header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: Inspirasi Senibina Rumah di Sri Medan

| Tuesday, 11 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Inspirasi senibina rumah di Sri Medan? Kenapa? HAHA sebenarnya sekarang ni tengah mood dalam perancangan untuk membuat penambahbaikan a.k.a renovate sikit teratak Hj Khadzir seperti di atas ye. Hari tu masa bara'an ke Sri Medan, aku agak terpesona (katanyerr~~~) dengan beberapa rekabentuk anjung rumah orang sana, maklumlah lepas banjir dulu tu, kemain diorang ni renovate semua! mentang-mentang kerajaan bagi duit bantuan, *hasad dengki! HAHA~~



Tengok, laman rumah bukan main luas; menjadi idaman mereka yang duduk kat kawasan bandar~ inilah rekabentuk laman rumah melayu di Johor, laman luas dan juga dihiasi dengan tumbuhan hiasan & juga elemen landskap kejur yang menarik. 

Korang tau kenapa landskap kawasan kampung dan felda berwarna warni? sangat berwarna warni ok! Menurut kajian aku la kan, kawasan kampung ni memang dah sinonim dengan warna hijau semulajadi, jadi kalau landskap rumah pun warna hijau 100% tak naiklah seri kampung/felda tu. Warna-warna ceria yang diorang hasilkan melalui softlandscape dan juga hardlandscape tu mewujudkan suasana yang korang rasa macam zaman kanak-kanak dulu, meriah sangat! >_<

Tengoklah rekabentuk tiang dan juga yang lain-lain tu, memang struktur tu dah ready made so tinggal masuk simen, pasang, cat dan siap! Kalau pandai pilih, memang cantik. 

Aku rasa diorang ni memang kreatif la weyh! dah la laman rumah tu nampak kemas dan bersih. Untunglah duduk kat kawasan kelapa sawit, kurang sampah. *kajian semasa~~

Ni pun boleh tahan caktik! Ni rumah pakcik aku.. Okay inspirasi dari sini, aku nak proposed tu yang paling kiri tu, nak bagi kereta masuk sampai depan tangga rumah. Konon macam rumah Tan Sri gitu HAHA~~

Warna hijau ni agak kena tengan warna asal rumah aku tu, so mungkin ini sebahagian daripada rekabentuk terbaru teratak Hj Khadzir, insyaallah

Okay tunggu bajet dah cukup dulu baru boleh buat! sekarang ni guna untuk lain dulu hewhewhew~~~ so jangan mengharap sangat yang projek besar ni akan berjalan cepat, kalau ada rezeki insyaallah akan diteruskan, kot la! pelan tak buat lagi nih, perspektif pun belum buat cuma sekarang ni tengah ada bayangan hasil yang akan dizahirkan di atas tapak HAHA~~



4 Readers:

{ man yusoef } at: 11 September 2012 at 13:56 said...

kan? laman rumah kita pun agak luas...pastu mak kita pun suka tanam pokok yang warna warni ni...haaa...

dah kenapa gedik sangat kan nak berkita-kita ni..LOL!

{ aneff.marhfiz } at: 11 September 2012 at 14:06 said...

amboi terasa nya yang perenggan kedua tu amboi >.<

{ Faizul Osman } at: 11 September 2012 at 23:22 said...

rumah tu memang cantik... geram plak rumah sy tak secantik rumah2 mereka...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 14 September 2012 at 22:16 said...


MY: ahaha mak kite pun man..ayah kite suke tnm pisang wuwuwuuw~~~ ahahha

AM: haha terasa ek? rasenye tu prnyataan umum haha

FO: haha kan , terase nk memeiliki laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean