header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: e-Kad Raya dari kawan-kawan Facebook~~

| Friday, 7 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak kongsi dengan korang semua tentang tradisi bila dah dekat nak raya, KAD RAYA atau kalau ikut tajuk kad raya digital gituu~~~ korang nak tau tak, kalau aku dengar ayat ni; KAD RAYA DAH TAK RELEVAN' memang agak kecik hati. Kalau ye pun dah tak relevan, nape banyak je jual kat kedai-kedai tu. Ada jugak syarikat-syarikat besar yang hantar kad raya lagi termasuklah Perdana Menteri, tak relevanlagi ke kad raya zaman sekarang ni? *emosi seketika~~

Tapi aku tak nak cerita kad raya yang dihantar oleh posmen sambil ada setem kat sampul surat tu. Kali ni nak kongsi pasal e-Kad raya, maksudnya perutusan aidilfitri melalui alam maya a.k.a Facebook yang lagi mudah, tak perlu bajet besar & cepat.

Ni dari alien kebanggaan Jabatan Senibina Landskap UiTM, kenapa alien? sebab beliau sangat kreatif dari semua sudut bak dari student sampailah luar student. Kebanyakan rezeki sangkut kat beliau, alhamdulillah. Tu semua berkat usaha beliau yang bernama Falihin Jasmi, pemilik blog falihinjasmy.blogspot yang juga junior kami, sekarang ni tengah semester 08, final! Good luck!

Yang ni dari senior kitorang merangkap orang kuat SP Setia kot sekarang ni, kembar kepada Alimi iaitu Amiri. Terima kasih >_<

Again dari senior jugak tapi ni dah taraf super senior merangkap staf Shapakat Consultant, Shah Alam. Namanya Kak Fariza Othman pemilik farizaothman.blogspot. Hari tu kan dengar cerita yang beliau ni dah naik pangkat, tak pasti la sama ada syarikat tu dah jadi milik beliau ataupun haaaa..... Terima kasih kak, Selamat hari raya >_<

INSTAraya card~~ nampak menarik seyh! ikhlas dari kawan zaman diploma dulu merangkap seorang jurufoto yang kreatif sekarang ni, terima kasih Shahrul Idaham! moden nooo kad ko ni HAHAHA

Ni lagi la, macam e-kad raya artis HAHA~~ juga dari kawan zaman diploma dulu yang sekarang dah bukak butik pengantin RENJIS BOUTIQUE, namanya Fadhli Ismail, Terima kasih Lee >_<

Orang kata kalau kita ditang or dapat kad raya, tu tandanya orang tu ingat kat kita, alhamdulillah masih ada yang ingat kat aku lagi, sekali lagi terima kasih untuk mereka yang tang aku melalui e-kad raya ni, walaupun just e-kad tapi benda ni kalau kita pandai hargai ia akan jadi lebih bermakna~~ 


4 Readers:

{ mr.F } at: 7 September 2012 at 23:24 said...

tak dapat kad raya kau pun kery,,,,sob sob sob

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:20 said...

sob...sob...sob... ko ade bg alamat x? huuuu

{ Faizul Osman } at: 8 September 2012 at 01:23 said...

thn ni tak dpt kad raya pun... beri kad raya pun tak... sobsobsobs...

tp, teringin nak buat kad raya digital tu... tp, tak terbuat...

{ Lang Radzlan } at: 9 September 2012 at 16:30 said...

hehe..dapat 1 kad raya sahaja melalui pos..mujur dapat..kira tahun ni ada juga yg sudi hantar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean