header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: Beraya bersama BLOGGER di Melaka

| Saturday, 1 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak kongsi dengan korang satu pengalaman baru aku bersama kawan-kawan alam maya a.k.a blogger yang tak pernah aku jumpa kebanyakannya sebelum ni. Kisahnya pada raya ke 5 hari Khamis. Kalau ikut jadual, aku memang sibuk raya kelima tu dan sepatutnya aku tak boleh tinggalkan rumah tapi disebabkan alasan yang agak kukuh so alhamdulillah, keluarga bagi pelepasan.

Kisahnya Aslann As dengan Man Yusoef  ajak aku beraya ke Melaka. Teringat, kat Melaka ramai blogger~~ kitorang gerak lewat jam 10am baru jalan. Lepas tu singgah rumah kakak Lann sebab nak hantar mak dia kat situ, kat rumah sorang-sorang kesian ditinggalkan.. aku ingat Lann nak bawak sekali mak dia beraya dengan blogger HAHA~~ gurau Lann! Ok naik MPV baru Lann WXB woo!! Kay Ell mali wooo~~
Rancangan awal nak pergi ke rumah Hizami Li dulu kat Alor Gajah tapi memandangkan rancangan tak menjadi, kitorang terus pergi ke rumah blogger Syafiq Rosli. Pertama kali jumpa beliau di toilet selepas tayangan perdana filem MiG kat Subang Parade lepas tu kali kedua, dia datang buat kejutan beraya kat rumah aku woo~~~ HAHA meh tengok sini: KEJUTAN! SYAFIQ ROSLI BERAYA KAT RUMAH AKU! 



Kitorang duduk kat situ dari jam 12 lebih kalau tak silap sampailah jam 4.30 iaitu selepas tamatnya cerita SANTAU kat TV3 tu HAHA~~ sebab kitorang nak tunggu geng blogger dari Selangor tu: Ahmad Fauzi Aryaan, Mohd Haiqal, dan juga lagi 3 orang kawan beliau termasuk Rahim Azhari. 

Bersama Aslann As, kawan 1 sekolah sejak Tingkatan 1 sampai 3 dan kawan sekelas sejak Tingkatan 4 sampailah SPM. Perangai tetap sama, meriah sentiasa HAHA~~

Okay terlupa nak cakap, sewaktu kami sampai Merlimau ada sebuah kereta tiba-tiba follow kami dari belakang, cemas tak?! si Ameels dan juga Aneff Marhfiz ..rumah diorang ni kat area-area Melaka belah bawah jugak.

Ok lepas diorang yang dari Selangor tu sampai, tak lama tu kitorang gerak dulu ke rumah si Ameels ni. Sempat ye bergambar sebelum gerak ke rumah Adie. Menggunakan teknoloi self-timer atas tong sampah.

Okay sampai rumah Adie, terus segan silu sebab ramai muka-muka yang tak pernah aku jumpa. Terasa  macam datang rumah artis weyh! sebab aku tengah dikelilingi oleh blogger-blogger yang dah popular dan stylo gituu~~ antaranya yang aku tak pernah jumpa lagi: Adie (tuan rumah),  Hizami LiFiq Fikri, Ahmad Fauzi Aryaan, Amir Naufal, Aneff Marhfiz, dan Ameels serta mereka yang dah lebih sekali jumpa macam  Qarl, Syafiq Rosli, Man Yusoef & Aslann As

Kiranya kan, kat rumah Adie ni blogger dari Parit Sulong, dari Selangor dan dari Melaka sendiri bersatu di sini. Okay, terharu sekejap >_< Setiap rumah yang aku masuk mesti dapat makan, alhamdulillah >_<
Menu rumah Adie: puding koktel sedap, kue teow, lemang, rendang bagai tuh! tapi aku melantak puding koktel tu je, sedaplah katakan HAHA

Ok tadi sebenarnya lupa nak tangkap gambar kat rumah Syafiq Rosli, so inilah gambar sebagai ganti walaupun tak berlatarbelakangkan rumah kau SR, sorry betul-betul terlupa.. 

Lagi sekali.. Kemain meriah wajah SR tu, mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku HAHA~~pandai-pandai je buat andaian >_<

Okay kat bawah ni koleksi gambar berjemaah, sesi fotografi sebelum berangkat balik Johor dan diorang yang lain teruskan beraya ke Subang~~ korang tengok je la ye, aku hanya mampu senyum sorang tengok gambar-gambar ni , TERBAIKK!!!!!






Okay dah dekat jam 7 malam baru gerak balik dari rumah Adie, tapi kami tak balik terus. Kami singgah ke rumah Aneff, ye la Lann dah janji nak datang rumah dia so demi kawan-kawan kitorang singgah jugak. Alang-alang dah sampai sini kan. Sampai je dah maghrib, solat dulu. Aneff dah masak soto weyh! rasanya mesti dah siap sejak siang tadi HAHA alhamdulillah rezeki...


Lepas beraya rumah Aneff terus pergi rumah kakak Lann ambik mak dia; makan, solat then mak dia ajak beraya pergi rumah besannya kat sebelah rumah je HAHA.. jam 10 malam baru gerak balik dan aku mengantuk, Man asyik pukul aku je jangan bagi tidur. Last-last tidur jugak HAHA sorry Man, ngantuk la weyh! tu je la nukilan kenangan terindah aku bersama korang semua >_<


5 Readers:

{ bukankosong } at: 1 September 2012 at 01:14 said...

seorang jew si dara?

{ man yusoef } at: 1 September 2012 at 08:28 said...

kemain kau berbicara pasal SR..kemain!

Kemain aku pukul kau pun nak cerita dekat blog, kemain!

Kemainnya kau ni hairi..kemain!

{ Yazid Yahya } at: 1 September 2012 at 10:33 said...

Untunglaaa semua hensem2.. *tetibe

{ kucing } at: 1 September 2012 at 21:30 said...

sampai ke melaka ko eh haha

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:31 said...

BK: yup hahaha

MY: kemain laaaa... bru best AHHAHA

YY: aah AHAHHA + manis wuwuwu~~~~


Kucing: haha sesekali~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean