header

header
hairie

CONTEST: Why Maybank should give me tickets to Legoland

| Sunday, 30 September 2012
Kenapa Maybank perlu beri aku tiket ke Legoland Malaysia? Pertama sekali  saya wajib berbangga sebab Legoland yang pertama di Asia berada di negeri kelahiran dan kebanggaan aku JOHOR DARUL TAKZIM. 

Dulu masa zaman kanak-kanak ayah pernah belikan 1 uncang lego untuk saya. Masa dapat tu rasa sangat teruja, maklumlah budak mana yang tak suka permainan, kan! Dengan lego tu, macam-macam saya dapat hasilkan bersama abang-abang saya antaranya robot, tembok besar, kucing, naga, bangunan & menara, cipta huruf dan banyak lagi. Walaupun apa yang kami hasilkan kurang sempurna sekurang-kurangnya dengan lego, kami boleh menguji minda dengan mencipta inovasi di samping mengasah kehandalan akal kitorang demi kebaikan untuk tumbesaran.




Mesti anda pernah dengar Melawat Melaka bererti anda Melawat Malaysia, kerana Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai sejarah paling bermakna yang berkaitan tentang  pembangunan Tanah Melayu serta Malaysia. Sekarang anda lihat frasa indah di bawah ini:


Sebab apa? sebab di Legoland Malaysia ni ada banyak mercu tanda di seluruh dunia antaranya Taj Mahal dan Angkor Wat selain daripada KLCC, Putrajaya dan juga bandaraya Johor Bahru sendiri. Korang sampai Johor je dah boleh terus pergi ke lokasi pelancongan paling popular di dunia. Insyaallah korang akan berpuas hati dengan apa yang ada di LEGOLAND MALAYSIA~~

Kenapa saya letak foto si kecil ini bermain lego? sebab saya nak mengimbau kembali saat indah sepanjang bergelar kanak-kanak dulu. Dulu main lego ni je, sekarang dah ada LEGOLAND, jadi boleh main sampai puas! Nak naik roler coaster~~




OUTDOOR : Pertunangan Ude & Kemah

| Tuesday, 25 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Setelah selesai majlis pertunangan Ude dengan Kemah tu kitorang buat keputusan nak buat outdoor sekejap sebab Kemah dah confirm cantik dengan dress tu dan Ude pulak nampak smart dengan baju melayu johor walaupun hanya berselipar jepun. 

Terjumpa pondok ni, boleh la buat kejap! >_<



Masih ada batasan tapi gaya macam dah lepas nikah >_<






















Okay tu je nak share dengan korang. Alhamdulillah untuk outdoor ni aku berpuas hati dengan hasil foto walaupun sebenarnya boleh buat yang terbaik lagi tapi ini just macam permulaan aku nak go step by step bak kata Lynda Roslan :P 


Majlis Pertunangan Ude & Kemah. TAHNIAH!!

| Monday, 24 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah majlis pertunangan kawan masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu dah selamat IKAT dengan kawan kitorang jugak. TAHNIAH buat Ude dengan Kemah atau nama sebenar mereka Mohd Zulfadhli Shah Md Yahya & Normah Miseri. Selesai sudah 1 peringkat sebelum menuju ke peringkat seterusnya, insyaallah. Majlis beliau ni berlangsung pada Sabtu 15 September 2012 sehari sebelum Hari Malaysia >_< Okay aku nak kongsi saat-saat indah sepanjang majlis tersebut. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Ude untuk lantik aku sebagai tunag tangkap gambar, aku cuba sebaik mungkin. Hasilnya? yang indoor kurang menjadi tapi yang outdoor aku boleh kata agak berjaya HAHA~~

Wakil pihak lelaki, semua muda-muda. Joe turun dari Kuala Pilah, Chacha dengan Abe turun dari JB & yang lain dari kawasan sekitar :P

Kawan-kawan yang sekarang ni dah susah nak jumpa sebab masing-masing dah ada komitmen~~ Budak baju hitam ni single taw! :P

Cantik >________< 

Sesi mengadap tuan rumah, mintak kebenaran dulu. Orang melayu ni sebenarnya kaya dengan adap sopan, sebab tu kena amalkan >_<

7 dulang hantaran dari pihak lelaki: cincin & wang pendahuluan, jam tangan, set pencuci muka, kuih/manisan, telekung & al-quran, Samsung Wonder dan Sirih junjung.

Dibalas 9 dulang dari pihak perempuan. Ada buah-buahan, jam tangan, Samsung Wonder, Kek, Set wangian Adidas, songket, pakaian pejabat, puding dan sirih junjung.

Dah dapat kebenaran baru boleh sarung cincin sebagai tanda yang Kemah dah dimiliki oleh Ude so tak boleh dah nak main-main, ini serius ok! HAHA

Subhanallah cantik betul ko Kemah! Aku terkedu sekejap HAHA~~ untungllaaa Ude. Terlupa yang kat luar ada pelamin cantik lagi meletop, so terpaksa ulang balik babak sarung cincin tu >_< comel betol pengapit-pengapit ko Kemah! 


TAHNIAH untuk korang berdua >___< semoga kekal selamanya ikatan yang korang dah bina ececece~~





Hadiah untuk wakil pihak lelaki >_<





Bersama ibu bapa pihak perempuan. Dah macam majlis nikah aku tengok. Nasib baik la syarat nak nikah belum dipenuhi, kalau tak memang korang dah bergelar laki bini dah >_<



Merakamkan kenangan bersama kawan-kawan >_<

Bersama kakak-kakak Kemah~~

Bersama chacha~~

Okay, itu je nak cerita pasal majlis dalam rumah ni, jaga-jaga ada entri akan menyusul pasal sesi outdoor diorang berdua ni. Alang-alang tengah cantik, apa kata try buat outdoor pulak kan~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean