header

header
hairie

CONTEST: Why Maybank should give me tickets to Legoland

| Sunday, 30 September 2012
Kenapa Maybank perlu beri aku tiket ke Legoland Malaysia? Pertama sekali  saya wajib berbangga sebab Legoland yang pertama di Asia berada di negeri kelahiran dan kebanggaan aku JOHOR DARUL TAKZIM. 

Dulu masa zaman kanak-kanak ayah pernah belikan 1 uncang lego untuk saya. Masa dapat tu rasa sangat teruja, maklumlah budak mana yang tak suka permainan, kan! Dengan lego tu, macam-macam saya dapat hasilkan bersama abang-abang saya antaranya robot, tembok besar, kucing, naga, bangunan & menara, cipta huruf dan banyak lagi. Walaupun apa yang kami hasilkan kurang sempurna sekurang-kurangnya dengan lego, kami boleh menguji minda dengan mencipta inovasi di samping mengasah kehandalan akal kitorang demi kebaikan untuk tumbesaran.




Mesti anda pernah dengar Melawat Melaka bererti anda Melawat Malaysia, kerana Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai sejarah paling bermakna yang berkaitan tentang  pembangunan Tanah Melayu serta Malaysia. Sekarang anda lihat frasa indah di bawah ini:


Sebab apa? sebab di Legoland Malaysia ni ada banyak mercu tanda di seluruh dunia antaranya Taj Mahal dan Angkor Wat selain daripada KLCC, Putrajaya dan juga bandaraya Johor Bahru sendiri. Korang sampai Johor je dah boleh terus pergi ke lokasi pelancongan paling popular di dunia. Insyaallah korang akan berpuas hati dengan apa yang ada di LEGOLAND MALAYSIA~~

Kenapa saya letak foto si kecil ini bermain lego? sebab saya nak mengimbau kembali saat indah sepanjang bergelar kanak-kanak dulu. Dulu main lego ni je, sekarang dah ada LEGOLAND, jadi boleh main sampai puas! Nak naik roler coaster~~




1 Readers:

{ Mira Adzlia } at: 1 October 2012 at 10:11 said...

slmt maju jaya..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean