header

header
hairie

KISAH AIDILFITRI 2012: Warna-warni Bara'an ke Sri Medan

| Thursday, 6 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Aku nak kongsi sikit kisah semasa raya ke 7; bara'an orang kampung Parit Laman ke Sri MEdan sebagai balasan warga Sri Medan yang telah melakukan ziarah/bara'an ke kampung aku pada raya ke 5. Korang nak tau, jarak antara kampung aku dengan Sri Medan tu lebih 20km ok! kira macam konvoi jugak la kan. Tapi itulah tradisi raya kitorang kat sini, dah dari zaman dulu lagi aktiviti bara'an ni sampailah sekarang masih meriah. Aku cukup suka kalau sertai bara'an ni. Disamping dapat kenal sedara-mara yang tak selalu jumpa, kita boleh bersembang secara dekat lagi dikalangan ahl bara'an. Ye la, kat kampung tak jumpa, kat sinilah boleh sembang lama >_<
Tahun ni perjalanan kurang lancar sebab pagi-pagi dah hujan, so agak slow sikit tapi alhamdulillah habis macam biasa, tak terlewat pun :) Sebenarnya nak kongsi gambar-gambar je hehe..

Ziarah; makan kuih, minum, sembang, mintak maaf lepas tu turun balik HAHA itulah namanya bara'an >_<

Ok gambar ni diambil dari atas motosikal ye, dengan secara tak sengaja terfokus kat pokok palma dengan orang tu. Sangat tak disengajakan, tengah nak edit tadi baru nampak HAHA 

Korang! kenal Allahyarham Sosilawati Lawiya? inilah rumah ibunya di Kampung Seri Menanti, Sri Medan. Tahun lepas rumah ni bertutup, tengah HOT dengan kes tu kan tapi tahun ni alhamdulillah buka tapi kami tak singgah pun.

Group ni masuk sini, group lagi satu masuk depan dan seterusnya macam tu la. Asalkan setiap rumah ada kumpulan yang singgah ziarah tu cukuplah, nak cepat habis la katakan~~


Tahun ni aku tak ride, sebab plan terpaksa tukar. Bapak aku tak nak naik motor dalam hujan walaupun gerimis, biaselah orang dah berusia kan kenalah hormat keputusan. Nak paksa pun takde guna >_<


Raya je boleh jumpa suasana macam ni. Lepas raya & sebelum raya memang tak jumpa sangat la~~

Inilah Sri Medan, banyak pokok sawit dan juga rumah cantik-cantik *tetibe

Masjid Parit Lapis Bangas, Sri Medan; lokasi ni kalau Kembara Mahkota Johor mesti Sultan akan singgah sini, ada majlis meraikan kehadiran orang besar istana. So bila Sultan nak datang, macam-macamlah projek dapat; jalan baru, korek parit, cat masjid & juga peruntukan lebih sikit hehehe~~

Inilah agenda kitorang berhenti kat masjid ni HAHA rezeki kan, takkan nak tolak. Memang ada jamuan untuk kami, bara'an dari Parit Laman.

Macam nak main bola~

Menu istimewa; nasi beriani tapi aku tak makan sebab dah kenyang makan soto sebelum ni HOHO

Makan sambil mengatur strategi nak cepat siap sebelum senja menjelma >_<

Dah kenyang, banyak lagi rumah yang belum disinggahi lagi! Jom teruskan perjalanan.

Alhamdulillah petang Sabtu raya ke 7 tu siap dah bara'an kami so tahun depan insyaaallah akan berulang lagi agenda ini sampailah bila-bila dengan niat untuk mengeratkan silaturrahim & merapatkan rakan sekampung yang sebelum ni jarang berjumpa & berbual AHAHA gile ayat menteri sangat! Ok tu je nak cite pasal raya di Sri Medan.




6 Readers:

{ :: Mrs.Eady :: } at: 6 September 2012 at 13:48 said...

best nyer duduk kampung..

{ MizzTina } at: 6 September 2012 at 13:49 said...

bru nk tnye, tak pegi lapis bangas ke? ada gak ye.. beb, tahun depan singgah umah ye.. xjauh dh dari masjid tu, masuk lagi ckit dh smpi umah aku.. bila lagi nk jmpa blogger kann..

{ hajar } at: 6 September 2012 at 15:50 said...

seri medan kgku....

{ aneff.marhfiz } at: 6 September 2012 at 16:09 said...

yang gambar mcm atas jalan tu , capture masa meniarap ke cane ? :P

{ Faizul Osman } at: 7 September 2012 at 00:23 said...

best giler program mcm ni.. tak semua kg buat...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/alasan-kenapa-merokok.html

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:23 said...

ME: huhu rumah family~~~

MT: haha xtaw la rumah ko mne 1..stahun skali je msuk kmpung ko ni ahahah~~

Hajar: sri medan ramai sedara bapakku~~

Anep: benti tepi jln, kamera letak paras2 jalan~~~

FO: huhu.... yup btol tu, dh kurang skrg~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean