header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Siti Zubaidah & Zulhilmi

| Tuesday, 18 September 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Weekend cuti Hari Malaysia macam ni banyak undangan majlis perkahwinan, majlis tunang dan lain-lainlah! Semalam hari ahad, aku hadir ke majlis pekahwinan kawan sekolah menengah dulu yang sekarang dah kerja kat Johor Bahru, Setia Tropika kalau tak silap bahagian developer~~ tak pernah jumpa pun kat sane HAHA

Aku sekelas dengan Bed ni sejak tingkatan 4 sampailah SPM. Kalau cikgu takde ataupun takde keje selalu singgah meja beliau yang dok dengan Zana tu, cerita apa yang patut~~ haha

Hari ni dia dah secara rasminya jadi bini orang. Hari tu aku tolak pinangan die #eh salah!! hari tu beberapa bulan sebelum majlis, aku tolak tawaran die untuk jadi jurufoto. Maklumlah, pengalaman & barang tak cukup lagi sebab tu tolak. Lagipun ni majlis besar korang, takkan aku nak rosakkan gambar korang yang sepatutnya cantik >______< ... *emo sekejap! HAHA. Aku nak kongsi dengan korang beberapa foto majlis tu >__<




Kalau ada wedding kawan-kawan je secara automatik, jadi macam mini reunion.. ramai kita boleh jumpa kawan-kawan yang susah nak jumpa selalu. Makan, sembang ambik gambar dengan pengantin lepas tu baru balik. Maksimum kitorang boleh duduk kat meja tu 2 jam HAHA tapi kat majlis Bed ni 1 jam je HAHA >_<

Gelak sakan bersama Sally~~ haha

Tu yang belah kanan sekali berbaju coklat (pakai cermn mata), dah nak jadi ibu dah! tengah mengandung 8 bulan tapi perut kecik je lagi, anak perempuan kot! lupe nak tanya ko Nadia, laki ke pempuan bakal baby ko ni? >_< *Dengan bangganya beg POLO tu berisi hadiah aku untuk Bed! HAHA

Dayah (tudung turqoise) dan Nani; Nani dah kurus weyh! dulu masa zaman sekolah, jadi pujaam budak-budak laki. Hot~~ gitu! >_< Aku baru tau yang Nani dah kawin rupenye, melepaslah korang HAHA



Ada beberapa khabar angin yang sekarang ni tgh bertiup slow~~ tapi tak lama angin kuat la HAHA~~ dalam senyap ek! :P

3 single, 1 dah kena ikat! .. 2 dah ada pakwe, 1 aku tak tau ade ke tak dan lagi 1 yang dah kena ikat tu, lakinya pulak kat China~~ teka sendiri mane 1 orang-orang tersebut HAHA




Penat menanti Bed dan suami habis makan, siap potong kek kitorang terus tangkap Bed ajak ambik gambar sesame HAHA~~ maklumlah kalau datang majlis lepas tu tak ambik gambar dengan pengantin rasa macam tak cukup syarat seyh! kawan sendiri kot~


Okay doa dari aku untuk ko Bed! Semoga berjaya mencuci kendil dengan jayanya HAHA~~ *gurau. Semoga kau berbahagia dengan encik suami tersayang selamanya insyaallah, semoga makin murah rezeki & makin sihat. Orang kata lepas kawin ni makin murah rezeki. Ye kot sebab aku tak pernah rasa lagi HAHA Kalau ada tu, ada la. Kalau takde tu kena banyak usaha & doa >_< Dah tu je, k tak mau cerita banyak-banyak. Cukuplah ye~~ bye

5 Readers:

{ ch000tz axoera ヅ } at: 18 September 2012 at 14:21 said...

meriah sungguh :)

{ Mk Syahir } at: 18 September 2012 at 22:32 said...

senarai peserta review 3 suku dah keluar..jemput BW kalau nak tambah followers :) http://www.mksyahir.com/2012/09/senarai-bakal-di-review-tiga-suku.html

{ Misz Mieza } at: 18 September 2012 at 23:00 said...

Tu dia! Meriah sungguh mini reunion korang.. MM dah lama tak gathering cani ngan kawan2 lama.. Rindu plak rasa..

Oh, btw MM follow sini ye! Follower ke-971! ^_^

{ Yana Sakura } at: 19 September 2012 at 09:36 said...

wahh..bestnyer g majlis owg kawen..

Yana dtg bw dr senarai blog utk direview MK folo sni skli..comel blog ^^

{ Phat } at: 22 September 2012 at 13:02 said...

hairy bila lagi??? oppss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean