header

header
hairie

Kisah Instagram di Tropics Design~~

| Monday, 1 October 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak share gambar, biasalah aku memang suka post gambar sambil tulis berjela-jela HAHA sebab tu ramai yang suke tengok gambar je ~~ Hari ni just nak post gambar dari Instagram yang selalu kuar kat FB tu 'si polan took 10 photos with Instagram'. Aku belum ada akaun Instagram lagi walaupun dah pakai XPERIA X10i nih! entah kenapa tak boleh install dalam phone nih.

HAHA Instagram ni boleh buat gambar kita ni cantik ala-ala vintage macam tu la kan. MEmang aku suka dengan effect-effects yang ada kat Instagram tu tapi belum ade rezeki nak jadi sebahagian dari komuniti Instagram tu HAHA~~ phuiii

Gambo sebelah ni dari Limee; aku kuat makan ek? tapi memang nafsu makan aku agak kuat la sejak kerja ni, maklumlah seharian a.k.a 24 jam duduk dalam opis berekon. Mana tak lapar kan & secara tak sengaja berat badan naik & kesannya aku mula rase berat, cepat penat & duduk tahyat akhir dalam solat pun dah senget sikit HAHA





Yang ni masa bulan puasa hari tu, majlis berbuka dengan staf opis. Makanan arab woo~~ ada yang boleh masuk & ada yang tak boleh masuk dengan lidah jawa aku nih! Nasib baik yang sedap-sedap boleh masuk HAHA, cuma kambing tu aku kurang gemar :)

Ermmm~~ time tengah buat keje katenyer! Dikala mengantuk & strees denngan kerja, inilah aktivitinya HAHA
Sungguh tak sangka ye, bekas graduan UiTM yang sama batch dengan aku ni (kawan sekelas), sekarang di dalam 1 opis. Tempat aku je dah ada 4 orang dari UiTM Shah Alam. Yang kat Provinca Landscape Design tu ada 4 jugak, Lotus ada 1 dan Veritas Landscape pun ade 1, itu tak termasuk mereka yang lain-lain termasuklah yang kat SP Setia dan lain-lain lah >_< 

Lepak dengan kawan-kawan kat Steambot Dataran Bandaraya JB. Lama jugak dok sembang-sembang lagi2 dengan Syue, sejak Syue keje kat JB ni (sebulan sebelum puasa kalau tak silap), aku tak pernah jumpa Syue, akhirnya 2 minggu lepas baru jumpa, tak sangka beliau tetap cantik putih ~~~~ wuuwuwuwuwuwu

Berbuka puasa kat restoran area opis je ni, ala-ala makan besar gitulah! 

LA paling sibuk kat opis, hari-hari mengadap BQ, Cost Estimate semua tu lah~ senang cakap lah, kalau korang nak tau harga pokok, just contact die jer insyaallah dia boleh kasi dengan penuh redha & ikhlas, kan Wani? :P

Haa ni buah tangan dari kampung. Sape bawak? aku la..kat opis tu akulah yang membekalkan bekalan makanan yang macam ni: Mee Siput + Sambal Kicap dengan Dodol. Kalau lapar/mengantuk, pegi dapur terus capai ni, tu pun kalau ada la HAHA



Oka foto last~~ ni la workspace aku yang kalau malas nak kemas memang serabut, balik rumah gitu je, esok baru kemas HAHA ok tu je nak kongsi dengan korang, sedikit suasana di sebuah pejabat konsultant yang penuh kisah. Yang penting aku kat sini nak ambik pengalaman yang insyaallah boleh guna untuk masa depan :)


4 Readers:

{ Poi Blogger } at: 1 October 2012 at 01:38 said...

nice picture!! ^^ gbr bercerita,, ehhee

{ Mira Adzlia } at: 1 October 2012 at 09:37 said...

gmbr instagram mmg cntik...ader je akaun instagram..tp jarang guna..sbb henpon slalu xde internet.(mls nk byr mobile tenet)...hahaha

{ Hazmin Hamudin } at: 1 October 2012 at 09:41 said...

Wajib kena ada Instagram ni bro.. Hehe.. Gambar Instagram ni memang cantik..

{ :: Mrs.Eady :: } at: 1 October 2012 at 09:55 said...

alamakkk...akak yg ketinggalan zaman xde instagram nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean