header

header
hairie

TAHNIAH!! Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam menang pingat emas di NRIC 2012

| Sunday, 22 July 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
TAHNIAH!! diucapkan kepada kontinjen dari Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam kerana telah memenangi beberapa pingat dalam Novel Research and Innovation Competition (NRIC 2012) di USM Pulau Pinang.

 
"A bronze , a silver and two golds for team landscape architecture at NRIC 2012. Complete! Alhamdulillah." (Fahteen Shafari, 2012)    
                            
Pihak Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam hantar 4 penyertaan di mana melibatkan 4 kertas kerja projek akhir daripada pelajar semester 08 dan mereka ni bertanding di bawah kategori Social Transform and Creative Art. Kalau tak silap, NRIC ni kan lebih kepada komuniti maksudnya rekabentuk yang dicipta/diwujudkan untuk manfaat komuniti.

So mereka yang terpilih untuk mewakili Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam adalah: 
Noryanti Mohd Nasir - Pingat Emas
Nur Rinie Rapian - Pingat Emas
Ameera Sazali - Pingat Perak
Siti Nur Farah Md Anuar - Pingat Gangsa

Secara tak langsung kan, nama Jabatan Senibina Landskap yang selama ni banyak diperlekehkan oleh beberapa individu yang kurang jelas tentang kepentingan senibina landskap tu dah boleh bukak mata diorang ni! Kitorang ni pun mampu cipta nama setanding dengan kursus lain yang lebih eksklusif katenyerr laaa HAHA.

Ameera Sazali a.k.a Cik Mira Idora bersama pembantunya Kak Jue, setiap orang kena cari 2 orang pembantu & secara automatik, diorang pun dapat la aura pingat tu walaupun sekadar membantu, tapi penat woooo..........

Ini geng yang menang pingat Emas! Yanti bersama Fahteen Shafari & Shifa. Rezeki kau Yanti! walaupun kau recycle balik projek sebelum ni (Kampung Solok Paya Lebar, Melaka) tapi kau membuktikan yang benda tu bukan biasa walaupun kau buat site kampung! 

 Petikan foto dari laman Facebook kawan-kawan yang join NRIC 2012 nih!

Datin! Tetap maintain hot~~~~ HAHA Tahniah menang pingat Gangsa. Lupakan kisah seram kau tu dengan Datuk, teruskan usaha, dan dah menang dah pun >_< 

Sekali lagi TAHNIAH untuk korang kerana bawak nama Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, dan Universiti Teknologi MARA! Dengar kata NRIC ni ade penyertaan dari negara-negara ASEAN wooww!! Maknanya kita dah berjaya kalahkan diorang la >_<




 


6 Readers:

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 22 July 2012 at 17:02 said...

tahniah yee..

*bangga gak as UiTM'an.

Anonymous at: 22 July 2012 at 18:39 said...

terima kasih khairi atas liputan yang meluas ni.. hehe ..

{ Cik KMlalatobe } at: 22 July 2012 at 23:07 said...

Hrp dpt msuk uitm.
sy mintk kos ini!..
Doakn sy.

{ yAntiE wOkey } at: 23 July 2012 at 02:00 said...

hahha..thanx KERY!!!! dodol satu...hehe..(^.~)

{ Lang Radzlan } at: 24 July 2012 at 14:18 said...
This comment has been removed by the author.
{ Lang Radzlan } at: 24 July 2012 at 14:19 said...

eh saya salah sorang peserta yg berada sama2 dgn geng landskap..tpi kiteorg menang bronze je..heheh :)
tahniah dan syabas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean