header

header
hairie

Grab this promo guys!! Graduation Packages by Eyestudio Photography

| Friday, 31 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak share tentang pakej terbaru yang dilancarkan oleh Eyestudio Photography tadi, kali ni pakej untuk para graduan yang bakal & akan melangsungkan majlis konvokesyen yang kalau tak silap hujung tahun ni kebanyakan IPTA buat majlis konvo kan :)

Sebelum ni aku pernah shoot kat studio ni yang mana milik Aizul Marcello ngan Abg Azad serta geng-geng beliau~~ waktu tu time konvo, meh tengok sini : PHOTOSHOOT DI EYESTUDIO PHOTOGRAPHY . Hasilnya amat berpuas hati, berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kalau korang mampu kipas kuat sikit, insyaallah hasilnya pun lebih sikit dan begitulah seterusnya HAHA~~



Ok berbalik ke tajuk asal, ni aku nak promo kat korang yang bakal berkonvo hujung tahun ni; pihak Eyestudio ada buat promosi untuk korang! Meh tengok bawah ni: 


Ok dah tau kan sebab apa aku tolong promo? HAHA takley blah! diorang guna gambar konvo aku sebagai elemen pelaris HAHA.. terharu rasanya bila gambar diri sendiri digunakan untuk promos. ROYALTI? tak penting sangatlah setakat ni, asalkan bisnes diorang okay, alhamdulillah aku tumpang gembira la >_<

Sebenarnya pakej ni kalau tak silap hanya untuk majlis konvokesyen di PICC bulan September ni: 19-21 September 2012. Tak pasti konvo IPTA mana tapi yang penting sape-sape yang konvo waktu tu dan kat situ, bolehlah pergi terus ke booth Eyestudio Photography. 

Inilah hasilnya bila korang shoot dengan Eyestudio Photography! aku berpuas hati dengan hasil foto ni weyh. Dapat tau je tarikh konvo dulu tu, terus stalk page Eyestudio tengok pakej graduan yang ditawarkan. Setelah dibelek, nampaknya pakej tu aku mampu bayar dan kebetulan semua ahli keluarga pun ikut sekali, lagi seronok! HAHA ko hado? lepas ni korang boleh buat, jangan risau.




Okay senang cakap kalau korang nak, sila rujuk kat bawah ni:


Grab this promo guys!! Graduation Packages..for details, jgn malu jgn segan, plz email your inquiry to aizumarcello@eyestudiofoto.com
call : 03.5523.6880 ( office hour )
hp : 019.6476.200 ( 24 hours, huahaua ) whatsapp pon boleh takdak hal!

Aku copy sebijik dari ayat Aizul Marcello nih HAHA~~ok sekali lagi terima kasih kepada Eyestudio Photography sebab sudi pakai gambar aku yang tak elok sangat sebenarnya tu tapi korang berjaya cover hehe, terharu beb! Insyaallah aku doakan korang supaya semakin murah rezeki, makin banyak hasil & gambar makin cantik! jangan risau, kami ni peminat setia anda akan setia menyokong! Go Eyestudio Photography!!!!!!



KISAH AIDILFITRI 2012: Kad Raya dari En. BoniKacak!

|
Assalamualaikum kawan-kawan...
Sekali lagi kad raya tapi yang ni yang terakhir aku dapat sebelum raya kalau tak silap >_< kali ni dari pemilik blog bonikacak.com. Kalau tak silap aku dapat kad raya ni melalui segmen yang beliau anjurkan. Sape yang tak suka dapat kad raya kan. 

So kalau ikutkan ucapan tu, kalau sape-sape nak datang rumah beliau, kena bawak kuih sendiri HAHAHA :P


Okay tu je nak cite pasal kad raya ni, kita jumpa kat entri lain pulak. Kepada En Boni, terma kasih sebab sudi pos kad raya untuk saya; dengar kata ang terpilih je ek? hehe tak kisahlah terpilih ke tak yang penting kad dah selamat sampai & mesej pun dah sampai ke hati ececece >_<

KISAH AIDILFITRI 2012: Kad Raya dari Remy Ishak?

| Thursday, 30 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kad raya dan kad raya serta kad raya HAHA *melangot jap! Aku dapat lagi kad raya dan kali ni dari selebriti Nur Kasih katenyer! REMY ISHAK bagi aku kad raya seyh! Ni tengok kat bawah:

Tu haaa..siap tulis lagi kat luar sampul surat~~tapi kad raya dari Media Prima. Korang rase pelik ke korang rasa biasa? HAHA jap ek, kite tengok isi kad:

Gile meriah autograf Remy Ishak! hebat noo :) Ok aku tipu! kad raya ni dari Abg Ady Budika a.k.a orang balik tabir bagi stesen tv 8TV tu. Aku takde niat nak tipu korang khabar angin kuat mengatakan yang Abg Ady ni kembar kepada Remy Ishak, katenyer lagi laaa.... :P

Quote original yang kat kad raya ni membuatkan aku baca banyak kali sambil menghayati ayat-ayat yang dah sedia ada melekat kat kad raya tu dan ditambah lagi ayat yang ditulis dengan tulisan tangan tu; walaupun ringkas tapi disebabkan ia adalah kad raya, aku baca jadi terharu -_-..

Okay untuk Abg Ady, terima kasih sebab bagi kad raya tu, simple tapi nampak eksklusif sebab ade tulisan MEDIA PRIMA~~ heee

Serius cemas bila nampak tulisan "REMY ISHAK" kat envelop tu *berdebar sunggu, bajet Remy yang hantar HAHA lepas tu terus teringat:; owh! Ady Budika, terus tak jadi nervous.. sory, statement agak over SELAMAT HARI RAYA Abg Ady Budika ~~~

KISAH AIDILFITRI 2012: Kad Raya dari Eqbalzack!

| Tuesday, 28 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kad raya lagi! Juga dari sahabat alam maya. Kali ni dari blogger senior a.k.a salah seorang blogger favourite aku sebab aku suke baca blog die HEHE

Tu diaaa eksklusif takde jual kat kedai, handmade ok!Aku punya hasil belum mampu menandingi kecantikan & keeksklusifan  kad Abg Eq! Ungu yang smart~~

Tahun depan insyaallah kalau dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki aku try buat yang lebih baik tapi style lain kot hehee sebab dah terfikir something yang baru sekarang ni HAHA


KISAH AIDILFITRI 2012: Kad Raya dari Nurul Nadiah Mamat

| Monday, 27 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Entri kali ni nak kongsi dengan korang! KAD RAYA dari Nurul Nadiah Mamat pemilik Something From My Heart. Tahun ni banyak jugak la dapat kad raya dari blogger a.k.a rakan-rakan dari alam maya, seronok!

Suka design & warna kad raya ni, warna kegemaran katanya >_< ni baru namanya kad raya yang klasik, sebab betul-betul ikut ciri-ciri kad raya. 

Tengok, gigih tulis panjang-panjan by hand ok! aku punya kad hanya mampu tulis sikit je, tu pun taip komputer HAHA *moden sgt! Tapi aku sangat hargai kad ni weyh, dah la pakai tulisan tangan, kemas pulak tu.. korang mampu? :P


KISAH AIDILFITRI 2012: Blogger Syafiq Rosli Datang Beraya Rumah!

| Friday, 24 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kejutan aidilfitri katenyerrr, Syafiq Rosli datang umah weyh! Blogger femes tu. Raya keempat beliau hadir ke rumah bersama kawan 1 batch aku masa belajar kat UiTM dulu Cik Noona Anes, pemilik Haluna Collection. Ok agak mengundang sesuatu ye bila mereka hanya datang berdua HAHA *larik!! diorang ni kenal melalui Twitter jer wuwuwuwu..
Kenapa SR pegang kipas Datin? HAHA kebetulan waktu diorang datang rumah aku tu, elektrik putus sekampung sampailah ke pekan Parit Sulong so semua termasuk aku tengah kepanasan. Kesian basah semua :P

SR try makan mee siput a.k.a KUIH SARANG SEMUT! cicah sambal kicap. Orang Melaka, takkan tak reti makan pedas, sedangkan Wani orang Kelantan tu kemain makan sambal kicap aku HAHA *korang kenal Wani ke?


Gambar di edit bagi menutup kebasahan yang melampau pada pakaian saya sebab terlalu panas HOHO dah la tengahari tu baru je balik dari bara'an ke Parit Othman, kampung sebelah jerr..


Diorang suke bila tangkap gambar kat sini, nasib baik laa takde tetamu lain yang datang rumah. Memang boleh tangkap banyak kali la tanpa gangguan dan halangan HAHA 

Sekali lagi, tapi sebenarnya dalam HP diorang lagi banyak dari versi gelap sampailah putih #eh Kipas tu tetap ye! HAHA

Hampir 1 jam jugak la diorang ni beraya kat rumah aku sambil kepanasan. Mintak maaf ye SR sebab takde sediakan kipas bateri untuk korang berdua. Kalau sape-sape nak tau, memang tengahari tu panas sangat tapi ade la angin sikit. 

Untuk SR dan juga kawan baru beliau a.k.a kawan aku jugak terima kasih sudi datang rumah aku yang jauh dari rumah korang ni, ye la SR sanggup turun Batu Pahat dari Merlimau tu hehe..

Nah...ni untuk korang >_< sekali lagi TERIMA KASIH sebab sudi singgah, agak surprise & terharu seyh!


KISAH AIDILFITRI 2012: Duit Raya Untuk Insan Terpilih

| Sunday, 19 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Beberapa hari sebelum menjelangnya aidilfitri dan berakhirnya Ramadhan! Semoga amalan baik & ibadat kita semua diterima insyaallah. Hari ni just nak kongsi tentang signifikan raya iaitu DUIT  RAYA. Dulu kemain masa kecik banyak dapat duit raya berkepuk-kepuk HAHA tapi sekarang dunia dah berubah, kita (aku!) makin dewasa dan perlu belajar jadi dewasa ececece! Maksudnya kena bagi duit raya kat budak-budak la, dah keje kan...

Beberapa hari lepas, sempatlah jugak aku tukar duit baru kat bank & merasa pegang duit singgit baru! wohooooo JAKUN! Memang dah rancang pun tahun ni nak bagi duit raya kat anak buah original 2 orang tu dan budak-budak lain a.k.a yang paling dekat: sepupu, 2 pupu dan juga  anak kepada sepupu #eh!

Tadaa!! buat pertama kalinya aku buat sampul duit raya dengan menepek gambar sendiri dengan penuh yakin! HAHA Sambil buat keje sambil tengok kat mana-mana website yang sediakan perkhidmatan buat sampul duit raya custome made ni. Alhamdulillah, dah siap dengan jayanya & i'm happy! >_<


KISAH AIDILFITRI 2012: Salam Aidilfitri untuk semua

|
Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulilllah, Ramadhan dah berakhir dengan penuh berkat. Insyaallah segala amalan baik kita diterima Allah SWT. Selepas berpuasa sebulan, sekarang datang pulak Syawal, pun sebulan so maknanya boleh raya sebulan tapi biasanya minggu pertama je yang paling meriah, ye dak! >_<

Ok kat sini aku nak ucapkan kepada semua: pembaca blog, kawan-kawan, teman sekelas, kawan-kawan lama, geng pejabat, kenalan alam maya (Twitter & Facebook) serta sapa-sapa la yang kenal diri aku sama ada dari segi kebaikan atau sebaliknya. Aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada menyusahkan korang, buat sakit hati korang, serta mengganggu ketenteraman FB korang  >_< Tu je nak cakap. Lagi 1, terima kasih kerana beri sokongan yang bagi aku cukup baik sepanjang aku menulis blog ni.


Wordless Wednesday : PESTA Dodol Raya...

| Wednesday, 15 August 2012

















































KISAH AIDILFITRI 2012: Pelita raya~~ *testing2!

| Thursday, 9 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Dah lebih 15 hari kita berpuasa, alhamdulillah dan dah nak sambut raya kan~~ sekejap je masa berlalu. Entri kali ni berkisar pasal benda-benda yang berlaku sebelum aidilfitri menjelma dengan yakinnya #eh

PELITA! tradisi raya sejak zaman sekolah dulu sampailah sekarang, aku still pasang pelita ok! Pelita raya adalah pelita yang menggunakan minyak tanah/minyak diesel sambil digantung menggunakan paku pada kayu/buluh. Ok itu adalah pelita raya style kampung yang aku suka HAHA Pagi-pagi dah kutip pelita sebab kalau lewat nanti takut ada manusia lain yang mengambil dengan sengaja tanpa kebenaran.
Ada yang kata napa tak pakai besi lepas tu sapu minyak then boleh pakai tahun-tahun hadapan..nape tak pakai lampu elektrik tu je? lagi senang dan tak payah susah-susah nak pasang pelita. <--- ini orang-orang kata laa...

Bagi aku, pelita raya yang tradisional punya style adalah menggunakan buluh/kayu lepas tu pakai pelita besi yang guna minyak tanah/diesel. Aku rasa style ni lagi best & sangat nostalgia. Lagipun sekarang ni aku boleh bagi komitmen yang agak tinggi pasang pelita ni sebab tu la aku gagahkan diri buat semua ni. Tak ada masalah sangat lah! Penat? memang penat lagi-lagi time puasa nak tebang buluh. Tapi serius best kalau dah pasang! >_<

Sambil pasang pelita sambil main mercun sambil suka-suka HAHA sangat best dowhhh~~~ ok tu je nak cakap! jumpa entri lain >_<


Wordless Wednesday: Sayang Rosmah dibelai-belai~~

| Wednesday, 8 August 2012
Sumber: Facebook


Dodol raya, secara rasminya dah bermula Sabtu 4 Ogos 2012

| Tuesday, 7 August 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Setiap tahun macam biasa la kena layan pelanggan yang dok buat tempahan dodol untuk aidilfitri. Tahun lepas sepanjang setengah bulan berpuasa, hari-hari aku dok kacau dodol; aku jaga 1 kawah bapak aku kawah lain. Tak penat sebab duit masuk HAHA #eh tak penat sebab bukannya kena kacau sentiasa all the time, sambil kacau sambil layan tonton.com.

Tapi tahun ni tak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya kecuali hujung minggu je la yang aku dapat turun padang HAHA.. & tahun ni jugak mungkin tempahan dikurangkan sedikit atas sebab tertentu.. macam tu la nampaknya :P

<-- kawah di hari kedua....


Sabtu hari tu 4 Ogos 2012 bermula secara rasmi pembukaaan aktiviti mengacau dodol raya! *acara sangat~~ dan akan berterusan sampailah sehari sebelum raya a.k.a penghujung puasa dikala semua sibuk buat persiapan raya. 


Pic semalam dikala awal-awal kemasukan tepung pulut+santan+garam+gula melaka ke dalam kawah besar HOHO..okay tu je nak share dengan korang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean