header

header
hairie

DAULAT TUANKU: Hari Keputeraan Sultan IBrahim

| Thursday, 22 November 2012
Semoga tuanku sekeluarga dilimpahi rahmat & semoga negeri Johor terus maju & hebat di bawah naungan tuanku sultan, insyaallah. Secara jujurnya, saya sekeluarga berasa bahagia, aman & selesa berada di bumi Johor ini dan semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya.

DAULAT TUANKU >_< 






Sumber foto: Google


VIDEO: Satu Malaysia Satu Bahtera

| Tuesday, 20 November 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Just nak share video klip yang sekarang ni banyak kali keluar kat TV. Dari pandangan aku la kan, video klip yang ni merupakan salah satu penyampaian elemen-elemen patriotik kepada kita semua dengan cara yang sempoi, relaks dan lirik yang mudah difahami. Yang paling penting sekali, alunan muzik tu tak slow sangat tak laju sangat, just sedap untuk didengar. Jom tengok lirik ni sambil-sambil ikita hayati: 


Composed by Megat Ahmad Fazly.
Arrangement by Megat Ahmad Aizzat. 

Lirik: Satu Malaysia Satu Bahtera

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

CHORUS

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan 
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!



WAKASILU GIFTSHOP: Hadiah yang awesome untuk kesayangan~~

| Monday, 19 November 2012


"Tak tahu nk bagi hadiah apa utk yg tersayang?bosan asyik bagi bunga, choc etc.?boleh kasi gift yg anda boleh abadikan photo kenangan anda brsama yg tersayang.utk mengetahui maklumat lanjut hubungi en.amir ariffin:014-2647492 :) -page admin: miss nadiah ♥" admin Wakasilu Giftshop, 2012

Assalamualaikum kawan-kawan...
Entri kali ni nak cerita sikit pasal lokasi terbaru untuk aku buat tempahan hadiah untuk harijadi kawan-kawan, hadiah perkahwinan & juga apa-apa cenderamata untuk yang tersayang, kan..Ye la, semenjak duduk kat JB ni susah nak cari kedai-kedai yang buat custom made nih! So terpaksa cari secara online. Sebelum ni sewaktu belajar di UiTM Shah Alam kan, kat sana ada beberapa kedai pilihan yang memang aku dah cop untuk hadiah. Order terus dapat by hand. Kali ni dah lain, kena order lebih awal & bank in duit barulah barang tu ada kat tangan >_< 

Ok Wakasilu Giftshop, inilah lokasi aku untuk menempah segala cenderamata yang awesome!~~setakat ni dah ada 4 produk yang aku beli dan alhamdulillah secara keseluruhannya amat cantik & sangat eksklusif sebab ada gambar orang tu hasil dari tangan kita sendiri. Kire macam; kat kedai takde benda ni. Kat sini je yang ada.


Yang kat atas ni first produk yang aku tempah khas buat orang tu :P orang tu laaaa.. HAHA Secara kejutannya, aku suruh orang wakasilu giftshop tu pos terus ke alamat pejabat Anis, nak surprise sangat la kan! Gambar-gambar kat mug tu kita boleh buat suka hati macam mana kita nak dan inilah hasilnya. Mesti korang takkan guna mug ni untuk minum kan HAHA :P tak sampai hati kot~~~





Yang ni just untuk syok sendiri HAHA ni nak buat koleksi sendiri & saje nak buat try & error, tengok kat gambar cantik so try la pulak dekat benda yang real depan mata. Yang mug tu, gambar edit sendiri dan bookmark tu diperbuat dari logam taw. Sangat cantik bila dah siap! Aku suka pattern yang kat keliling bookmark tu, awesome~~ 

HAHA just try letak gambar sendiri kat mug ni, sayang nak buat minum :P

Untuk yang rajin bace novel tu, boleh la beli benda ni lepas tu letak gambar pasangan masing-masing. Agak-agak rindu boleh membaca sambil tenung gambar ehehhe >_<

Bagi aku la, kalau nak buat cenderamat untuk tetamu semasa majlis perkahwinan pun lagi menarik! tapi bukan semua tetamu la, mungkin untuk kawan-kawan atau sedara-mara yang rewang atau mungkin ahli rombongan pengantin. 

Ini yang last setakat ni aku buat tempahan sempena majlis orang tu laaa.. nak nampak lagi comel, tu aku siap tempah yang ada teddy bear. Antara banyak-banyak teddy bear, yang ni la aku nampak paling cute, yang lain tu kureng~~~ so korang kalau nak tengok lagi details & produk-produk lain, boleh klik link bawah ni: 



VIDEO: Ucaplah TERIMA KASIH, tak susah pun

| Friday, 16 November 2012
TERIMA KASIH, tak susah pun kau nak sebut ayat tu. Ia melambangkan penghargaan kepada seseorang yang dah tolong kita, tak kisahlah korang susah ke korang senang ke tapi ucaplah TERIMA KASIH kerana dengan cara itulah kita dapat menggembirakan & menenangkan hati seseorang kan >_< 


Banjir di awal November 2012: Sekitar kawasan perkampungan di Parit Sulong

| Thursday, 15 November 2012


FOTO: Keadaan parit saliran di Kampung Parit Othman

Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari tu kan dalam penghujung Oktober 2012 kira-kira 2 minggu lepas la kan, kebanyakan kawasan di negeri Johor dilanda hujan lebat yang sangat lebat & berlarutan sehingga beberapa hari. Bila hujan lebat gini je, benda pertama yang bermain dalam fikiran penduduk kampung, 'banjir'. Dan ia berlaku di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Parit Sulong. Antara kampung yang terlibat; Parit Othman, Parit Laman (kampung aku), Parit Lapis Laman, Parit Pulai, Parit Gantung & Parit Yusof.

Ni pulak gambar parit saliran kat kampung aku, kawasan rendah confirm dah banjir. ada la 3 buah rumah yang lamannya dah dinaiki air banjir ni. 



Ini Jalan Muar-Yong Peng di kawasan Kampung Kolam Air. Air dari bukit berdekatan turun membawa lumpur ke jalan raya. Nasib baik ada pihak yang perihatin letak papan tanda amaran tu. Sangat bahaya terutamanya penunggang motosikal macam aku ni. Inilah jalan paling dekat kalau nak balik JB.

Gambar ni diambil sewaktu aku dah sampai JB, ni pun sepupu aku yang tangkap sewaktu die nak pergi kerja. Pagi tu aku lalu jalan ni still okay lagi, tak hujan. Nasib baiklah aku dah sampai JB dengan selamat walaupun hujan lebat di lebuhraya.

Ada orang tu baru je tukar cover set RXZ nih, kesian dah kena banjir. Nasib baik sempat diselamatkan HAHA :P 

Dulu kan kalau Parit Sulong ni banjir, biasanya Segamat akan banjir dulu kemudian turun ke Seri Medan dan barulah Parit Sulong. Tapi kali ni Segamat & Seri Medan  pun tak banjir malah pekan Parit sulong pun tak banjir. Just beberapa kawasan kampung yang banjir. 





Alhamdulillah kebanyakan kawasan dah surut sekarang ni walaupun hampir setiap hari masih hujan lebat tapi masih terkawal dan tak nampak lagi tanda-tanda nak banjir semula. So dah boleh buat aktiviti harian macam biasa >_<


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean