header

header
hairie

Di sinilah segalanya: Kuliah/Discussion/Makan/Tidur/Masak/semualah

| Thursday, 18 October 2012
Mengimbau kenangan zaman bergelar pelajar semester akhir dulu; Sarjana Muda Senibina Landskap di UiTM Shah Alam. Amacam korang tengok gambar kat atas ni, serabut or kemas? HAHA~~ Harap korang nampak dengan jelas tentang apa yang dilakukan oleh manusia-manusia di dalam gambar ini. Dan mungkin ada yang kata , 'eh ade orang ke?' .. kalau tengok sekali imbas memang tak nampak sangat orang tapi insyaallah ada tu >_<

Kat bawah ni aku nak tunjuk kitorang punya multipurpose cube/panel atau ayat mudah meja. Selain untuk letak PC atau laptop, buat kerja, bentang pelan & makan, bahadian bawah meja ni juga ada ruang yang muat-muat untuk badan manusia terutamanya wanita. Meh tengok!

Konsepnya, bosan & tension mengadap laptop je terus masuk bawah meja & tidur! Kat sini kitorang pakai kinsep saling mempercayai maksudnya, kalau laptop letak atas meja pun, bangun tak ilang..ada je kat situ >_<

Nak lagi selesa macam kat umah, letak la kain sebagai penghalang silau~~ yang atas ni kan, sebenarnya selendang pastu boleh jadi alas meja, selimut & boleh jadi untuk tido HAHA

Yang ni line mewah sikit. Maklumlah UiTM ni dekat dengan Jakel & Gulati's Silk House (kat sek. 7), Nagoya kat PAS je. Belilah langsir share dengan jiran2 sebelah. Lagi selesa siap boleh tarik-tarik lagi macam langsir kat rumah.

Dah, tu je aku nak kongsi. Tempat tidur aku kat mana? jap, tengok kat bawah ni: 

Beralaskan sleeping bag & bantal yang tak berapa nak bantal, di sebalik langsir warna merah jambu itulah lokasi untuk tidur. Syarat nak tidur kat sini, kena bangun awal sebab sebenarnya tempat tu surau kitorang HAHA tapi aku cop awal-awal sebagai tempat tidur aku HAHA sebab aku yang pasang kain-kain tu -_-';


4 Readers:

{ Lady Leaya } at: 18 October 2012 at 13:45 said...

hahahaha...

cara penerangan kau tu kan sgt kelakar...lagi best ko letak tag studio life, studio landscape architecture, and bla2..biar semua org tau cane studio life..

tp aku xtdo kat studio..maklumla..tak delemakk an..sakit badan..-_-

{ Papa PUSS } at: 18 October 2012 at 13:53 said...

Salam

Perghhhh giler babas la Papa tgk picture2 tu.. Serius ke tu, aiyoo papa lom pernah alami situasi ni.. Tapi cam best je tgk..

{ Mira Adzlia } at: 18 October 2012 at 14:22 said...

wah..dasatnye...mcm best jugak..hihi

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 October 2012 at 08:24 said...

alia: haha memg ko xselesa kn lepak2 lame2 kt studio.sbb serabut, ye dak haha tp bende tu la yg jd kenangan haha''

Papa: haha yup inilh student life haha

MA: dahsyat tu dhsyat jgk tp buat2 mcm xdhsyt je haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean