header

header
hairie

Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini

| Sunday, 28 October 2012
Korang nak join? Jom klik sini: GIVEAWAY SYOKNYA RAYA BY NURUL AINI meh join kalau korang ada cerita menarik korang sewaktu aidilfitri hari tu >_< Hadiah? kemain meriah seyh! sebab tu aku nak join sambil boleh share dengan korang kisah raya di kampung aku nih. Sesuatu yang sangat bermakna apabila beraya di kampung bersama keluarga beb walaupun hari-hari ko ngadap orang yang sama je kan :P



Okay tajuk entri Syoknya Raya adalah seperti di atas tu la; Kisah bara'an dan marhaban raya. Aku berasal dari keturunan Jawa & of course duduk dalam komuniti Jawa la kan. Okay bara'an ni merujuk kepada ziarah dari rumah ke rumah beramai-beramai sambil bermarhaban. Kalau kat kampung aku ni baru je masuk tahun ke 3 menganjurkan marhaban raya nih.

Inilah kenangan raya yang tak akan aku lupa sebab waktu inilah dapat berjumpa dengan para belia kampung yang lain yang jarang jumpa dan juga menziarahi jiran sekampung yang belum tentu dapat singgah selalu (setahun sekali pun jadik la). Marhaban yang disertai doa ke atas tuan rumah adalah dengan harapan kunjungan kami ni diberkati dan tuan rumah dimurahkan rezeki insyaallah. Berkenaan dengan ziarah, biasanya jadual minggu pertama raya memang agak padat, meh sini tengok:

1 Syawal: Bara'an ke kampung sendiri dari rumah ke rumah.
2 Syawal: Bara'an & Marhaban pemuda kampung dari tumah ke rumah.
3 Syawal: Bara'an ke Parit Lapis Laman.
4 Syawal: Menerima kunjungan balas bara'an dari Parit Lapis Laman serta bara'an ke Parit Othman.
5 Syawal: Menerima kunjungan balas bara'an dari Parit Othman serta menerima kunjungan bara'an dari Sri Medan.
6 Syawal: Bara'an ke Sri Medan
7 Syawal: Family punya cerita HAHA

Sila google kalau nak tau lokasi kampung-kampung ni HAHA~~ Ok, marhaban just diadakan pada raya kedua sahaja manakala yang lain-lain tu just bara'an jer. Tapi serius, sangat seronok walaupun penat, ia hanya berlaku setahun sekali jer. 


Dah penat marhaban, telan apa yang ada kat depan mata. Gambar kat atas ni sewaktu jam menghampiri 12tengah malam raya kedua hari tu. Kebetulan rumah aku rumah terakhir so mak ayah aku sediakan apa yang patut la selain kuih muih >_<


Yang ni marhaban di Johor Bahru, rumah abang aku. Rasanya kan, orang Johor je yang buat marhaban time raya nih. 

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. >_<

Gema suara kitorang ni kadang-kang boleh menjangkau sampai 100meter ke rumah jiran-jiran . Semuanya bergantung kepada tenaga HAHA >_<


Marhaban di rumah pak imam. 


Generasi muda yang bakal mewarisi tradisi masyarakat kampung yang dah makin moden nih! >_< harap-harap berkekalan insyaallah...


Dua scene yang sama di lokasi yang sama iaitu di Masjid Jamek Parit Lapis Bangas, Seri Medan. Ni sewaktu bara'an ke sana dan ada jamuan di masjid nih! >_< 

So secara keseluruhannya la kan, teratak inilah yang memberikan beribu kenangan raya bersama keluarga dan sanak sedara serta geng bara'an & marhaban! Kalau boleh sampai kawin nanti pun tak nak tinggalkan kenangan yang best nih kat sini, insyaallah..setakat ni bujang so bolehlah menikmati nikmat berbujang di sini bersama keluarga HAHA okbai!~~


1 Readers:

{ lurun namzar } at: 28 October 2012 at 20:32 said...

sronok tgk suasana time nie klu beraya umah mak angkat kt kuala selangor. meriah.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean