.html . Markah sewaktu mock up presentation ni memang besar jadi kalau boleh buat yang paling baik untuk peringkat ini walaupun banyak tak siap tapi sekurang-kurangnya pensyarah boleh dapat bayangan hasil kita nanti.

Board 1: Introduction to Topic. Tajuk aku untuk final project ni berkaitan dengan kajian pasal local character di Parit Sulong yang penting dalam membentuk identiti sesebuah tempat. Sebab tu tajuknya ENHANCING THE VERNACULAR SETTING OF PARIT SULONG TOWN THROUGH CULTURAL LANDSCAPE DESIGN.

Board 2: Reference Cases..kena cari 2 or 3 tapi aku dapat 3 so 2 dari luar negara dan 1 dalam Malaysia. Agak susah jugak la nak cari lokasi yang berkaitan dengan vernacular character ni tapi kena gigih jugak! >_<

Board 3: Introduction & background of the Site. Cerita pasal sejarah, macam mana tempat tu dapat nama dan juga peristiwa penting serta kawasan kajian kita.

Board 4: Site Inventory & Analysis | Land Use and Activities. Agak penat buat tajuk ni sebab banyak jenis guna tanah kat sini.

Board 5: Site Inventory & Analysis | Patterns of Spatial Organization and Buildings. Ini pun sama hebat jugak, kena banyak buat kajian pasal bangunan dan juga susun atur di kawasan tu. Then, analisis kenapa benda tu macam tu.

Board 6: Site Inventory & Analysis | Patterns of Spatial Organization and Buildings.

Board 7: Site Inventory & Analysis | Circulation Network. Penting untuk nak tahu dari arah mana orang masuk ke dalam kawasan kajian dan impak terhadap kawasan tapak.

Board 8: Site Inventory & Analysis | demographic Profile yang mintak dari Jabatan Perangkaan, Economic Activities yang buat sendiri dan juga Cultural Tradition yang berdasarkan aktiviti masyarakat tempatan.

Board 9: Site Synthesis..kat board ni kita just mention penyelesaian awal bagi segala isu yang timbul sepanjang kajian di tapak. Sebab itu ia dipanggil synthesis dan ini memang kerja Arkitek Landskap iaitu profesion kita ini adalah profesion untuk menyelesaikan masalah di tapak.


Board 10: Ni dah start agak memenatkan sebab dah kena develop konsep & tema untuk rekabentuk di tapak. Kalau nak senang, sediakan konsep yang sangat berkaitan dengan tapak. Maksudnya kalau boleh buat konsep yang berkaitan dengan local characteristics dan sejarah tempat tersebut, lagi mudah..


Board 11: Simple je board ni, just tunjuk apa yang korang nak buat.. Kalau tak tau nak letak apa, buat macam aku tu letak reference images sebagai bayangan awal rekabentuk kita HOHO


Board 12: Markah banyak kat sini sebab tu haa ada Master Plan dan waktu presentation, kita kena kaitkan konsep dengan apa yang kita buat kat tapak, means design kita la beb!


Board 13: Segala perspektif dan juga huraian apa yang kita buat kena cerita, sekali lagi kalau board korang nampak kosong, silalah tambah gambar asal tapak; taktik nak bagi senang pensyarah/panel nampak bayangan apa yang kita buat >_<


Board 14: Kat board ni banyak tunjuk pasal segala sketches yang kita buat dan juga huraian bagi menguatkan lagi konsep tu! Penat je buat konsep tapi tak relate, tak boleh macam tu weyh!


Board 15: Ni nak tunjuk enlargement. Macam mana nak pilih kawasan yang nak dibuat enlargement? Kalau aku, aku pilih kawasan yang sangat berkaitan dengan konsep dan antara kawasan yang paling signifikan. So pilihlah kawasan yang terbaik dan cuba tunjuk kat semua yang kawasan tu sangat signifikan >_<


Board 16: Board terakhir yang tunjuk 1 lagi pelan pembesaran, ini pun ada cerita berkaitan tapak dan juga sejarah pembukaan Parit Sulong HOHO.. 

Okay, kepada korang yang kat luar sana yang bakal menghadapi semester akhir Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian), anda kena sedia dari segi metal fizikal zahir batin semua tu. Lagi 1 kalau korang follow jadual yang lecturer bagi tu sebaik mungkin, insyaallah semuanya okay nanti >_< Aku cakap berdasarkan pengalaman tau EHEHE...sesi berjumpa/berbincang dengan pensyarah dan juga supervisor adalah penting ye, jangan tak jumpa selalu sebab nanti markah & nama korang yang tak okay..





8 Readers:

{ c u m u h a m a } at: 15 July 2012 at 12:47 said...

Assalamualaikum :)

Maaf yea mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

{ nuraizuddin @ Mr. Secretary } at: 15 July 2012 at 12:50 said...

nasib baik aku tak buat dploma seni bina dulu. klu tak.. haukk.... ahha. kena buat degree mcm hg nie.

{ aq noor } at: 15 July 2012 at 14:49 said...

okay. bangge gile klu lanskap prt sulong mmg btol-btol cam tuh... hahha

{ aq noor } at: 15 July 2012 at 14:49 said...
This comment has been removed by the author.
{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 July 2012 at 11:48 said...

CH: okeh

Zudin: haha nk xnk, kne hadapi benda ni... alhmdulillah, dah abes dh heeee

AN: haha kalaulah majlis ade bajet, boleh je buat

{ titik } at: 9 October 2012 at 22:16 said...

bleh x email board kat saya ? pelelaos@yahoo.com

{ Syahidah Fadilah } at: 1 September 2015 at 12:54 said...

jalan2 cari firm landscape terjumpa pulak entri nih..owh, student landscape yer.. good job ^^

Hazirah Halim at: 15 December 2016 at 01:24 said...

Hai senior, Terbaik ar... Selalu tengok blog ni klau nk buat board... #uitmsriiskandar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean