header

header
hairie

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM: Banjir di tepi sungai~~

| Tuesday, 30 October 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
HAri ni nak kongsi dengan korang kisah beberapa minggu lalu, tengahari tu hujan dengan lebatnya turun di bumi Skudai atau secara spesifiknya di Taman Sri Pulai Perdana. Sangat lebat hampir 1 jam sahaja bukan sehari. Korang tengoklah gambar kat atas tu, buat pertama kalinya aku lihat air bertakung kat tempat letak kereta ni. Korang nampak kan besi longkang yang terkeluar dari permukaan air tu kan, itulah longkang kecil yang telah tersumbat dengan sampah; daun-daun pokok & sampah kita. Kalau uncle kedai bawah tu tak bukak, mesti dah makin tinggi paras air tu.

Apa yang pelik kan, kat hujung blok kedai pejabat 2 tingkat ni ada sungai tau, tapi kenapa agaknya air ni tak mengalir ke arah sungai tu? Kalau ikut ayat yang tak berapa nak sains la kan; hujan terlalu lebat, permukaan jalan berturap tar dan konkrit jadi air lambat nak meresap. Lagi 1 longkang yang sedia ada tak mampu nak menampung kuantiti air yang banyak selain daripada ada sampah dalam longkang tu >_< dan sebenarnya air yang bertakung ni tak mengalir ke arah sungai berdekatan. Mungkin sebab level tanah yang dekat dengan sungai tu lebih tinggi dari level yang belah sini so secara automatiknya air tu terus mengalir ke tempat rendah sampailah bertakung macam tu. 

Ermmm..inilah yang hampir menakutkan aku tapi nasib baik air berhenti takat tu je. Tapi lepas air surut je kan, rasa geli tengok moto sendiri sebab banyak sampah, plastik sangkut kat motor aku! kotornya bumi kita :( So peringatan untuk engineer, arkitek dan juga para designer serta kontraktor la kan, kalau nak buat development tu pastikan longkang tu praktikal dari segi saiz & lokasi supaya kurang berlaku banjir kilat macam ni. Nasib baik hujan tu dalam 1 jam jer, kalau 3 jam lebat habislaaa. 


Majlis Pertunangan Lynda Roslan & Aizul Marcello oleh Photophenomgraphy Studio

| Monday, 29 October 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Sabtu 13 Oktober 2012 hari tu telah berlangsungnya majlis pertunangan Lynda Roslan dengan Aizul Marcello di kediaman Lynda di Shah Alam. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan segala perbincangan yang berkaitan dah pun mendapat kata putus <-- ayat pembaca berita konon!~~

Entri kali ni nak kongsi dengan korang saat-saat indah yang dirakamkan oleh lensa Photophenomgraphy Studio sepanjang majlis pertunangan tersebut berlangsung. PS ni ada style tersendiri dalam menghasilkan gambar yang menarik. Kena pandai main sudut dengan warna, barulah pelanggan menangis kegembiraan air mata darah kelabu tengok gambar sendiri yang cantik tu -_-' betul weyh!

Okay nak kenalkan pemilik Photophenomgraphy Studio ni namanya Mohd Shahrul Idaham Md Yudin berasal dari Kuantan, Pahang. Aku kenal sejak dari semester 1 Diploma masa tu sama2 main guli #eh sama-sama study la weyh kat UiTM Perak. Bakat seni tu memang dah nampak dah dan bakat dalam fotografi ni aku mula nampak di hujung-hujung tahun akhir kami. Lama-lama aku yang impress dengan hasil tangan die nih! 

Dan sekarang alhamdulillah aku tengok makin maju sikit-sikit aku tengok ko ni Sharoll~~ semoga semakin hebat!! insyaallah. Gambar masa majlis Lynda hari tu pun dah cantik, belum gambar majlis aku nanti #eh -_-'















Yang aku kenal dalam ni En Leo, Fiq Fikri ngan Abg Azad.. yang duduk depan tu mungkin Cikgu Sudirman, blogger dari Sabah.. hurmmm hari tu macam perasan muke beliau nih :)













Dari kiri; Anis, Alia, Lynda ngan Jaja~~ kawan sejak zaman diploma













Untuk korang berdua, semoga kekal la weyh sampai bila-bila. Aku tunggu dapat kad jemputan je nih! Hadiah insyaallah akan di'ready'kan insyaallah kehkehkeh~~ tak nak la bagi korang bakul baju, tu dah biasa HAHA 

Okeh untuk readers, kalau korang nak mendapatkan khidmat jurufoto majlis korang ke, maklis kawan korang ke ape ke; korang boleh contact kat sini:  Photophenomgraphy Studio
Hasil tangan yang smooth, cantik & buat anda berdebar tengok gambar sendiri #eh




Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini

| Sunday, 28 October 2012
Korang nak join? Jom klik sini: GIVEAWAY SYOKNYA RAYA BY NURUL AINI meh join kalau korang ada cerita menarik korang sewaktu aidilfitri hari tu >_< Hadiah? kemain meriah seyh! sebab tu aku nak join sambil boleh share dengan korang kisah raya di kampung aku nih. Sesuatu yang sangat bermakna apabila beraya di kampung bersama keluarga beb walaupun hari-hari ko ngadap orang yang sama je kan :P



Okay tajuk entri Syoknya Raya adalah seperti di atas tu la; Kisah bara'an dan marhaban raya. Aku berasal dari keturunan Jawa & of course duduk dalam komuniti Jawa la kan. Okay bara'an ni merujuk kepada ziarah dari rumah ke rumah beramai-beramai sambil bermarhaban. Kalau kat kampung aku ni baru je masuk tahun ke 3 menganjurkan marhaban raya nih.

Inilah kenangan raya yang tak akan aku lupa sebab waktu inilah dapat berjumpa dengan para belia kampung yang lain yang jarang jumpa dan juga menziarahi jiran sekampung yang belum tentu dapat singgah selalu (setahun sekali pun jadik la). Marhaban yang disertai doa ke atas tuan rumah adalah dengan harapan kunjungan kami ni diberkati dan tuan rumah dimurahkan rezeki insyaallah. Berkenaan dengan ziarah, biasanya jadual minggu pertama raya memang agak padat, meh sini tengok:

1 Syawal: Bara'an ke kampung sendiri dari rumah ke rumah.
2 Syawal: Bara'an & Marhaban pemuda kampung dari tumah ke rumah.
3 Syawal: Bara'an ke Parit Lapis Laman.
4 Syawal: Menerima kunjungan balas bara'an dari Parit Lapis Laman serta bara'an ke Parit Othman.
5 Syawal: Menerima kunjungan balas bara'an dari Parit Othman serta menerima kunjungan bara'an dari Sri Medan.
6 Syawal: Bara'an ke Sri Medan
7 Syawal: Family punya cerita HAHA

Sila google kalau nak tau lokasi kampung-kampung ni HAHA~~ Ok, marhaban just diadakan pada raya kedua sahaja manakala yang lain-lain tu just bara'an jer. Tapi serius, sangat seronok walaupun penat, ia hanya berlaku setahun sekali jer. 


Dah penat marhaban, telan apa yang ada kat depan mata. Gambar kat atas ni sewaktu jam menghampiri 12tengah malam raya kedua hari tu. Kebetulan rumah aku rumah terakhir so mak ayah aku sediakan apa yang patut la selain kuih muih >_<


Yang ni marhaban di Johor Bahru, rumah abang aku. Rasanya kan, orang Johor je yang buat marhaban time raya nih. 

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. >_<

Gema suara kitorang ni kadang-kang boleh menjangkau sampai 100meter ke rumah jiran-jiran . Semuanya bergantung kepada tenaga HAHA >_<


Marhaban di rumah pak imam. 


Generasi muda yang bakal mewarisi tradisi masyarakat kampung yang dah makin moden nih! >_< harap-harap berkekalan insyaallah...


Dua scene yang sama di lokasi yang sama iaitu di Masjid Jamek Parit Lapis Bangas, Seri Medan. Ni sewaktu bara'an ke sana dan ada jamuan di masjid nih! >_< 

So secara keseluruhannya la kan, teratak inilah yang memberikan beribu kenangan raya bersama keluarga dan sanak sedara serta geng bara'an & marhaban! Kalau boleh sampai kawin nanti pun tak nak tinggalkan kenangan yang best nih kat sini, insyaallah..setakat ni bujang so bolehlah menikmati nikmat berbujang di sini bersama keluarga HAHA okbai!~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean