header

header
hairie

Banjir di awal November 2012: Sekitar kawasan perkampungan di Parit Sulong

| Thursday, 15 November 2012


FOTO: Keadaan parit saliran di Kampung Parit Othman

Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari tu kan dalam penghujung Oktober 2012 kira-kira 2 minggu lepas la kan, kebanyakan kawasan di negeri Johor dilanda hujan lebat yang sangat lebat & berlarutan sehingga beberapa hari. Bila hujan lebat gini je, benda pertama yang bermain dalam fikiran penduduk kampung, 'banjir'. Dan ia berlaku di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Parit Sulong. Antara kampung yang terlibat; Parit Othman, Parit Laman (kampung aku), Parit Lapis Laman, Parit Pulai, Parit Gantung & Parit Yusof.

Ni pulak gambar parit saliran kat kampung aku, kawasan rendah confirm dah banjir. ada la 3 buah rumah yang lamannya dah dinaiki air banjir ni. 



Ini Jalan Muar-Yong Peng di kawasan Kampung Kolam Air. Air dari bukit berdekatan turun membawa lumpur ke jalan raya. Nasib baik ada pihak yang perihatin letak papan tanda amaran tu. Sangat bahaya terutamanya penunggang motosikal macam aku ni. Inilah jalan paling dekat kalau nak balik JB.

Gambar ni diambil sewaktu aku dah sampai JB, ni pun sepupu aku yang tangkap sewaktu die nak pergi kerja. Pagi tu aku lalu jalan ni still okay lagi, tak hujan. Nasib baiklah aku dah sampai JB dengan selamat walaupun hujan lebat di lebuhraya.

Ada orang tu baru je tukar cover set RXZ nih, kesian dah kena banjir. Nasib baik sempat diselamatkan HAHA :P 

Dulu kan kalau Parit Sulong ni banjir, biasanya Segamat akan banjir dulu kemudian turun ke Seri Medan dan barulah Parit Sulong. Tapi kali ni Segamat & Seri Medan  pun tak banjir malah pekan Parit sulong pun tak banjir. Just beberapa kawasan kampung yang banjir. 





Alhamdulillah kebanyakan kawasan dah surut sekarang ni walaupun hampir setiap hari masih hujan lebat tapi masih terkawal dan tak nampak lagi tanda-tanda nak banjir semula. So dah boleh buat aktiviti harian macam biasa >_<


3 Readers:

{ aslann } at: 15 November 2012 at 13:43 said...

Alhamdulillah umah aku pun xbanjir tahun ni..hewhew

{ aslann } at: 15 November 2012 at 13:43 said...

Alhamdulillah umah aku pun xbanjir tahun ni..hewhew

{ tiera_at } at: 15 November 2012 at 20:52 said...

same la..alhamdulillah pekan pt sulong x bnjir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean