header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: Rumah Terbuka orang kuat Tropics Design

| Saturday, 1 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah rezeki bulan Syawal, dapat makan free di waktu lunch hour sebab salah seorang ahli lembaga Tropics Design tempat aku kerja tu buat rumah terbuka. Hari Rabu 29 Ogos hari tu la, kitorang 1 opis dijemput ke rumah Dr. Sarofil (salah eja mintak maaf ye) di Kangkar Pulai.


Aku nak kongsi dengan korang, gambar & suasana sekitar majlis rumah terbuka ni. Ini rumah terbuka yang pertama aku hadir untuk tahun ni tapi sebelum ni masa bara'an pun ada makan-makan jugak tapi tak dipanggin rumah terbuka hahaha~~~


Teruja tengok indoor courtyard rumah Dr. ni, terasa macam dalam dunia lain sikit :) Perut dah sedia dikosongkan sejak pagi & terus sambar makanan yang sedap-sedap tu weyh! 

Makanan tradisi Malaysia dicampur dengan ala barat. Anak-anak beliau pandai memasak dan hasilnya, sedap! >_<


Menu pilihan aku untuk round 1: Satay dengan spageti.. serius! sangat sedap dan sebab itulah round kedua aku ambik spageti lagi HAHA sedap kot! 

Ape ni? sila kurangkan aksi begini di tempat awam ye HAHA~~

Tengok, berapa cucuk sate yang Kak Taty dengan Fila makan HAHA termasuk aku derr..

Stop sekejap selepas round pertama lepas tu sambung lagi sampailah round ke 5 kalau tak silap! >_<

Aksi di courtyard selepas semua tetamu balik, tinggallah kami dari TD nih haha~~ peluang terbaik untuk beraksi lebih sikit sambil menghabiskan makanan kalau boleh laaa.

Tuan rumah dah sediakan plastik & getah tempe, tanda suruh bungkus bawak balik ~~~~

Geng tuan rumah yang telah menyediakan juadah yang sangat sedap! Tahun depan buat lagi, insyaallah kalau aku ada kat TD lagi wuwuwu~~~

Ini tandanya sedap dan kenyang~~~ >_<


Sudut dari sini bagi aku sangat cantik, entah kenapa tapi mungkin disebabkan tingkap dan tempat duduk tu kot~~



Sorang merah, sorang pink; kemain lawa diorang nih! 

Sesi bungkus membungkus sebab kami tetamu terakhir yang balik~~

Okay dah tamat dah! balik opis sambung kerja yang banyak tu, aku punya la tapi rilek je tak buat HAHA~~ terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi jemput kami ni, alhamdulillah kenyang dan yang penting semuanya sedap! untunglah anak dara dan teruna Dr. pandai memasak. Eksperimen katanya tapi menjadi jugak kan.. 

Okay untuk yang terakhir, inilah staf ABD Landscape & Tropics Design! sebelum ni rasanya tak seramai ni tapi sejak akhir-akhir ni IPTA dah berjaya mengeluarkan bakal-bakal Arkitek Landskap yang kreatif katanya HAHA~~~ inilah kami >_<



3 Readers:

{ Dkna Abza } at: 1 September 2012 at 13:14 said...

salam aidilfitri ;p

{ aneff.marhfiz } at: 1 September 2012 at 20:16 said...

cuba teka siapa paling manis ? haaaa :P

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:32 said...

DA: salam raya~~~~

aNEP: haaaaaaaaaaaaaaa xnk jwb..ko je yg tau~~~ uwuwuw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean