header

header
hairie

UNTUK DIA: Lynda Roslan & Aizul Marcello dah BERTUNANG, TAHNIAH!~~

| Sunday, 21 October 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Entri kali ni nak kongsi kisah salah seorang kawan yang dah maju selangkah ke hadapan dalam membina masjid a.k.a nak kawin dah. Ramai dah yang kena IKAT, AKAD pun dah ada & lagi syok dah ada baby.

Sabtu lepas 13 Oktober 2012 dah berlangsungnya majlis pertunangan antara bekas pelajar Sarjana Muda Senibina Landskap UiTM dengan bekas pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah UTM. Kedua-duanya sekarang ni dah berubah profesion atas dasar minat & kelebihan ehehe~~ Maka termetrailah ikatan antara Lynda Roslan dengan Aizul Marcello ni, alhamdulillah korang dah selamat dengan sekali je sarung cincin (macam akad nikah plak!)



"Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis pertunangan saya dan Lynda Roslan..Jauh di sudut hati saya, saya mgharapkan doa yang tidak putus2 dari anda2 semua yang mengenali diri saya dan tunang. Kepada keluarga saya yang tercinta, terima kasih atas segalanya...kepada keluarga belah perempuan, pun saya ucapkan jutaan trima kasih yang tidak terhingga..Rakan2 yang sanggup datang
 dari jauh, Sabah, Terengganu, Johor Bahru dan semua lah, nnt claim sket2..hauahuah!

kepada Renjis Boutique, trima kasih! Rekaan baju dan makeup yang sungguh kebabooommm cantik!
juga kepada Saiful Sin Couture (Wedding & Designs Gallery) untuk hantaran sebelah pihak lelaki yang awesome!!!
Kepada kak Yong utk pelamin dan hantaran di sebelah pihak perempuan.
kakak kesayangan Cpm Honey Nurhaliza : support yang tidak berbelah bahagi!
Kakak ipar Nurul Azwan utk door gift yg comel2!
official photog : Mohd Azizun Meri dari EyeStudio Photography
official videographer : FMP Feel Motion Picture
Pendek kata semua la! infiniti terima kasih! Mana yang terkurang atau apa sekalipun, mohon maaf dipinta.
Akhir sekali, cpt tadah doa, doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat~"

Ayat ni aku copy dari wall FB Aizul, jangan marah taw! ehehe gambar pun >_<






Nasib baik time aku sampai tu rombongan belum sampai lagi so sempatlah aku menjenguk Lynda kat dalam bilik tu atas jemputan beliau sendiri ye, bukan aku yang main serbu je HAHA nilah akibat lama tak jumpa, dah tak reti nak duduk macam mana sebelah Lynda HAHA~~

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, aku berjaya jugak curik time bergambar dengan diorang berdua nih! kenapa? sebab Aizul Marcello adalah salah seorang daripada blogger kegemaran aku. Kenapa? sebab aku suka baca blog die la weyh! ayat memang habis lancang takde nak tapis-tapis maklumlah tulis pakai hati kan. Lagi 1, bakat beliau dalam fotografi memag ohsem! orang putih kata amazing!!~~ sebab tu la kalau die update pasal gambar wedding, memang aku cair tengok gambar die weyh! aku tenung lama-lama gambar tu. Pandai main sudut ngan lighting! HOHO~~ Yang si Lynda Roslan ni pulak studiomate/classmate aku sejak Diploma sampailah Degree. Alhamdulillah kami okay je berkawan asalkan aku tak buat hal kat die, die pun tak buat kat aku..kami okay! HAHA



Ermm.. mula-mula macam ni, buat-buat macam dah jumpa Aizul selalu la kan tapi nasib baik die tak kisah aku dok tengah-tengah natara diorang nih! :P Jangan risau, aku takkan lebih dari kawan ngan Lynda huwahuwa >_<

Anggaplah Aizul tak nampak scene nih! Mungkin Lynda terkejut sebab aku pun ada cincin sebenarnya. Sebab u die terjeling ke mata aku gituu~~~ Orang tu pulak tunjuk dari jauh, nak tak nak je kan; buat muka!~~ 

At last! kantoi jugak..time ni bukan main suke Lynda! HAHA ko Aizul, hanya mampu tersenyum buat-buat ikhlas kan..kan HAHA sory Aizul, aku dah lama tak jumpa kawan aku sorang ni HAHA harap ko faham ye :P

Kat sinilah aku jumpa korang semua, lama dah tak jumpa korg weyh! Sekali jumpa kat majlis Lynda ni. Lee dah makin cantik dah #eh Barisan belakang dari kiri: Sharoll (founder Photophenomgraphy Studio, Kuantan), Lee (pemilik Renjis Boutique, Kuantan), Aku (LA kot! JB), Aizul & Lynda, Ika (LA, Kota Damansara), Nor (LA, Petaling Jaya), Jaja (tak ingat). Duduk dari kiri, Anis (LA junior, JB), Alia (LA di Putra Height) ngan Syuee (LA kat Veritas Landscape JB).Sempatlah jugak sembang berisi, kan korang >_<

Amboii~~ aku ada bau sesuatu yang baru kat gambar ni.. yang tengah memang la of course baru, yang tepi tu pun baru kot, aku baru nampak -_-' Anis dan kawan die ehehehe~~

Winkwink~~ tak kisahlah aku sorang lelaki dalam gambar ni tapi yang penting dapat bergambar dengan blogger cute yang dah kahwin pun, Irine Nadia Marcello. Sape tak kenal kan, siap datang pakai baju masa majlis tunang die hari tu, sejuk je aku tengok muka die nih, alhamdulillah die dah kawin & og course la untuk dia! heyyy~~~


Ika ngan Azie, lepas ni majlis besar korang pulak kan. Terus nikah ek? takde tunang-tunang >_<



Sharoll ngan Jaja. Sharoll bakal jadi jurufoto rasmi untuk majlis besar Alia nanti. Kalau tengok gambar-gambar yang Sharoll ambik ni kan, rasa cool je >_<

Untuk Dia..heyy!! 


Dengan Cik Hanis yang always gojess! terlebih gojes sampai kaler baju same dengan dinding -_-' Apa pun kening tu tetap ye! :P Dress ko memang la mantop! sekali pusing, abes kembang.. phuiii!!~~

Tekstur wanita apabila berkumpul/bertemu dalam 1 majlis >_< kajian dilakukan dari segi bentuk mulut, pergerakan mata, postur tangan dan duduk! :P sukehati je buat andaian HAHA

Ok entri pendek ni berakhir di sini sebab ada cerita lain yang bakal menyusul. Untuk korang berdua Lynda Roslan dan Aizul Marcello yang bila digabungkan jadi #Aizulynda, TAHNIAH! walaupun baru 4 bulan berkenalan akhirnya Allah pertemukan jodoh korang berdua. Aku ingat lagi bila ada seseorang DM aku kat Twitter mintak nombor orang yang itu tapi aku tak reply on time sebab aku tak online HAHA so surprise bila diorang ni nak buat majlis dah hari tu >_< Masa majlis tu, pertama kalinya aku jumpa my favourite blogger, Aizull yang before ni just rajin baca blog dia je & sesekali berhubung melalui call atas urusan bisnes (phuii!!). Mengejutkan, suara bukan main lagi garau dari dalam phone HAHA *pengsan. Semoga perjalanan korang berdua lepas ni semakin baik & terbaiklah! GOOD LUCK! :D
*Credit untuk Sharoll Photophenomgraphy Studio sebab sudi bagi gambar2 yang cantik nih! :D

11 Readers:

Anonymous at: 21 October 2012 at 08:17 said...

tahniah

Anonymous at: 21 October 2012 at 08:18 said...

tahniah sekali lagi

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 21 October 2012 at 08:26 said...

Tahniah yee AIZUL !!!!

{ laskar pelangi } at: 21 October 2012 at 08:56 said...

tahniah untuk mereka :)

{ NURUL NADIAH MAMAT } at: 21 October 2012 at 13:25 said...

congratulation to both of them...

penulis enttry bila lagi?wakakakaka......

{ Ikr@m } at: 21 October 2012 at 22:03 said...

congrats to both of you :-) btw nice pic bro :-)

Anonymous at: 21 October 2012 at 23:56 said...

hamboiii ayat ayat ko.gojesss! -anes-

{ Wan Zulqhairi } at: 22 October 2012 at 10:49 said...

Semua girls dalam entri ni cecantik. Bagi kat saya sorang khairi.. Nak bertunang jugak.. T.T

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 November 2012 at 19:47 said...

Anony: tahniah~~~

AFA: tahniah jgk aizull!~~~

LP: tahniah ~~~

NNM: soalan makcik2 sgt~~ wuwuwuuwuwuw.. insyaallah klau dh ready nnt :P haha

Anony: haha ko terase ke xxsx!!!~~~

WZ: haha ko ingt brtunang tu mcm ayam main kawin2 hahaha... tp smua kt dlm tu dh berpunya la sorryyy~~~

{ Ain Dzaya } at: 6 January 2013 at 00:07 said...

wah dah bertunang..lepas nie wedding dorg mesti gempak giler kan...

{ Ain Dzaya } at: 6 January 2013 at 00:07 said...

wah dah bertunang..lepas nie wedding dorg mesti gempak giler kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean