header

header
hairie

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM: Banjir di tepi sungai~~

| Tuesday, 30 October 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
HAri ni nak kongsi dengan korang kisah beberapa minggu lalu, tengahari tu hujan dengan lebatnya turun di bumi Skudai atau secara spesifiknya di Taman Sri Pulai Perdana. Sangat lebat hampir 1 jam sahaja bukan sehari. Korang tengoklah gambar kat atas tu, buat pertama kalinya aku lihat air bertakung kat tempat letak kereta ni. Korang nampak kan besi longkang yang terkeluar dari permukaan air tu kan, itulah longkang kecil yang telah tersumbat dengan sampah; daun-daun pokok & sampah kita. Kalau uncle kedai bawah tu tak bukak, mesti dah makin tinggi paras air tu.

Apa yang pelik kan, kat hujung blok kedai pejabat 2 tingkat ni ada sungai tau, tapi kenapa agaknya air ni tak mengalir ke arah sungai tu? Kalau ikut ayat yang tak berapa nak sains la kan; hujan terlalu lebat, permukaan jalan berturap tar dan konkrit jadi air lambat nak meresap. Lagi 1 longkang yang sedia ada tak mampu nak menampung kuantiti air yang banyak selain daripada ada sampah dalam longkang tu >_< dan sebenarnya air yang bertakung ni tak mengalir ke arah sungai berdekatan. Mungkin sebab level tanah yang dekat dengan sungai tu lebih tinggi dari level yang belah sini so secara automatiknya air tu terus mengalir ke tempat rendah sampailah bertakung macam tu. 

Ermmm..inilah yang hampir menakutkan aku tapi nasib baik air berhenti takat tu je. Tapi lepas air surut je kan, rasa geli tengok moto sendiri sebab banyak sampah, plastik sangkut kat motor aku! kotornya bumi kita :( So peringatan untuk engineer, arkitek dan juga para designer serta kontraktor la kan, kalau nak buat development tu pastikan longkang tu praktikal dari segi saiz & lokasi supaya kurang berlaku banjir kilat macam ni. Nasib baik hujan tu dalam 1 jam jer, kalau 3 jam lebat habislaaa. 


3 Readers:

{ :: Mrs.Eady :: } at: 30 October 2012 at 13:38 said...

sedangkan kl pun tak pernah banjir pun boleh banjir dgn sungai kelang yg besar nie...ape tah lagi takat longkang kecik ye dak...

{ Hazmin Hamudin } at: 31 October 2012 at 13:58 said...

Biasa la sikap orang kita yang suka buang sampah merata rata.. Abis longkang pun tersumbat.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 November 2012 at 19:26 said...

ME : yup~~~ hehehe saya sokong!

HH: haaa tu pun same .. sekali bile besi longkang tu ddibukak, laju je air tu jln

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean