header

header
hairie

Ramadhan 1433 H: semoga amalan diterima, insyaallah

| Friday, 20 July 2012
RAMADHAN, benda paling asas bila cakap pasal Ramadhan adalah mesti kena puasa tapi jangan niat sebab terpaksa tapi niatlah dengan ikhlas sebagai memenuhi tuntutan agama Islam kita ni. Insyaallah akan diredhai allah nanti.

PUASA
Wajib ok untuk mereka yang beragama Islam. Kalau dulu kecik-kecik mak cakap kalau tak puasa tak boleh raya tapi sekarang kau puasa ke tak puasa ke dapat jugak raya kan, tambah lagi dapat duit raya :P
 
TERAWIKH
Setiap malam dalam bulan Ramadhan ni ada kelebihan masing-masing yang mana sangat besar maknanya kalau kita hayati betul-betul. Senang cakaplah kalau kita bace kelebihan-kelebihan solat terawikh  sepanjang bulan puasa, mesti kita berlumba-lumba nak dapatkan kelebihan tu kan! >_<

TAHAN LAPAR & TAHAN NAFSU
Mampu kan? tahan je la daripada korang tambah dosa di bulan Ramadhan ni. Kalau lapar, buat-buat tak lapar dan kalau tak tahan nafsu, kau kena kawal jugak! HAHA 

TIDUR DI SIANG HARI
Ini benda paling faveret dikala cuti semester dan juga hujung minggu. Tidur siang tak bermaksud tidur sepanjang hari tapi kalau aku, aku tidur lepas zohor. Kalau tahun lepas tidur bergilir dengan bapak aku sambil tunggu dodol HOHO. Tahun ni hujung minggu je aku dapat tidur siang, maklumlah dah kerja tak sama macam zaman student dulu >_<

Walaupun makruh tapi demi mengelakkan dari mengantuk sangat sewaktu solat terawikh dan juga mengurangkan aktiviti lidah, aku tetap nak tidur juga. Lagipun bukannya sepanjang hari.


Okay, itu just apa yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni mengenai bulan Ramadhan. So kalau aku silap ayat, sila bagitaw & tolong bagitaw. Aku tulis ikut apa yang hati aku rasa dan apa yang kepala aku fikir >_< TAPI aku harap Ramadhan aku sebelum ni, tahun ni dan juga seterusnya akan jadi macam dalam lagu ni, hayati liriknya:

Okay, untuk para pembaca blog ini salam Ramadhan dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai umat Islam. Nak masuk syurga kan? banyakkan amalam baik, sama-sama tambah pahala insyaallah...

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean