header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Farah Diana & Shamshul

| Saturday, 10 November 2012
Alhamdulillah, pagi tadi Sabtu 10 November 2012 si Farah ex-classmate Bachelor in Landscape Architecture kat UiTM Shah Alam dah selamat dinikahkan dengan Shamshul jam 10.40am. Selamat dah ko jadi bini orang ye Farah. Majlis tu kan nampak macam kecik-kecilan je tapi pelamin! amekawwww~~~ macam si Lisa Surihani kawin, meriah & smart. Kire, pelamin style zaman sekarang la kan. Walaupun just pakai plywood tapi dalam gambar nampak cantik jugak kan >_< 

Okay aku nak kongsi dengan korang gambar sekitar majlis berlangsung, yang syoknya kawan-kawan yang dari Shah Alam, Kuala Lumpur  & Johor Bahru turun sini, lama tak jumpa korang! >_<

Kawan-kawan yang sentiasa nampak cantik dengan baju kurung walaupun dah diberi sentuhan moden sikit :P HAHA suke tengok perempuan berbaju kurung, something yang sopan hikhikhik...

Dari kiri; Aziee, Syida, Wani, Syuee ngan Ika. Masing-masing dah ada kerjaya. Kite tengok sapa yang naik pelamin lepas ni >_<

Dari jauh datang, perut dah lapar terus makan. Menu? memang kampung style, sedap & pedas. Lepas makan lepak 1 table sambil sembang apa yang patut. Maklumlah dah lama tak jumpa korang kan. 

Mek dari Kelantan. Masing-masing bawak diri keluar dari Kelantan cari makan >_< maklumlah nak kawin dah kan...kan...kan...

Something yang menarik bila warna ungu digabungkan dengan warna kuning! 


Menanti pengantin lelaki sampai, banyak sangat tol sebab tu tak sampai-sampai. Janji dalam kad jemputan jam 1.30 PM dah sanding tapi kul 2 lebih baru sanding >_<

Pengantin tak sampai lagi kitorang dah stay depan pelamin, nak dapat posisi yang boleh see through pengantin kat pelamin tu. Farah kata, die berdebar time tunggu pengantin lelaki datang ni. Tapi kan korang dah nikah, nebes lagi ke? huhu ye kot :P

Ni rasanya tol yang pertama! Inilah budaya tradisi dalam majlis perkahwinan di Johor. Tujuannya sebagai memeriahkan majlis & hanya untuk suka-suka. Rombongan lelaki just perlu sediakan sampul berisi duit, letak RM1 pun dah ok tapi ready yang besar sikit untuk tol kat pelamin lepas tu. 

Aku suruh Wani tunggu depan pelamin tu die tak nak, mana tau kau dapat sampul nanti, 1 pun ok ape HAHA :P ni tol terakhir sebelum pengantin boleh duduk bersama kat pelamin, takde gaduh-gaduh pun. 

Dapat jugak duduk kat pelamin dengan selamat. Semuanya ok berjalan dengan lancar & penuh gelak tawa, sesuatu yang meriah >_<

Pengapit lelaki gaya Sultan Johor, seluar hitam & baju teluk belanga >_< Farah aku tengok tak reti duduk secara ayu HAHA ape pun ko tetap cantik Farah dengan dress kuning tu.


Iklan kejap! Dari Kota Bharu, Johor Bahru & Petaling Jaya >_< *tetibe

Antara scene yang sempat disnap pakai kamera aku. Walaupun suasana nampak macam malam tapi itulah bila pakai flash ni macam ni la jadinya HAHA kena beli speedlight nih! :P

Bersama mereka, sentiasa melawa dengan style masing-masing. Linda kelihatan seperti budak sekolah ye bila tak mekap secara detail :P



Sudut untuk mencipta & meninggalkan kenangan untuk pasangan pengantin dan juga kami HAHA. Farah kata kitorang kena tulis & buat apa yang patut kat sini so kitorang buatlah sehabis baik HAHA :P



SAVE THE DATE 16.12.2012 majlis besar Alia weyh. Tapi sebelum Alia, ada lagi beberapa orang; Shuhada Kedah, Acab Mahira lepas tu baru Alia. Insyaallah kalau takde pape aku turun Sijangkang. 

Tengah syok bergambar, rupenya imam tengah baca doa. Terus senyap berdiri statik sambil tadah tangan tapi still mampu beri senyuman untuk kamera..gituuu~~~

uhuk..uhuk..uhuk...uhuk...uhuk...uhuk... :P bile lagi nih? >_< penat la jaga kau hari2 nes, suruh la orang lain jaga kau secara officially, boleh tak? :P

Memeriahkan sudut bawah pokok ni, just for you Farah & Shamshul >_< Rasanya kebanyakan orang pelik bila kitorang dok berkerumun kat sini HAHA :P siap ada budak kecik tu tanya 'abang, buat apa ni?' hehe

Farah, ni aku tulis untuk ko ngan laki ko >_< best pulak tulis pakai pen khat kat atas kanvas ni. Lagi seronok kalau pakai artline 0.6 lagi besaq! HAHA aku tak buat cap jari sebab dah buat tapi tak jadi, so tulis je la apa yang patut kat balang besaq tu >_<

Ok gambar last sebelum balik, TAHNIAH untuk Farah Diana & Shamshul! semoga korang kekal sampai ke Syurga insyaallah & dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah alhamdulillah. So lepas ni ko dah tak boleh nak kuar statement yang bukan-bukan ye Farah, kena jaga tatasusila..gitu~~~~ whateverlah asalkan korang bahagia!






2 Readers:

{ Bluewendy } at: 11 November 2012 at 11:25 said...

wow! pelamn gempak.. sweet jek.. awak bila lagi..:D

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 11 November 2012 at 13:08 said...

BW: aah gempaq! ..sya blum ready hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean