header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: Marhaban Pemuda Parit Laman

| Monday, 3 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Dah masuk setengah bulan raya baru nak cerita kisah di awal minggu pertama raya, maklumlah entri ni ikut giliran HAHA~~ hari ni nak kongsi pasal raya aku sebagai penduduk kampung a.k.a orang kampung la kan. MARHABAN, tau kan? kalau nak tau ceritanya meh klik sini: AMALAN MARHABAN MENYEGAR IKATAN

Macam biasa tiap tahun akan diadakan marhaban pemuda kampung Parit Laman dari rumah ke rumah pada hari raya kedua (2 Syawal) yang mana ramai anak-anak muda yang join dari umur maksimum pemuda sampailah kanak-kanak, seronok tengok kemeriahan marhaban! Rasanya dah kali ketiga aku join marhaban, sebab kali pertama marhaban dianjurkan, aku tak join.
Bara'an adalah sesuatu yang cukup seronok, kalau tak ada baraan tak de nye aku dapat masuk rumah semua orang kampung ni~~ inilah raya, mengeratkan silaturrahim katanya..



REZEKI, kalau ada tuan rumah yang sudi menjamu kami dengan makanan tu alhamdulillah kenyang.. biasanya kalau belah pagi kami dapatlah set sarapan macam bihun goreng, rojak, nasi lemak dan banyak lagi la termasuk air nescafe & teh tarik. FREE~~ kalau dah tenahari dapatlah nasi berlauk. Kenyang lagi. 




Susah kalau nak duduk macam ni sembang-sembang kalau bukan time raya, ye dak! 

Ada kisah di sebalik tiang lampu ni, nanti la cite kat entri lain. Ni gara-gara menunggu tetamu lain keluar dari rumah sebab kalau kami main masuk je, kompem tak muat~~

Okay ni first time rumah aku jadi chekpoint terakhir, meghampiri jam 12 malam jugak tapi kami okay je. Takde masalah la lagipun tuan rumah a.k.a bapak aku pun okay je~

Mak aku sempat lagi sediakan ubi goreng cicah sambal kicap. Lepas tu petang tu mak cik aku pulak bagi bihun goreng, memang kenyanglah korang balik terus tidur~~ 

Alhamdulillah tamat sudah marhaban pemuda untuk Syawal 2012, so jumpa tahun depan Syawal 2013 insyaallah. Semoga maintain meriah & makin meriah. Tak sabar nak tau lokasi pertama yang dituju & lokasi terakhir HAHA~~


6 Readers:

{ hajar } at: 3 September 2012 at 14:53 said...

pt laman pt sulong ke pt laman seri medan nih?

{ Faizul Osman } at: 3 September 2012 at 16:12 said...

marhaban sambil beraya... time raya je dpt gathering mcm ni...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:28 said...

Hajar: mesti laaaa pt sulong~~~

FO: yeayy btol tu~~~~

{ Wan Zulqhairi } at: 9 September 2012 at 17:53 said...

mana gambar awak? tak nampak pun.

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 9 September 2012 at 18:30 said...

seronok tgk amalan org jowo ni.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 9 September 2012 at 19:12 said...

Que: lupe la nk letak! (boleh cenggitu haha) serius, aku lupe nk letak! huu

AFA: haha memg seronok~~~ hikhihkik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean